Amat Pilu namun redha akan ketentuan Allah. Kenyataan media mengenai Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam 12 Februari mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. PAS spiritual leader and former Kelantan Menteri Besar and Cempaka assemblyman Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat passed away at his home in Kampung Pulau Melaka in Kelantan at 9.40pm.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.
Extra: Tuan Guru Nik Aziz Perjuanganmu Diteruskan. Perjuanganmu bagai lilin membakar. Bersinar menerangi kegelapan. Rela berkorban meredah onak berduri. Jasa baktimu sejernih air di kali. Bersemadilah engkau aman di pusara. #TGNANM - Tonton Video Luhur sebagai tanda ingatan dan mengenang jasa dan pengorbanan Tok Guru.
Saya ingin memaklumkan pada jam 9.40 malam iaitu malam Jumaat ayahanda saya menghembuskan nafas terakhir. Kita akan mengadakan solat jenazah pada malam ini dan urusan pengebumian ayahanda akan dilakukan esok— Nik Mohammad Abduh
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.
Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali dan kepada Tuhan kami semua akan kembali. Ya Allah! Tulislah dia (yang meninggal dunia) termasuk golongan orang-orang yang berbuat kebaikan di sisi Engkau dan jadikanlah tulisannya itu dalam tingkatan yang tinggi serta gantilah ahlinya dengan golongan orang-orang yang pergi dengan ketaatan PadaMu. Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah berilah kami pahala atas musibah ini dan gantilah bagiku yang lebih baik dari musibah ini.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1931 - 2015) Al-Fatihah. Nik Aziz went on to become Menteri Besar (MB) of Kelantan and succeeded Yusof Rawa as spiritual leader of PAS in 1991. After 23 years of service, he stepped down as state MB following the 13th General Election.
Suasana sedih menyelubungi pekarangan kediaman Allahyarham apabila orang ramai yang hadir ternyata gagal menahan sedih dan beratur untuk masuk secara bergilir-gilir ke kediaman Allahyarham. Dianggarkan seramai lebih 2,000 orang ramai mula membanjiri kawasan kediaman Allahyarham, sebaik mendapat berita pemergian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.