Di sebalik Dua Tragedi Pesawat MAS, saban harinya Akhbar di Malaysia berlumba-lumba memaklumkan Ekonomi negara meningkat secara mendadak (Goverment Authorities). MH370 Masih Hilang Lesap dan MH17 tidak sengaja ditembak oleh entah siapa. Dua Tragedi Besar menimpa Malaysia dalam tempoh 4 Bulan. Apakah kesannya kepada Ekonomi Malaysia.
Hanya di Malaysia
Masih belum ada Negara di dunia ini yang Jumlah Dagangan dan Ekonominya meningkat ketika ditimpa Tragedi. Kita perlu Memuji dan Bangga menjadi rakyat Malaysia apabila Jumlah dagangan Negara terus meningkat ketika MH370 Masih Hilang Lesap dan MH17 tidak sengaja ditembak oleh entah siapa.
Apabila diaplikasikan melalui Teknik menjawab Soalan Sains Bahagian B
Sekolah Rendah. Meningkat adalah Trend Ekonomi Malaysia. Maka dapat disimpulkan dengan
Jika meningkat Nahas Udara, Maka semakin meningkat jumlah dagangan Malaysia
Hampir tidak percaya pada mulanya. Merujuk Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, Jumlah dagangan Malaysia meningkat berbanding tahun-tahun yang tidak berlaku sebarang Tragedi. Apakah agaknya Formula Ekonomi yang digunakan oleh pemimpin negara. Sumpah! Ia sungguh luar biasa sekali.
Jumlah Dagangan Malaysia pada Jun 2014 meningkat 8.5 peratus kepada RM118.5 bilion. Malah lebihan dagangan RM3.97 bilion telah dicatat dalam tempoh itu.
Dipetik dari Utusan Malaysia. Sila rujuk Peningkatan Jumlah dagangan Malaysia Jika ada yang ragu-ragu mengenainya.
Tragedi Meningkatkan Ekonomi Malaysia
Ini adalah fakta. Tidak mungkin kenyataan ini satu penipuan kepada rakyat Malaysia. Ia dilaporkan di akhbar tempatan (utusan berita sahih) yang terlebih dahulu merujuk dari kenyataan para pemimpin negara yang jujur, malah mereka juga Beragama Islam. Sahabat Blogger dari Hootoh Blog mengalirkan air mata Jantanman kerana sungguh Bangga menjadi rakyat Malaysia. Sungguh dramatik sekali.
Malaysia Hebat Tidak Terkata
Sememangnya Pentadbiran Malaysia Hebat Tidak Terkata. Ekonomi Negara tidak pernah sekalipun menghadapi masalah setakat ini. Sentiasa saja Meningkat naik dan terus naik selama-lamanya. Walaupun Tragedi Menggegarkan Dunia menimpa negara, langsung tidak menjejaskan, malah Malaysia menjadi semakin maju pula. (Berpeluh) Tidak sia-sia Aku tegap berdiri di belakang Najib dan Rosmah. Sudah tentu Bonus menanti rakyat di akhir 2014 nanti.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
Malaysia memang hebat
ReplyDeleteHebat amat sangat
ReplyDelete