Showing posts with label aidilfitri 2012. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2012. Show all posts

Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan

Perayaan Aidilfitri 2012 bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan. Mahrajan dan Nairus dikenali Hari raya Nairuz dan Hari raya Mahrajan iaitu Hari perayaan asal penduduk Madinah (Zaman Jahilliyah) sebelum tiba penghijrahan Rasullullah umat Islam.

Kedua-dua perayaan tersebut disambut dengan kemeriahan pesta-pesta dan hiburan-hiburan yang keterlaluan. Makanan-makanan yang berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran. Mereka juga bermewah-mewahan dan bermegah-megah dengan pakaian yang mahal dan hiasan-hiasan yang besar sehingga timbulnya perasaan riak dan irihati.

Rasullullah Sallallahu 'alahi wasallam datang ke Madinah dan pada waktu itu penduduknya masih memiliki dan maraikan dua hari raya iaitu hari raya mahrajan dan hari raya nairuz. Mereka bersenang-senang di dalamnya di masa Jahiliyyah. Maka beliau bersabda:

"Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang-sedang di dalamya pada masa jahiliyyah.Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu,yaitu: hari raya kurban dan hari raya 'idul fitri"
(HR.Abu Daud dan Ahmad).

Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan, melainkan anda sendiri yang menghidupkan kembali hari raya mahrajan dan hari raya nairuz tersebut.

Seperti petikan entri Jangan Jadikan Raya Umat Islam Sama Dengan Sambutan Nairus dan Mahrajan oleh Hasrulhassan
Dibimbangi akan kembali seperti bagaimana orang Yahudi menyambutnya iaitu menerusi dua perayaan mereka iaitu Nairus dan Mahrajan. Ia seolah-olahnya pada hari kemenangan tersebut kita seperti berpesta. Contohnya paling mudah apa yang dihidangkan oleh stesen televisyen, radio dan panggung wayang.




Yang Tertinggal di Aidilfitri 2012

Yang Tertinggal di Aidilfitri 2012




Yang Tertinggal di Aidilfitri

Sejak malam penentu Aidilfitri
Alam dan khalifah menghitung hari
Menanti malam meraikan kemenangan
Berarak mendaki puncak-puncak gunung

Malam ini
Seseorang, tertinggal dihujung barisan
Khalifah naif, kelihatan bingung
Saat hampir mulanya pesta kemenangan

Menoleh-noleh ke belakang
Meraba-raba ia di jalanan
Disini pesta rancak telah bermula
Disana dia mencari-mencari yang hilang

Pulanglah wahai khalifah naif
Kamu mencari apa yang tiada
Sesuatu yang tertinggal di aidilfitri
Matanya berkaca, pulanglah dia.

Tinggalkan malam
Pesta terakhirnya

 ~Kalamdunia
    September 2008






Sejuta Kemaafan | Selamat Hari Raya Aidilfitri | Salam Kemenagan

Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal wa Marhaban Bikum. Salam Kemenangan dan  di mohon bersama sejuta kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 M 1433H.  Greeting and Happy Eid Fitr.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La Ilahaillahu Allahu Akbar! Allahu Akbar wa Lillahilhamd..


Hampir berlalu Ramadhan yang mulia, semakin hampirnya Syawal untuk kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri Hari Kemenangan Umat Islam. Saya Raimi Syazwan penulis ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog dan Pseudosupra Page, dengan doa rahmat dari-Nya untuk semua yang mengenali diri ini, saya memohon sedalam-dalam kemaafan atas semua kesalahan dan kesilapan  yang telah saya lakukan. Semoga ikatan silatulrahim sentiasa erat dengan cahaya rahmat dan petunjuk dari Allah. Insyaallah.

Kerana aku hanya insan. Bersama Rahmat Ramadhan yang hampir berlalu. Bersama Keberkatan Syawal yang bakal menjelma. Aku mengharapkan kemaafan dari saudara-saudara Islam ku semua. Aku tunduk merayu keampunan dari Allah yang maha pengasih.

Ya Allah! Sucikan diriku dan saudara-saudaraku dari kelemahan dan dosa-dosa kami, berikan kami petunjuk dan Nur Hidaya-Mu.






Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012

Salam Ziarah, Salam Aidilfitri 2012 untuk semua. Satu segmen yang menarik dari www.hasrulhassan.com. Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012 diharap dapat memesrakan lagi hubungan sesama Blogger dan mengeratkn lagi ikatan silaturahim kita semua, insyaallah. Ziarah merupakan amalan yang mulia disisi agama Islam. Budaya ziarah, bermaf-maaffan dan kunjung mengunjung, sememangnya budaya masyarakat Malaysia di musim perayaan, terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Bahang kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 2012 semakin terasa.

Aidilfitri 2012

Aidilfitri 2012 kali ini diharapkan menjadi hari kemenangan yang terbaik berbanding dari yang sebelumnya. Bersama-sama kita berkumpul, ziarah menziarahi dan sucikan diri ketika meraikannya, hari kemenangan ini, kemenangan melawan hawa nafsu. Dalam Kemeriahan Aidilfitri 2012, jangan dilupa kepada yang tiada, amalan ziarah boleh diteruskan. Sekurang-kurangnya  Al Fatihan disedekahkan, insyaallah.

Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012 akan ditutup penyertaan pada jam 11:59 malam 16 Ogos 2012. Akhir kata, Salam sejuta kemaafan dan Selamat menyambut Aidifitri 2012 dari saya Pseudosupra.blogspot.com. Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal






Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Bermula hanya lembaran kosong. Menulis kisah kehidupan, bermula dengan halaman pertama dan akhirnya berhenti pada halaman terakhir. Lembaran Hidup, lembaran kisah kehidupan, pastikan tersusun lengkap, tiada satu halaman pun yang tertinggal, kerana ia tidak berulang. Semoga menjadi sebuah buku kehidupan, menceritakan kisah abadi yang dilalu sendiri.

Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Pena berada di tangan masing-masing, jangan benarkan orang lain menulis kisah kehidupan kita. Juga jangan pula kita menulis kisah orang-orang yang lain. Tulislah kisah hidupmu sendiri.

Lembaran-lembaran itu milik kita, biarlah setiap halaman itu ada warnanya, ada jiwanya yang tersendiri. Warna yang kita suka, warna yang kita pilih. Warna-warna kehidupan kita.

Kalamdunia






Malam 7 Likur Malam Lailatul Qadar | Hari ke 26 dan malam ke 27

Malam tujuh likur, adalah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan. Kebiasaannya lampu-lampu pelita akan dipasang untuk menyerikan halaman rumah. Bersempena dengan itu, konsep cahaya pelita merupakan simbolik CAHAYA atau NUR yang menerangi sebuah kehidupan.

Malam 7 Likur Malam Lailatul Qadar | Hari ke 26 dan malam ke 27


Sesetengah masyarakat, tanggal 26 ramadan adalah detik penting kepada mereka. Hari ke 26 dan malam ke 27 dipanggil malam tujuh likur. Itu mungkin hanya panggilan orang Melayu pantai timur, yang lebih tepat ia mungkin dimaksudkan dengan malam penuh berkat iaitu malam lailatul qadar. Bagi anak-anak kecil, walaupun kurang mengerti erti malam lailatul qadar, namun ia seolah-olah sudah ditunggu-tunggu oleh mereka. Menunggu malam tujuh likur untuk menadah tangan berdoa kepada Allah taala menjadi kelaziman mereka yang mempunyai impian.

Malam 7 Likur Malam Lailatul Qadar | Hari ke 26 dan malam ke 27



Malam 7 likur adalah malam lailatul qadar. Adakah itu benar?

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين
lailatul qadar ialah malam ke 27

(Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)

Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar.

Begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya :
“Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar
(al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)

Jika kita mengkaji surah al-Qadr, perkataan فيها (fiha) dalam ayat ( تنزل الملائكو والروح فيها) adalah perkataan yang ke 27 daripada surah tersebut. Ada juga ulama yang mengistinbatkan malam qadar pada malam 27 melalui kaedah perkiraan atau matematik. Kalimah ليلة لبقدر mengandungi 9 huruf. Ia disebut sebanyak 3 kali dalam surah al-Qadr. Maka 9×3 = 27.

Namun cara ini tersangat jauh untuk dijadikan pegangan dan sandaran. Terlalu takalluf, jadi tidak perlu dipegang sangat cara-cara seperti ini.

Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan,
lantas Nabi bersabda :

أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها
Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya
(Bukhari 2015)

Kesimpulannya, melihat kepada kisah ini, Nabi s.a.w. tidak mengiyakan bahawa malam 27 adalah malam qadar tetapi Nabi lebih cenderung menggalakkan umatnya mencari lailatul qadar pada malam-malam witir daripadanya. Adapun malam ke 27, mungkin ia adalah biasa berlaku (wallahualam) dan kadang kala boleh berlaku pada malam ke 21 seperti hadis Abi Said al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. sujud pada pagi 21 atas tanah becampur air (في ماء وطين).
Dan mungkin boleh berlaku malam-malam lain.

Apa yang perlu dikejar dan dilakukan oleh seseorang yang bergelar mukmin ialah merebut peluang yang masih berbaki ini.

Perbanyakkanlah ibadat, solat, zikir dan doa seperti doa yang diajar oleh nabi kepada Aisyah r.ah.

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Begitu juga setiap diri orang-orang Islam tidak wajib bagi seseorang itu mengetahui bahawa dia telah berjaya berjumpa lailatul qadar. Ini kerana yang wajib ialah kesungguhan dan keikhlasannya dalam melakukan ibadat sama ada ia mengetahui malam tersebut lailatul qadar atau tidak. Boleh jadi ia tidak mengetahui malam tersebut malam qadar, tetapi ia bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam ibadat.




Meriam Buluh Gergasi | Mercun Buatan Sendiri | Info Mercun

Meriam Buluh Gergasi adalah sejenis Mercun Buatan Sendiri. Bamboo Cannon ataupun Meriam Buluh juga merupakan permainan tradisional yang popular semasa musim perayaan Hari Raya di Malaysia dan Rumpun Melayu. Semenjak kerajaan Malaysia mengharamkan mercun komersial, semakin ramai pula beralih kepada meriam buluh yang lebih berbahaya sebagai hiburan alternatif di musim perayaan. ~ Info Mercun

Meriam Buluh Gergasi | Mercun Buatan Sendiri
Meriam Buluh terdiri daripada sebatang buluh besar sebagai laras meriam. Biasanya, buluh yang digunakan berdiameter antara 4 hingga 6 inci serta panjangnya antara 4 hingga 5 kaki. Bahan Peledak yang digunakan pula ialah Karbid iaitu campuran Kalsium Karbida dan Air. Tindak balas kimia yang terhasil daripada campuran Kalsium Karbida dan Air di dalam buluh menghasilkan Asetilena iaitu gas yang mudah meletup. Gas Asetilena akan meletup apabila terdedah kepada api. Minyak tanah juga digunakan sebagai bahan api. Lebih kurang 200 ml minyak tanah panas dimasukkan di dalam lubang kecil pada meriam buluh.

Sebatang kayu kecil digunakan untuk membakar wap yang terhasil dan seterusnya menghasilkan letupan meriam. Letupan tersebut menghasilkan bunyi yang sangat kuat. Selepas letupan pertama, udara segar dibiarkan masuk ke lubang kecil dan meriam dibakar lagi. Kesabaran dan latihan berulang kali diperlukan bagi menghasilkan letupan yang paling kuat.




Hari Raya | 10 Fakta Menarik Hari Raya | Rahsia Hari Raya

Hari Raya | 10 Fakta Menarik Hari Raya | Rahsia Hari Raya

Hari Raya | 10 Fakta Menarik Hari Raya | Rahsia Hari Raya
Hari Raya | 10 Fakta Menarik Hari Raya | Rahsia Hari Raya


Hari Raya | 10 Fakta Menarik Hari Raya | Rahsia Hari Raya | Berikut ialah 10 Fakta Menarik Hari Raya | 10 Fakta Penting Hari Raya yang perlu diketahui oleh kita semua. Selamat menyambut Hari Raya, Hari lebaran. Mohon Maaf zahir dan Batin.

  1. Pada hari raya pertama, kedua dan ketiga, purata kalori harian yang diambik oleh seorang lelaki adalah 8450 kcal dan seorang wanita 6700 kcal, iaitu 5 kali ganda jumlah kalori harian maksimum yang disyorkan.
  2. Perpindahan bakteria yang diakibatkan oleh persalaman berlebihan antara ahli keluarga dan kenalan adalah salah satu punca peningkatan penyakit seperti influenza, bronkitis dan demam denggi pada musim perayaan.
  3. 3% daripada lelaki Muslim di Malaysia jatuh muflis setiap tahun kerana tidak dapat membayar wang pinjaman bank yang digunakan sebagai duit raya untuk kaum keluarga.
  4. Disebabkan permintaan terhadap ayam, lembu dan kambing meningkat sekitar bulan Syawal, para pengeluar terpaksa mengimport 30% bekalan dari negara-negara seperti Kemboja, Vietnam dan Sri Lanka, dan haiwan-haiwan di negara-negara tersebut biasanya tak menepati piawaian vaksin antarabangsa. Haiwan-haiwan tersebut juga berkemungkinan tidak disembelih menurut rukun Islam.
  5. Kes kebakaran meningkat sebanyak 54% pada musim perayaan akibat penggunaan pelita dan bunga api serta lampu lip-lap, terutama di kawasan perkampungan yang berumah kayu. Di kawasan Batu Gajah, Perak, terdapat 43 kes kebakaran dalam bulan Ramadhan tahun ini, iaitu rekod terburuk dalam tempoh 73 tahun kewujudan Briged Bomba Batu Gajah.
  6. Pengeluar kasut biasanya mula menambah kuota pengeluaran kasut selepas hari raya (dan bukan sebelum) kerana kes kehilangan kasut raya yang bertambah setiap tahun. Jika anda perhatikan, biasanya kasut dijual dengan harga lebih murah bermula hari kelima Syawal kerana bilangan pengeluaran yang meningkat, sejajar dengan peningkatan kadar kehilangan kasut raya.
  7. Kematian yang berpunca dari konsumsi ayam pencen yang terlampau tua meningkat setiap tahun. Ketika membeli ayam pencen untuk dibuat rendang, pastikan bahagian dada ayam tersebut tidak terdapat tompok-tompok hijau yang menandakan ayam tersebut terlampau tua dan memiliki darah bertoksik (akibat atropi ekstrim). Kes pendarahan usus akibat ayam pencen terlebih usia juga dilaporkan meningkat sebanyak 12% di kawasan Semenanjung Malaysia.
  8. Molekul remotonin yang terdapat dalam daun kelapa dan batang buluh boleh menyebabkan kemandulan di kalangan wanita, serta meningkatkan potensi menghidap Alzheimer di kalangan lelaki. Oleh itu kita digalakkan mengurangkan penggunaan bahan-bahan ini untuk membuat lemang dan ketupat.
  9. Pada hari raya, 60% anggota polis bercuti, sistem kawalan keselamatan di taman-taman perumahan digantung sementara dan 35% rumah di bandar dibiar kosong akibat penghuni yang pulang ke kampung halaman. Ini menyebabkan kes rompakan, kecurian kereta, pecah rumah dan rogol meningkat secara mendadak di musim perayaan kerana sistem keselamatan seluruh Malaysia menjadi lemah menjelang Syawal.
  10. Amalan rumah terbuka merupakan tradisi agama Jehovah dan ada pendapat mengatakan bahawa amalan ini bertentangan dengan tuntutan syariah, seperti juga amalan bersanding, berinai dan bertunang. Pun begitu, amalan ini masih diteruskan secara berleluasa di kalangan masyarakat Melayu.

More Info:
Artikel Asal:

10 Fakta Penting Hari Raya Yang Perlu Diketahui

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991



Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 | Pada tahun 1994 kerajaan Malaysia telah mengharamkan Mercun dibawah akta OSHA 1994 iaitu Occupational Safety and Health 1994. Akta OSHA 1994 ni ditubuhkan beberapa tahun selepas berlakunya satu tragedi yang menggemparkan Malaysia. Akta pengharaman ini dikuatkan lagi dengan pindaan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991

Tragedi yang tragis yang berlaku pada 1991 dan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah Malaysia ialah letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh pada 1991 yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan kira-kira 103 orang yang lain. Kira-kira 200 tan belerang yang digunakan untuk membuat mercun dan bunga api telah meletup di kilang tersebut.

Malaysia, pada tahun ketika itu terdapat sebuah kilang mercun besar iaitu terletak kat Sg Buloh yg dikenali dgn nama Kilang Mercun Bright Sparklers. Namun pada 7 Mei 1991 satu letupan terkuat dlm sejarah Malaysia telah mengubah segalanya. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Kesan letupan 200 tan belerang amat dashyat sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.


Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Dua daripada stor simpanan itu meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.


Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku. SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Sumber: Budakbotak

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Lagu Raya 2012 | Download Lagu Raya | Koleksi Lagu Raya | Update

Lagu Raya Mp3 | Download Lagu Raya | Koleksi Lagu Raya | Noltagia
Lagu Raya 2012 | Download Lagu Raya | Koleksi Lagu Raya | Update

Lagu Raya Mp3 | Download Lagu Raya | Dengar Online
Koleksi Lagu Raya akan di update dari masa ke semasa

Koleksi Lagu Raya Terkini

  1. Takbir Raya
  2. Dari Jauh Kupohon Maaf - Sudirman
  3. Suasana Hari Raya - Anuar & Ellina
  4. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayang Ku Intan 
  5. Hari Raya Hari Bahagia  - Ramlah Ram
  6. Satu Hari Di Hari Raya - M Nasir
  7. Selamat Hari Raya - Ahmad Jais
  8. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat Exist 
  9. Aidilfitri - Sanisah Huri
  10. Suara Takbir - P. Ramlee 
  11. Harapan Ramadhan - Raihan Feat Manbai
  12.  Seloka Hari Raya - Uji & Hair Amir  
  13. Musafir Di Aidilfitri - S Jibeng
  14. Nazam Lebaran - Siti Nurhaliza 
  15. Kepulangan Yang Di Nanti - Aman Shah
  16. Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone
  17. Sesuci Lebaran - Siti Nurhaliza 
Will Update Soon..

Koleksi MP3 Lagu Raya Bahagian I Update 2015

Cahaya Aidilfitri - Black Dog Bone. Dendang Perantau - P.Ramlee. Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat. Musafir Di Aidilfitri - Jeffrydin. Nazam Lebaran - Siti Nur Haliza. Pulanglah - Aishah. Riang Ria Aidil Fitri - Rohana Jalil. Satu Hari Di Hari Raya - Krisya. Selamat Hari Raya - Fazidah Joned. Senandung Hari Raya Untukmu - Dayangku Intan.
Dengar dan Download di pautan: Koleksi Lagu Raya MP3 Melayu.

Koleksi MP3 Lagu Raya Bahagian II Update 2015

Setitis Cahaya di Aidilfitri - Aishah.Suasana Di Hari Raya - Junainah M Amin. Takbir Raya - Various - Takbir Raya. Seloka Hari Raya - Hail Amir dan Uji Rashid. Selamat Hari Raya - Saloma. Aidilfitri - Sanisah Huri. Bila Takbir Bergema - Rafeah Buang. Kepulangan Yang Dinanti - Aman Shah. Dari Jauh Ku Pohon Maaf - Sudirman. Musafir Di Aidilfitri - S Jibeng.
 Dengar dan Download di pautan: Download Lagu Raya MP3 Online.


Selamat Menyambut Hari Raya!

Anda boleh mendengar secara online ataupun click pada download mengikut tajuk lagu yang dipilih.
Anda boleh request lagu pada ruangan komen, Insyaallah saya akan usahakan. 




 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Suci Dalam Debu | Resepi Kuih Suci Dalam Debu | Popia Salju | Resepi Kuih Raya

Suci Dalam Debu | Resepi Kuih Suci Dalam Debu | Popia Salju | Resepi Kuih Raya
Suci Dalam Debu | Resepi Kuih Suci Dalam Debu | Popia Salju | Resepi Kuih Raya

Bahan-Bahannya
1 bungkus kulit popia (saiz sederhana)

- kulit popia dipotong 4 secara memanjang dan dilipat 4
- boleh juga digamkan dengan bancuhan tepung gandum bersama sedikit minyak masak untuk mengelakkan ia terbuka.
- goreng dalam minyak yang banyak sehingga berwarna kuning keemasan
- angkat dan toskan

Untuk bahan tabur
1 cawan nestum
1/2 cawan susu tepung
1/4 cawan gula
- blend bahan-bahan diatas sehingga halus
- golekkan kulit popia yang telah kering minyak tadi di atas serbuk tersebut
- isikan di dalam bekas kedap udara

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Kuih Raya Hampir Pupus | Kuih Raya Tradisional

Kuih Raya Hiasan


Kuih Raya Hampir Pupus | Info Raya | Kuih Raya Tradisional | Berikut ialah diantara kuih-kuih raya yang hampir pupus. Diharap para pengusaha kuih raya tradisional memberikan keutamaan pada kuih raya dibawah.

  1. kuih bangkit
  2. kuih sarang semut
  3. kuih pak sameon demam
  4. kuih putu kacang
  5. kuih debu-debu kasih
  6. kuih batang buruk


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Maggi Kari | Resepi Maggi Kari | Maggi Kari Soup | Juadah Ramadhan

Maggi Kari | Resepi Maggi Kari | Maggi Kari Soup | Juadah Ramadhan
Maggi Kari | Resepi Maggi Kari | Maggi Kari Soup | Juadah Ramadhan


Bahan-bahan :
  1. Sebungkus maggi kari
  2. 1 ulas merah - ditumbuk
  3. 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  4. Sebiji lada merah - dihiris
  5. Sebiji cili padi - dihiris
  6. Sepotong limau nipis
  7. Sedikit sawi
  8. Sebiji telur
  9. Sebelah tomato.

Caranya :
  1. Tumis bawang hingga wangi.
  2. Jika ada udang, masukkan dua - tiga ekor.
  3. Masukkan air secukupnya.
  4. Masukkan lada, cili, tomato dan perencah maggie.
  5. Masukkan maggi.
  6. Masukkan sawi.
  7. Pecahkan telur.
  8. Sesuaikan rasa dengan garam.
  9. Perah limau nipis sebelum makan.


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Nekbat | Resepi Kuih Nekbat | Nekbat dan Sira | Kuih Muih Ramadhan

Nekbat | Resepi Kuih Nekbat | Nekbat dan Sira | Kuih Muih Ramadhan






Bahan-bahan :

Untuk kuih
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam

Untuk sira
Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan

Cara Penyediaan:
Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.

Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat.

* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Hari Raya Idul Fitri 1433H | 1 Syawal 1433 H 2012 | Ucapan Hari Raya


Koleksi Ucapan Hari Raya Idul Fitri 1433H 1 Syawal 1433 H 2012

Salah kata pernah terucap,salah sikap pernah terungkap, kembali fitrah
selalu di harap Selamat Idul Fitri 1433H, Minal aidin wal faizin. Mohon maaf
zahir dan batin.

Keindahan ramadhan tetap bersinar seiring datangnya hari yang fitri. Selamat
Idul Fitri 1433H Minal aidin wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin terucap
setulus hati untukmu sahabat.

Seiring cahaya rahmat bulan Syawal,kuberi maafku setulus zahirmu dan kupinta
maafmu sedalam batinku. Selamat hari raya Idul Fitri 1 Syawal 1433H Minal
aidin wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Waktu mengalir bagaikan air Ramadhan suci akan berakhir Tuk salah yg pernah
Tuk khilaf yg sempat terucap Pintu maaf selalu kuharap Met Idul Fitri

Orang yang paling mulia adalah Orang yang mau memaafkan kesalahan orang lain
Bersihkan diri, sucikan hati Di hari yang Fitri ini.

Sayup terdengar takbir berkumandang Tanda Ramadhan akan menjelma Kempunan
diharap, barakah didapat Taqobalallahu minna wa minkum Mohon maaf zahir dan
bathin

Ketupat sudah dipotong Opor sudah dibikin Nastar sudah dimeja Kacang sudah
digaremin Tak afdhal kalau tak Minal Aidin wal Faizin Taqobalallahu minna wa
minkum


Bila tingkahku membuka lara. Dan kata-kataku menusuk sukma. Jika semua
menoreh luka. Mohon dimaafkan segala kekhilafan. MinalAidzin WalFaidzin.
Mohon Maaf zahir dan batin

Gadis menyulam diatas kain seindah bunga dlm jambangan. Hanya kata yg sy
kirimkan Seakan berjabat tangan. MinalAidzinWalFaidzin. Mhn maaf zahir&batin
ya.

Faith makes all things possible.Hope makes all things work. Love makes all
things beautiful. May you have all of the three. Happy Iedul Fitri."

Melati semerbak harum mewangi Sebagai penghias di hari fitri SMS ini hadir
pengganti diri Hulurkan tangan silaturahmi. Selamat Idul Fitri

Andai jemari tak sempat berjabat. Jika raga tak bisa bersua. Bila ada kata
membekas luka. Semoga pintu maaf masih terbuka. Selamat Idul Fitri

Bila kata merangkai dusta.. Bila langkah membekas lara. Bila hati penuh
prasangka. Dan bila ada langkah yang menoreh luka. Mohon bukakan pintu maaf.
Selamat Idul Fitri Mohon Maaf zahir Batin


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




linkreferral