Demikian
dalam perhitungan itu
dia kehilangan
kuasa, nama dan pengaruh
lalu didatanginya
sebuah pajak gadai
berulang kali ditanya
berapakah nilai sekujur diri
mahu digadai seluruhnya.
Dan dia ditanya tukang gadai
tentang secubit maruahnya.
Syhhh!
perlahan-lahan dia berbisik
maruahnya telah lama tergadai
suatu waktu dulu
ketika membeli pingat dan pangkat
untuk menduduki sebuah kerusi kuasa.
Tanpa melihat dirinya
tukang gadai selamba berkata
-maaf tuan, seluruh dirimu tak laku di sini
buang saja di longgok sampah, tepi bukit
mungkin boleh dikitar semula.
-brirasa
uncle john kopitiam, alor setar
1/3/2010.
Honour and Respect from:
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
SEPUCUK SURAT SEDERHANA SEORANG GADIS SUNTI UNTUK AMIN
ReplyDeletemin, awak tentu tak kenal saya. sama macam saya tak kenal awak
sebelum ini. tapi takdir adalah takdir. dan kita
mula berkenal ketika detik untuk awak (di sini) berakhir.
awak, apa cita-cita awak? ada awak terfikir tentang impian,
masa depan dan khayalan? ya, masa awak terhenyak
dalam kereta dan memecut mencari takdir
yang tercicir di antara garis-garis putih terpisah
dan tengik aspal berembun - ada awak terfikir?
awak. mengapa awak mengambil kereta itu? ah, ya.
itulah, takdir telah memanggil dan naluri mengasak
[bang!]
awak. apa cita2 awak? ada awak terfikir
[bang!] tentang masa depan bila siren bergema
membelah cemas? apakah awak terbayang
risau ibu [bang!] dan resah ayah di sela2 desing
peluru dan hangit asap membakar [bang!]
kusyen memandu?
[bang!]
awak. rehatlah. tenanglah.
tidur dalam lena. bermimpilah
biar langit dan bulan
terus bercerita. lambat
atau cepat, kebenaran pasti
menjelma. selamat jalan
awak.
kalamutiara
shah alam - sungai buloh