Heading Murahan Kosmo | Hina Lee Chong Wei | Terlepas Habuan RM 4 Juta

KOSMO hina Lee Chong Wei. Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM 4 Juta. Inilah Heading Murahan akhbar KOSMO yang memalukan dan memberi aib kepada Datuk Lee Chong Wei. Inilah mentaliti media di Malaysia. Suka mensensasikan berita dan selalu melihat dari sudut yang sempit dan negatif.

Heading Murahan Kosmo | Hina Lee Chong Wei | Terlepas Habuan RM 4 Juta

Di waktu seluruh rakyat negara melihat wira negara Datuk Lee Chong Wei bermain daripada hati dan seolah-olah berhubung dengan hati kita semua (tak kira bangsa dan agama) secara LIVE, sehingga kita berasa TERKESAN dan menghargai usahanya itu demi untuk NEGARA YANG TERCINTA, senang-senang KOSMO membuat heading yang seolah-olah perjuangan Datuk Lee Chong Wei adalah perjuangan individu, materialistik hanya kerana wang ringgit. Kami katakan " SHAME ON YOU KOSMO" ( KAMU PATUT MALU KOSMO!). Siapa yg sebenarnya menggunakan "heading murahan ini kerana nak melariskan akhbar?". Siapa yang materialistik? Siapa yang tak ada semangat 'menyatukan semua rakyat" dengan SUKAN?

Padanlah muka depan media sebegini hanya layak untuk membungkus nasi lemak dan bukannya diangkat sebagai ARKIB sebagai rujukan di perpustakaan.

KOSMO: KAMI MOHON AKHBAR ANDA MEMINTA MAAF SECARA RASMI DI MUKA DEPAN KERANA BUKAN SAHAJA MELUKAKAN WIRA NEGARA TETAPI MELUKAKAN HATI KAMI RAKYAT MALAYSIA. NYATA KOSMO AKHBAR YG LANGSUNG TIDAK PEKA DAN SENSITIF TERHADAP SENTIMEN RAKYAT.

SUMBER: RedSupporters-FC

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





1 comment:

  1. Memang betul...kosmo hanya penting kan diri sendiri...apa apa pun DLCW tetap emas dia hati rakyat Malaysia....syabas DLCW........

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh