Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label Aidilfitri. Show all posts

Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya

Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya dimana ia suatu yang ditetapkan untuk umat Islam membesarkan Allah dan bersyukur atas kurniaanNya. Hari raya Bukan Hari Menzahirkan Suasana Sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Umat Islam bertakbir tanda kemenangan, bukan tanda kesedihan. Hiburan seperti pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat amat digalakkan pada Hari Raya

Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya

Bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua orang gadis sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: "Suara syaitan" (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: "Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita"
— Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin"
— Riwayat al-Bukhari

Hari raya Bukan Hari Menzahirkan Suasana Sedih

Membatalkan Majlis Kegembiraan demi Menzahirkan Suasana Sedih pada Hari Raya adalah salah. Malah Hiburan pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat amat amat digalakkan pada Hari Raya. Apa-apa pertunjukan, permainan atau gurau senda yang tidak melanggar syariat adalah digalakkan pada hari raya. Bukan satu kecacatan untuk orang yang kuat agama menyertainya, kerana Nabi s.a.w sendiri menonton pertunjukan pada hari raya.

Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: "Apakah engkau ingin menontonnya?" Jawabku: "Ya". Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: "Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)". Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: "Sudah cukupkah (jemukah)?". Jawabku: "Ya". Kata baginda: "Kalau begitu, pergilah"
— Riwayat al-Bukhari




Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat

Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat. Kepercayaan dan Amalan Karut Malam Raya. Benarkah Malaikat Pilih Cahaya Pelita yang Terang dan tertarik pada rumah yang paling bercahaya untuk dilawati dan mengiring berkat dari Allah kepada seluruh penghuninya di 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan hingga Menjelang Aidilfitri.


Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat


Kepercayaan Karut Malam 7 Likur

Malam 7 Likur, sesetengah masayarakat kita menyalakan pelbagai Lampu dan Cahaya Pelita ketika Malam Menjelang Hari Raya kerana inginkan keberkatan Lailatul Qadar. Malah ada yang mempercayai bahawa pada malam itu, malaikat akan tertarik pada rumah yang paling terang untuk dilawati dan menyampaikan berkat dari Allah. Hiasan Cahaya dan Pelita umpama Menyuluh Jalan Malaikat agar turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan.

Jika kita percaya pada Amalan mengarut sempena malam 7 Likur di atas. Maka samalah dengan Kepercayaan orang Kristian dimana Cahaya Lampu Menarik Perhatian Santa Claus. Penganut Kristian yang menyirami cahaya lampu pada rumah mereka pada malam Krismas hingga ke atas pokok-pokok bagi Menyambut kedatangan Santa Claus atau Papa Noel. Penganut Agama Kristian mengharapkan cahaya-cahaya lampu yang dipasang dan dihias indah mampu menarik perhatian Santa Claus agar melawati rumah mereka lalu mendapat Rahmat pada Malam Menjelang Krismas. Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat.

Simbolik Cahaya Pelita Malam 7 Likur

Maka, kenapakah kita digalakkan menghidupkan dan memeriahkan 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan dengan cahaya didalam dan di halaman rumah. Baca lanjutan Simbolik Cahaya Malam 7 Likur  di Cahaya Pelita pada Malam 7 Likur Menjelang Raya. Fungsi Cahaya Pelita pada Malam Menjelang Raya yang sebenar-benarnya.




linkreferral