Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat. Kepercayaan dan Amalan Karut Malam Raya. Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang dan tertarik pada rumah yang paling bercahaya untuk dilawati dan mengiring berkat dari Allah kepada seluruh penghuninya di 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan hingga Menjelang Aidilfitri.
Kepercayaan Karut Malam 7 Likur
Malam 7 Likur, sesetengah masayarakat kita menyalakan pelbagai Lampu dan Cahaya Pelita ketika Malam Menjelang Hari Raya kerana inginkan keberkatan Lailatul Qadar. Malah ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan tertarik pada rumah yang paling terang untuk dilawati dan menyampaikan berkat dari Allah. Hiasan Cahaya dan Pelita umpama Menyuluh Jalan Malaikat agar turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan.
Jika kita percaya pada Amalan mengarut sempena malam 7 Likur di atas. Maka samalah dengan Kepercayaan orang Kristian dimana Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus. Penganut Kristian yang menyirami cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi Menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel. Penganut Agama Kristian mengharapkan cahaya-cahaya lampu yang dipasang dan dihias indah mampu menarik perhatian Santa Claus agar melawati rumah mereka lalu mendapat Rahmat pada Malam Menjelang Krismas. Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat.
Simbolik Cahaya Pelita Malam 7 Likur
Maka, kenapakah kita digalakkan menghidupkan dan memeriahkan 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan dengan cahaya didalam dan di halaman rumah. Baca lanjutan Simbolik Cahaya Malam 7 Likur di Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya. Fungsi Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya yang sebenar-benarnya.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.