Showing posts with label Kisah. Show all posts
Showing posts with label Kisah. Show all posts

Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Silam

Manuskrip Isi Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Zaman Silam ini berbeza dengan hikayat Melayu yang diketahui umum. Rasa Cinta pada Kisah Melayu Lama telah menarik minat Penerbitan FIXI untuk menterjemah Manuskrip Hikayat Raja Babi yang amat berbeza dari hikayat-hikayat yang diketahui umum. Sepertimana Hikayat Muhammad Hanafiah, Taj al-Salatin, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan Hikayat Hang Tuah merupakan Penulisan Kesusteraan Melayu yang dihasilkan untuk menjulang pentadbiran Istana, namun tidak pada Hikayat Raja Babi.
 
Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Silam
Gambar Manuskrip Hikayat Raja Babi

Berikut adalah sedikit sedutan ataupun Pengenalan Hikayat Raja Babi ihsan dari Projek Dialog Fixi. Buku Hikayat Raja Babi dijadual akan menemui pembaca di pesta buku antarabangsa pada 24 April di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Demikianlah cetera dikonon  raja sebuah negeri di gunung berapi Rantau Panjang
Tebing Berukir. Syahdan akan namanya Seri Sultan Tahir Syah. Peri beberapa lamanya baginda di atas takhta kerajaan itulah syahdan berapa ratus banyak menterinya dan beribu-ribu banyak hulubalangnya.
Bagindalah raja yang bernobat tujuh kali sehari dan tabal tujuh kali semalam dan disembah oleh menteri, hulubalang. Disembah rakyat hina-dina, tentera berlok-lok kati bejana.
Ada kepada suatu hari baginda semayam di balairong dihadap oleh segala raja-raja, menteri, hulubalang yang beribu-ribu banyaknya semuanya dengan senjatanya masing-masing dengan perhiasan, maka Baginda Sultan fikirlah di dalam hatinya:
"Wah! Sayang sekali kebesaranku ini akan terbuanglah gerangan kerana aku tiada berputera. Oh! Malangnya badanku tuan".
Lalu baginda memberi titah kepada Raja Mangkubumi:
"Ayuh kekanda! Tolong bicarakan kita hendak berputera. Ingin pulak rasanya kita."
Maka Raja Mangkubumi pun sujud menyembah. Sembahnya:
"Daulat Tuanku Girgayu!  Sebenarnyalah titah Yang Maha Mulia itu sahaja terjunjung di atas batu kepala yang diperhamba."
Setelah sudah memberi titah, maka Seri Sultan Raja Besar pun berangkatlah naik ke mahligai baginda, semayam di merong  peranginan dihadap siti dayang-dayang perwahara  mendera  berjawatan. Maka beraturlah segala gundik sultan datang menghadap baginda itu.
Sebermula akan Raja Mangkubumi pun menyuruhkan Bentara empat puluh orang pergi kepada segala raja-raja yang besar-besar kerajaan meminang anak segala raja-raja akan jadi permaisuri semuanya dikahwini oleh baginda kerana baginda sangat hendak berputera itu.


Kesusteraan Melayu Zaman Silam

Hikayat berusia lebih Lebih 200 tahun dari tulisan tangan pedagang kurun ke-18. Penulisan bersejarah yang tersisih Manuskrip Kisah Raja Babi sebuah hikayat yang tidak mendewa-dewakan raja, kerabat dan bangsawan. Lagi ulasan menarik mengenai Manuskrip Hikayat Raja Babi boleh dibaca di Hikayat Raja Babi bukan Hikayat Biasa.




Hujah Islam menentang Dalil Ateisme

Kisah Debat yang mematahkan Dalil Logik Ateisme. Hujah Imam Abu Hanifah menentang Dalil Ateisme. Dialog mengenai Persoalan di manakah Tuhan. Kisah Tokoh Islam Imam Abu Hanifah dengan Dahri, seorang Ateisme iaitu kepercayaan Logik yang menafikan kewujudan Tuhan. Hujah-hujah logik yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah telah mematahkan Dalil Logik Ateisme lalu menjelaskan persoalan di manakah Allah? Rujuk Dalil-dalil Ateisme.

Hujah Islam menentang Dalil Ateisme

Hujah Imam Abu Hanifah menentang Dalil Ateisme

Pada suatu ketika, Kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya Pemuda Ateis telah mengemparkan umat Islam. Dahri dengan Dalil-dalil Ateisme cuba merosakkan pegangan umat Islam. Pendakyah Yahudi itu membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama di sekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaiman Al-Asy'ari, seorang ulama yang tidak kurang hebat ketokohannya serta kredibilitinya. Khalifah memerintahkan perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan ia mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad.

Sehari sebelum itu, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. "Maha suci Allah, maha suci Allah, maha suci Allah, sesungguhnya aku tiada daya usaha melainkan melainkan Allah lah pelindungku Tuhan yang maha tinggi lagi Maha Agung" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat menyucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi zat yang Maha Agung. Beliau beristighfar secara berterusan.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu'man, yang ketika itu usianya masih remaja. Bila ternampak keadaan gurunya yang gundah gulana itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Demi membantu gurunya, Abu Hanifah juga meminta izin untuk berdepan dengan si Dahri.

Maka berangkatlah ilmuwan belasan tahun itu bersama gurunya ke Masjid Jamek di mana Majlis Dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri mencabar dan memperlekeh-lekehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah yang masih muda.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabarankuSedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah, "Sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertakwa". Abu Hanifah lalu membacakan firman Allah s.w.t yang bermaksud: Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimu antara kamu beberapa darjat. (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.
"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.
"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya?" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula?" bantah Dahri sambil tersenyum sinis kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa," Abu Hanifah berhujah. "Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa!," sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu?"
Persoalan Abu Hanifah menjadikan Dahri Tersentak seketika.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu lalu berkata: "Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak?" Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu di manakah lemak itu berada? Di bahagian atasnya atau di bawahkah?"
Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari di manakah roh dalam jasad dan di manakah kandungan lemak dalam susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah s.w.t di alam maya ini? Zat yang mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung!"

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti" soal Dahri lagi.

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah s.w.t dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah tetap Qadim dan Azali. Dialah yang Awal dan Dialah yang Akhir," tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu. Tuhan wujud tanpa ada permulaannya? dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas-Nya?," Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Lalu dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.

Tanpa sedar, beberapa hadirin turut berbuat demikian.
"Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya"

Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.
"Jadi! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum lalu bertanya. "Ini soalan yang terakhir buat mu. Hai budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok, dan seolah-olah memperkecilkan kemampuan Abu Hanifah.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhanmu ketika ini" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.
"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," katanya.

Pemuda ideologi Ad-Dahriyyun yang mentaliti yang tercabar, tanpa sedari berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah.

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini" Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri.

Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud,
Dialah yang awal dan dialah yang akhir, dan yang zahir dan yang batin, dan dialah yang mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (al-Hadid: 3)
Manakala ayat yang keempat daripada surah yang sama Allah berfirman yang bermaksud, 
dan dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Maksudnya Allah s.w.t sentiasa mengawasi manusia dengan ilmunya, memerhati, mendengar serta berkuasa ke atas mereka biar di mana sahaja mereka berada.

Perkongsian entri Hujah Islam menentang Dalil Ateisme merujuk entri asal oleh kembarasenja. Adakah anda tahu bertapa luaskah pengaruh ateisme sekarang ini? Sudah berapa ramaikah mengikut kepercayaan ini. Banyak nama-nama besar dunia, kini bersama ateisme. Pada aku, mereka tidak bersalah. Tetapi, kita! yang ada pegangan agama telah lalai. Tidak melakukan dakwah, walaupun sekecil-kecil dakwah peringkat satu sekalipun.

والله أعلم بالصواب





Kisah Kera Menjadi Raja Rimba

Kisah Kera Menjadi Raja Rimba. Kisah Teladan dan Bermanfaat disebalik Hikmah dan Nilai Murni yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Cerita Kera Menjadi Raja Rimba sesuai diceritakan kepada kanak-kanak 10 tahun ke bawah. Cerita Kanak-Kanak - Kisah Kera Menjadi Raja Rimba. 

Kisah Kera Menjadi Raja Rimba

Sang Raja Rimba "Singa" ditembak pemburu, penghuni hutan rimba jadi gelisah. Mereka tidak mempunyai Raja lagi. Tak berapa lama seluruh penghuni hutan rimba berkumpul untuk memilih Raja yang baru. Pertama yang dicalonkan adalah Kucing Hutan, tetapi Kucing Hutan menolak. "Jangan, melihat manusia saja aku sudah lari tunggang langgang," ujarnya. "Kalau begitu Badak saja, kau kan amat kuat," kata binatang lain. "Tidak! Tidak! penglihatanku kurang baik, aku telah terlanggar pohon hutan berkali-kali." "Oh! mungkin Gajah saja yang jadi Raja, badan kau kan besar..", ujar binatang-binatang lain. "Aku tidak boleh lincah berkelahi dan gerakanku amat lambat," sahut gajah.

Binatang-binatang menjadi bingung, mereka belum menemukan raja pengganti. Apabila mesyuarat haiwan menemui jalan buntu dan mereka mula ingin bersurai, tiba-tiba kera berteriak, "Manusia saja yang menjadi raja, ia kan yang sudah membunuh Singa". "Tidak mungkin," jawab tupai. "Cuba kalian semua perhatikan aku, aku mirip dengan manusia bukan?, maka akulah yang sesuai menjadi raja," ujar kera. Setelah melalui perundingan, penghuni hutan sepakat Kera menjadi raja yang baru. Setelah diangkat menjadi raja, tingkah laku Kera sama sekali tidak seperti Raja. Kerjanya hanya berpoya-poya sambil menyantap makanan yang lazat-lazat. Penghuni Rimba menjadi kesal, terutama Serigala.

Serigala berfikir, "bagaimana si kera boleh menyamakan dirinya dengan manusia ya?, badannya saja yang sama, tetapi otaknya tidak". Serigala mendapat idea. Suatu hari, ia menghadap kera. "Tuanku, saya menemukan makanan yang amat lazat, saya yakin tuanku pasti suka. Saya akan antarkan tuan ke tempat itu," ujar Serigala. Tanpa fikir panjang, kera, si Raja yang baru pergi bersama Serigala. Di tengah hutan, terlonggok buah-buahan kesukaan kera. Kera yang tamak langsung menerpa buah-buahan itu.

Lalu, si kera langsung tersungkur ke dalam tanah. Makanan yang diterkamnya ternyata perangkap yang dibuat manusia. "Tolong! tolong," teriak kera, sambil berusaha keras agar boleh keluar dari perangkap. "Hahahaha! Tak pernah kubayangkan, seorang raja boleh berlaku bodoh, terjebak dalam perangkap yang dipasang manusia, Raja seperti kera mana boleh melindungi rakyatnya," ujar Serigala dan binatang lainnya. Tak berapa lama setelah binatang-binatang meninggalkan kera, seorang pemburu datang ke tempat itu. Melihat ada kera di dalamnya, ia langsung membawa tangkapannya ke rumah.

Cerita Kera Menjadi Raja Rimba

Cerita Kera Menjadi Raja Rimba. Kisah seekor Kera Menjadi Raja di Rimba menggantikan Si Singa yang telah mati. Kisah Teladan dan Bermanfaat disebalik hikmah dan nilai murni yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi. http://pseudosupra.blogspot.com/2013/09/kisah-kera-menjadi-raja-rimba.html Kisah Kera Menjadi Raja Rimba sesuai diceritakan kepada kanak-kanak 10tahun ke bawah. Cerita kanak-kanak Kisah Kera Menjadi Raja Rimba.






linkreferral