Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991

Reactions: 


Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 | Pada tahun 1994 kerajaan Malaysia telah mengharamkan Mercun dibawah akta OSHA 1994 iaitu Occupational Safety and Health 1994. Akta OSHA 1994 ni ditubuhkan beberapa tahun selepas berlakunya satu tragedi yang menggemparkan Malaysia. Akta pengharaman ini dikuatkan lagi dengan pindaan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991

Tragedi yang tragis yang berlaku pada 1991 dan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah Malaysia ialah letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh pada 1991 yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan kira-kira 103 orang yang lain. Kira-kira 200 tan belerang yang digunakan untuk membuat mercun dan bunga api telah meletup di kilang tersebut.

Malaysia, pada tahun ketika itu terdapat sebuah kilang mercun besar iaitu terletak kat Sg Buloh yg dikenali dgn nama Kilang Mercun Bright Sparklers. Namun pada 7 Mei 1991 satu letupan terkuat dlm sejarah Malaysia telah mengubah segalanya. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Kesan letupan 200 tan belerang amat dashyat sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.


Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Dua daripada stor simpanan itu meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.


Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku. SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Sumber: Budakbotak

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh Raimi Syazwan Abdul Rashid



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





4 comments:

  1. Dasyatnya kejadian ni.. apa penyebab kebakaran?? pekerja lalai buang puntung rokok??

    ReplyDelete
  2. sy berusia 6 thn ketika ini.. sy tinggal di kg kuang batu 19.. walaupon agak jauh, semasa kejadian berlaku, tingkap rumah bergegar..ada yang pecah satu dua.. bayangkan sesiapa yg berada beberapa meter shj jaraknya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sehari selepas kejadian, guru memaklumkan tragedi tersebut di perhimpunan sekolah.

      Delete
  3. ketika kejadian saya belum lahir lagi, kakak sulung saya pun baru berumur 2 tahun.. berdasarkan cerita ibu saya yang bekerja di kilang kain berhampiran dgn kilang mercun tersebut, mula2 mereka menyangka gempa bumi berlaku lalu boss ibu saya mengarahkan ibu dan rakan rakannya berselindung di bawah meja.. selepas letupan pertama berlaku.. pekerja lelaki di kilang yang ibu saya bekerja keluar dari kilang untuk memastikan keadaan selamat.. rupa2 nya kilang mercun meletup.. ibu saya kata ada seorang lelaki china mati terkena serpihan bumbung yang terpelanting dari letupan kilang mercun itu.. uuu meakutkan

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh