Kisah Tiga Biji Cawan | Berkhidmat Pada yang Kehausan

Kisah Tiga Biji Cawan bermula dengan kisah cawan pertama yang sangat cantik dan menjadi hiasan yang terdedah diatas televisyen. Seterusnya kisah cawan kedua yang sama cantiknya tetapi dibungkus rapi didalam kotak bersama ikatan riben yang menarik, dan diletakkan pula di dalam almari mengelak dari tercemar debu dan habuk. Yang manakah yang lebih baik?

Kisah Tiga Biji Cawan | Berkhidmat Pada yang Kehausan
Umpamakan cawan pertama itu manusia yang agama dan hidupnya hanya ikut-ikutan. Agama bukan lagi landasan kehidupan, sekadar pameran dan menunjuk-nunjuk. Perjalanan hanya berpandukan hawa dan nafsu. Cawan kedua pula mewakili golongan yang membaca Al-Quran selalu, solat lima waktu, menutup aurat sebaiknya, prihatin akan kesusahan umat Islam yang ditindas, bersedekah, memboikot dan amalan baik yang lainnya. Sentiasa mengharapkan syurga dan redha dari Allah. Tidak jemu beribadah siang dan malam.

Antara dua jenis cawan tadi, pasti kita menyangka cawan yang kedua adalah yang terbaik, kerana kurang terdedah pada habuk dan jauh risikonya untuk pecah. Tetapi yakinkah kita bahawa glongan kedua yang terpelihara dari habuk itu tidak akan diazab sama seperti golongan pertama yang ingkar?

Berikut ialah kisah cawan ketiga iaitu teguran Abdullah bin Mubarak ketika pulang dari peperangan kepada sahabatnya seorang ahli ibadah yang zuhud, Fudhaiyl bin Iyadh.

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram
jika kamu melihat kami
nescaya kamu faham
bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata
sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi
sedangkan minyak wangi kami
adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

Disini kita dapati ada cawan ketiga yang sentiasa memberi manfaat pada manusia, sedia berkhidmat pada yang kehausan, fungsinya sebagai cawan digunakan sebaiknya.

Mereka ini adalah golongan ketiga yang beramal untuk memperbaiki dirinya seterusnya menyeru yang lain. Kewujudan mereka adalah sunnatullah.

Sabdanya Rasulullah SAW:
“Akan sentiasa ada di kalangan umatku yang akan menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan dimudaratkan oleh sesiapa yang mencela mereka sehingga Allah memenangkan mereka dan mereka kekal dalam keadaan sedemikian.”
(Riwayat Al-Bukhari)





Jika | A. Samad Said | Puisi Sajak

Sajak Jika merupakan karya A. Samad Said, yang dipetik dari antologi puisi Rindu Ibu.



Jika


Jika bukit menjadi gunung
Gunung menyuburi rimba
Jika sakit mendorong menung
Menung meransang dewasa
Lorong hidup banyak cabarnya

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
Jika bangkit melawan gagal
Gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya

Jika | A. Samad Said | Puisi Sajak
















Terlalu Setia Terpedaya | Terlalu Akur Tersungkur | Kata-kata Puisi

Kata-kata puisi oleh Aram Ilham Sri Teratai


Terlalu Setia Terpedaya | Terlalu Akur Tersungkur | Kata-kata Puisi

Terlalu Setia Terpedaya Terlalu Akur Tersungkur

Terlalu waswas akhirnya tewas,
terlalu bimbang akhirnya tumbang,
terlalu gelisah akhirnya kalah,
terlalu berkhayal akhirnya gagal.

Terlalu mengharap akhirnya tertiarap,
terlalu menyokong akhirnya terlelong,
terlalu memihak akhirnya terdesak,
terlalu mengikut akhirnya hanyut,
terlalu mengaku akhirnya tertipu.

Terlalu setia akhirnya terpedaya,
terlalu patuh akhirnya terjatuh,
terlalu  akur akhirnya tersungkur,
dterlalu taat akhirnya dikhianat.

~ Ilham Aram

Lagi Koleksi Seni Bahasa di ⇨ aram-sriteratai.blogspot.com
Dipetik dari ⇨ Poem Quote aram-sriteratai





Melayu | Puisi Sajak | Usman Awang

Puisi Melayu oleh Usman Awang


Melayu | Puisi Sajak | Usman Awang
















Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu,
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muaalaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:

"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka






Keputusan UPSR 2012 | PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2012


Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara. Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012
 




Suami, Isteri dan Perompak | Sebutkan Namamu

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri...


Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!
Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah
Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata,
Perompak : Sebutkan namamu! Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku.
Suami : Namaku Irwan.. tapi... semua orang memanggilku Aisyah....






linkreferral