Ini bukan cerita Hari Merdeka ke 55 Janji Ditepati iaitu . Ini hasil dari rasa (tiada nama) bila melihat dan mendengar manusia disekeliling bergurau dan memperlekehkan frasa "Janji Ditepati" seperti frasa tersebut ungkapan lawak dan hiburan pada mereka. Hingga ada yang menyebut frasa "Janji Ditepati" dengan body language yang kurang sopan sekali. Bukankah ia yang benar, setiap janji perlu ditepati. Kalau marahkan nyamuk, jangan pula kelambu dibakar.
Janji merupakan perkataan yang selalu dilafazkan oleh manusia. Mungkin kerana kekerapan melafazkan kata janji itu, akhirnya ia dianggap perkataan yang remeh hingga maksud yang sangat berat pada perkataan janji itu hampir diabaikan sama sekali. Hari ini dalam kehidupan seorang manusia mampu melafazkan sesuatu janji semudah menyebut A,B,C. Mereka boleh berjanji, tanpa perlu berfikir panjang.
Dalam Islam, Janji mempunyai maksud yang dalam dan berat tangunggannya kepada sesiapa yang telah melafazkannya. Terlalu berani untuk manusia memperlekehkan kata-kata janji. Perkataan Janji juga direndah-rendahkan sehingga tercipta frasa-frasa gurauan seperti janji melayu dan sebagainya. Hormati kata dan lafaz sesuatu janji itu. Di dalam Al Quran, Surah At-Taubah dpat kita lihat bertapa besarnya erti Janji dalam Islam. Letakkan perkataan janji itu ditempat yang sepatutnya, JANJI bukan kata-kata gurauan. Janji Ditepati.
Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.
At Taubah 75-77
Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !
Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.
Apakah janji Allah dan RasulNya?
Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak, adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.
Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy. Dalam keadaan inilah, Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.
Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.
Benarlah firman Allah dalam kitabnya:
Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.
Firman Allah SWT :
At-Taubah 20
Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya, janji yang pasti!
Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.
Lalu Rasulullah mendakwahnya dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.
Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :
"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.
Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.

وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آَتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ (75) فَلَمَّا آَتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (76) فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (77)
Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"
Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta.
Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !
Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.
Apakah janji Allah dan RasulNya?
Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak, adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.
Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy. Dalam keadaan inilah, Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.
Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.
Benarlah firman Allah dalam kitabnya:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"
Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.
Firman Allah SWT :
"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah"
Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya, janji yang pasti!
Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.
Lalu Rasulullah mendakwahnya dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.
Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :
"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".
Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.
Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
org buat janji utk ditepati.. munafik namanya bila berjanji dia mungkiri. xmahu jadi mcmtu, mintak diri dijauhkan dr semua tu
ReplyDeleteBetul tu Baby..
ReplyDeleteHarap2 kita lebih serius bila berjanji.
Bagus entry ni.. janji tu bukannya benda yg boleh dibuat main2 ^^
ReplyDeletesalam..betul tu..jnji bukan perkara yg boleh kita pandang remeh..tp suatu perkara yg kecil ttp if pndang remeh maybe jd kesalahan yg besar di sisi ALLAH..sama2 kite renungkan..nice entry..mohon jdikan reference..:-)..singgah sini + follow yr blog..
ReplyDelete