Sajak Janji Demokrasi | A Samad Said | Dataran Merdeka 55
Pak Samad
28 Ogos 2012 Dataran Merdeka
Janji Demokrasi sebuah sajak oleh A. Samad Said. Seperti koleksi-koleksi puisi beliau yang lain. Setiap patah, dalam dan luas hajat puisinya. Adanya Entri ini demi menghargai tokoh juga pejuang negara. Tokoh Sastera Negara, A. Samad Said juangnya bersama tinta dan kata.
Cintailah Bahasa Kebangsaan.
Merakamkan Sajak Janji Demokrasi oleh A. Samad Said. Tiada seinchi pun keluar dari sempadan bahasa. Masih saya teringat satu entri lama dahulu, Teguran A Samad Said. Merupakan entri pertama saya mengenai beliau.
Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!
Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!
Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!
Pak Samad
28 Ogos 2012 Dataran Merdeka
A Samad Said - Janji Demokrasi |
Janji Demokrasi sebuah sajak oleh A. Samad Said. Seperti koleksi-koleksi puisi beliau yang lain. Setiap patah, dalam dan luas hajat puisinya. Adanya Entri ini demi menghargai tokoh juga pejuang negara. Tokoh Sastera Negara, A. Samad Said juangnya bersama tinta dan kata.
Cintailah Bahasa Kebangsaan.
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.
Merakamkan Sajak Janji Demokrasi oleh A. Samad Said. Tiada seinchi pun keluar dari sempadan bahasa. Masih saya teringat satu entri lama dahulu, Teguran A Samad Said. Merupakan entri pertama saya mengenai beliau.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.