Manuskrip Isi Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Zaman Silam ini berbeza dengan hikayat Melayu yang diketahui umum. Rasa Cinta pada Kisah Melayu Lama telah menarik minat Penerbitan FIXI untuk menterjemah Manuskrip Hikayat Raja Babi yang amat berbeza dari hikayat-hikayat yang diketahui umum. Sepertimana Hikayat Muhammad Hanafiah, Taj al-Salatin, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah merupakan Penulisan Kesusteraan Melayu yang dihasilkan untuk menjulang pentadbiran Istana, namun tidak pada Hikayat Raja Babi.
![]() |
Gambar Manuskrip Hikayat Raja Babi |
Berikut adalah sedikit sedutan ataupun Pengenalan Hikayat Raja Babi ihsan dari Projek Dialog Fixi. Buku Hikayat Raja Babi dijadual akan menemui pembaca di pesta buku antarabangsa pada 24 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Demikianlah cetera dikonon raja sebuah negeri di gunung berapi Rantau PanjangTebing Berukir. Syahdan akan namanya Seri Sultan Tahir Syah. Peri beberapa lamanya baginda di atas takhta kerajaan itulah syahdan berapa ratus banyak menterinya dan beribu-ribu banyak hulubalangnya.Bagindalah raja yang bernobat tujuh kali sehari dan tabal tujuh kali semalam dan disembah oleh menteri, hulubalang. Disembah rakyat hina-dina, tentera berlok-lok kati bejana.Ada kepada suatu hari baginda semayam di balairong dihadap oleh segala raja-raja, menteri, hulubalang yang beribu-ribu banyaknya semuanya dengan senjatanya masing-masing dengan perhiasan, maka Baginda Sultan fikirlah di dalam hatinya:"Wah! Sayang sekali kebesaranku ini akan terbuanglah gerangan kerana aku tiada berputera. Oh! Malangnya badanku tuan".Lalu baginda memberi titah kepada Raja Mangkubumi:"Ayuh kekanda! Tolong bicarakan kita hendak berputera. Ingin pulak rasanya kita."Maka Raja Mangkubumi pun sujud menyembah. Sembahnya:"Daulat Tuanku Girgayu! Sebenarnyalah titah Yang Maha Mulia itu sahaja terjunjung di atas batu kepala yang diperhamba."Setelah sudah memberi titah, maka Seri Sultan Raja Besar pun berangkatlah naik ke mahligai baginda, semayam di merong peranginan dihadap siti dayang-dayang perwahara mendera berjawatan. Maka beraturlah segala gundik sultan datang menghadap baginda itu.Sebermula akan Raja Mangkubumi pun menyuruhkan Bentara empat puluh orang pergi kepada segala raja-raja yang besar-besar kerajaan meminang anak segala raja-raja akan jadi permaisuri semuanya dikahwini oleh baginda kerana baginda sangat hendak berputera itu.
Kesusteraan Melayu Zaman Silam
Hikayat berusia lebih Lebih 200 tahun dari tulisan tangan pedagang kurun ke-18. Penulisan bersejarah yang tersisih Manuskrip Kisah Raja Babi sebuah hikayat yang tidak mendewa-dewakan raja, kerabat dan bangsawan. Lagi ulasan menarik mengenai Manuskrip Hikayat Raja Babi boleh dibaca di Hikayat Raja Babi bukan Hikayat Biasa.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Information
- Model Saga Plus Varian Baharu Proton
- Akta Rokok Elektronik Kementerian Kesihatan
- Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia
- Suasana Pilu Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015 Jabatan Akauntan Negara
- Malaysia Iktiraf Golongan (Pondan) Transgender
- Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun (Gambar)
- Aplikasi Citra Merdeka 57 Android
- Gencatan Senjata (Hamas-Israel) Gaza 2014
- Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta
- Bagaimana Bekerja di Nuffnang Blog Advertising Community
- Imsakiah Ramadhan 1435/2014 Malaysia
- Kemarau El Nino Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak
- Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China
- Mengenai Hari Guru 2014 di Keratan Akhbar
- Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia
- Kempen Penurunan Harga Barang Fasa Pertama
- Senarai Aktiviti Cuti Sekolah di Malaysia
- Bajet 2014 bukan Pertunjukkan Sarkas
- Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013
- Kisah Makanan dari Langit
- Melayu Boleh
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.