Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya dimana ia suatu yang ditetapkan untuk umat Islam membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Hari raya Bukan Hari Menzahirkan Suasana Sedih, sebaliknya hari raya
menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Umat Islam bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Hiburan seperti pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat amat digalakkan pada Hari Raya
Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: "Suara syaitan" (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: "Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita"
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin"
— Riwayat al-Bukhari
Hari raya Bukan Hari Menzahirkan Suasana Sedih
Membatalkan Majlis Kegembiraan demi Menzahirkan Suasana Sedih pada Hari Raya adalah salah. Malah Hiburan pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat amat amat digalakkan pada Hari Raya. Apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.
Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: "Apakah engkau ingin menontonnya?" Jawabku: "Ya". Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: "Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)". Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: "Sudah cukupkah (jemukah)?". Jawabku: "Ya". Kata baginda: "Kalau begitu, pergilah"
— Riwayat al-Bukhari
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Religious
- Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam
- Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat
- Hujah Islam menentang Dalil Ateisme
- Persoalan Apakah Agama Ultraman
- Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela Masuk Neraka
- Kisah Makanan dari Langit
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
- Kisah Tiga Biji Cawan | Berkhidmat Pada yang Kehausan
- Kenderaan Terpantas dan Serbaguna | Kenderaan Syurga
- Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Koleksi Kisah
- Kewajipan Solat | Lirik | Download | Lagu Nasyid
- Kemaafan | Kesalahan Masa Lampau | Al Imran 155
- Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Isu
- Janji Islam | Janji Ditepati
- Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang
- Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan
- Peristiwa Nuzul Al-Quran | Kisah Turun Al-Quran
- Kisah Pokok Gharqad | Pokok Yahudi
- Membongkar Malam Lailatul Qadar | Bilakah Malam Lailatul Qadar
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Iblis | Part I
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.