Histeria | Rasuk | Rahim yang Merayau | al-Dharra | Somatoform Disorder | Definisi dan Pengertian

 Histeria | Definisi dan Pengertian  Histeria | Pengenalan

Histeria | Psikosomatik | Nonorganik | Psikogenik
Histeria merupakan penyakit psikitari yang dikenali sebagai “somatoform disorder”. Ia merupakan suatu atau keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Masalah histeria adalah suatu fenomena yang acapkali berlaku dalam masyarakat kita khususnya di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian, asrama dan kilang. Justeru, artikel ini akan menyingkap fenomena histeria dan kerasukan yang berhubung dengan permasalahan ghaib yang melibatkan makhluk halus yang sering menyerang manusia.

Membincangkan mengenai histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Mudahnya, orang Melayu merujuk histeria sebagai rasukan. Histeria merujuk kepada suatu keadaan di mana seseorang individu atau kumpulan bertindak secara tidak normal seperti menjerit-jerit, meracau, merapu, hilang ingatan dan pertimbangan akal, bercakap dalam bahasa yang tidak difahami.

Dari sudut bahasa Arab, histeria disebut sebagai al-Dharra, yang sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Perkataan histeria sebenarnya berasal daripada istilah Greek yang bermaksud rahim yang merayau-rayau. Dari sudut perubatan moden, histeria dianggap sebagai penyakit psikitari yang dikenali sebagai “somatoform disorder”.

Histeria boleh berpunca daripada gangguan psikologi dan emosi yang akibat tekanan hidup, stress, kebimbangan yang amat sangat, ketakutan yang keterlaluan, ketegangan dalam hidup berumahtangga dan tiada pula ruang untuk menyalurkannya dengan sesuai. Akibatnya gangguan ini akan terus berlaku dan menekan psikologi.

Apabila tekanan ini melampaui tahap keupayaan mentalnya, maka di sini jin dan syaitan mengambil peluang untuk menyerang akalnya. Hasil gabungan antara tekanan hidup yang berpanjangan, stress serta faktor-faktor lain mengakibatkan kecelaruan emosi dan serangan jin dan syaitan, maka terjadilah apa yang dipanggil sebagai histeria.

Oleh itu, jelaslah histeria bukan semata-mata melibatkan gangguan psikologi, tetapi berkait rapat dengan gangguan dan serangan jin dan syaitan terhadap manusia.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





3 comments:

  1. Tak tahu nak percaya ke tak histeria ni disebabkan gangguan mistik atau tak... saya lebih percaya yg histeria ni disebabkan oleh gangguan psikologi sebab kalau ikut pengalaman masa skolah dulu... student yg terlalu komited dgn pelajaran yg slalu kena histeria... maybe dorang terlalu takut dan terlalu stress dgn exam..wallahualam... :)

    ReplyDelete
  2. Kalau mrujuk pengalaman pribadi sy tengok org kena histeria, 80% sebab gangguan psikologi.
    Tp, kalau baca dlm buku, byk plk yg kata sebab gangguan makhluk halus..

    ReplyDelete
  3. Saya agak bersetuju dengan pandangan honeyz. Sekiranya ia dikaitkan dengan makhluk halus, kat barat jarang direkodkan kes sebegini. Ianya lebih kepada psikologi. Macam hantu, jarang kita dengar laporan hantu dari negara kita ditemui di negara barat.

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh