Kontroversi Isu Kerajaan Malaysia Mencuri Maklumat menggunakan Perisian Pengintip Da Vinci Spyware. Sistem Mencuri Maklumat Peribadi tersebut dikenali dengan De Vinci iaitu Perisian dibeli dari Hacking Team iaitu syarikat teknologi maklumat di Milan, Itali. Reputasi Hacking Team sebagai Penggodam (Hacker) mendapat kecaman dari seluruh dunia. Sehingga banyak Syarikat Pengeluar Software menggelarkan Hacking Team ialah musuh korporat di Internet.
Persoalan yang ditimbulkan di pautan Kementerian Malaysia dan Hacking Team Da Vinci; Benarkah Kerajaan Malaysia mencuri maklumat menggunakan Perisian Pengintip Da Vinci Spyware. Jika benar, adakah ia satu kesalahan.
Da Vinci Software Pengintip Kerajaan Malaysia
Sekiranya benar Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan pengguna Spyware Da Vinci sepertimana laporan Invois Syarikat membeli Sistem Mencuri Maklumat yang tersebar di laman sosial, pastinya moral rakyat akan terjejas. Apabali rakyat telus dan amat mempercayai kerajaan, Kenapa kerajaan perlu menggunakan Perisian Pengintip untuk mendapatkan maklumat orang lain tanpa kebenaran.
Tidak dapat tidak, dalam masyarakat yang mengamalkan sikap saling hormat-menghormati dan mempercayai antara satu sama lain, pengunaan Perisian Pengintip Da Vinci oleh Kerajaan Malaysia pasti membuatkan rakyat merasa tidak selesa. Memandangkan baru-baru ini beberapa laman Rasmi Kerajaan Malaysia telah digodam, ada wajarnya, kita utamakan Perisian Keselamatan terlebih dahulu dari cuba menggodam orang lain.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.