Showing posts with label Ilham Minda. Show all posts
Showing posts with label Ilham Minda. Show all posts

Yang Muda Mengarut dan Yang Tua Melalut

Yang Muda Mengarut dan Yang Tua Melalut


Ilham Minda Lubuk Akal Tepian Ilmu Muncuit Rasa Mengulit Kata

Yang Muda Mengarut dan Yang Tua Melalut

 

Yang Muda Mengarut dan Yang Tua Melalut


Apabila beringat
mereka terselamat tetapi apabila terlupa
mereka terpedaya.

Jangan berpura-pura.
tahu nanti terlalai dan jangan berfoya
foya pandai nanti tergadai.

Kalau orang muda
mudah sekali mengarut maka orang tua
mudah sekali melalut.

Tidak semua
yang kita buat itu dapat dan tidak semua
yang kita dapat itu berkat.

Yang terpengaruh
mudah sekali disuruh dan yang terdorong mudah sekali terpesong.

Sumber Aram-Sriteratai ~ Koleksi Ilham Minda dan Monolog Inspirasi





Terlalu Setia Terpedaya | Terlalu Akur Tersungkur | Kata-kata Puisi

Kata-kata puisi oleh Aram Ilham Sri Teratai


Terlalu Setia Terpedaya | Terlalu Akur Tersungkur | Kata-kata Puisi

Terlalu Setia Terpedaya Terlalu Akur Tersungkur

Terlalu waswas akhirnya tewas,
terlalu bimbang akhirnya tumbang,
terlalu gelisah akhirnya kalah,
terlalu berkhayal akhirnya gagal.

Terlalu mengharap akhirnya tertiarap,
terlalu menyokong akhirnya terlelong,
terlalu memihak akhirnya terdesak,
terlalu mengikut akhirnya hanyut,
terlalu mengaku akhirnya tertipu.

Terlalu setia akhirnya terpedaya,
terlalu patuh akhirnya terjatuh,
terlalu  akur akhirnya tersungkur,
dterlalu taat akhirnya dikhianat.

~ Ilham Aram

Lagi Koleksi Seni Bahasa di ⇨ aram-sriteratai.blogspot.com
Dipetik dari ⇨ Poem Quote aram-sriteratai





Rahsia Jadi Pendiam Rahsia Jadi Pendendam | Kata-Kata Rahsia

Kata-Kata Rahsia  Quote Art
Rahsia Jadi Pendiam Rahsia Jadi Pendendam
Rahsia hilang suara, Rahsia datang cela.
Jangan terlalu berahsia nanti orang tak percaya dan jangan terlalu berahsia nanti orang tak suka.
Rahsia menjadikan kita tak selesa!
Rahsia menjadikan kita hilang suara dan rahsia menjadikan kita syak wasangka.
Kerana rahsia kita menjadi pendiam!
Kerana rahsia kita menjadi pengecam dan kerana rahsia kita menjadi pendendam.
~ Aram

Koleksi Ilham Minda | Inspirasi Bahasa 
Sumber Rahsia Jadi Pendiam | Rahsia Jadi Pendendam




linkreferral