Showing posts with label Misteri. Show all posts
Showing posts with label Misteri. Show all posts

Sidang Media Operasi MH370 Fasa Dua Najib Tun Razak

Sidang Media Operasi MH370 Fasa Dua Najib Tun Razak. Yang remeh dan yang temeh, Berlegar di sekelilingmu. Buatlah.. Buatlah tak tahu. Jika difikirkan persoalan yang timbul dalam Misteri Kehilangan MH370 pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER yang Ghaib di Angkasaraya, pastinya banyak kekeliruan yang bermain di benak fikiran kita semua. Satu contoh yang suka disebutkan disini ialah

Sebelum Sidang media DS Najib 15 Mac 2014. Mengapakah pihak US bermati-matian memfokuskan pencarian di sekitar Lautan Andaman dan Lautan Hindi sebaliknya pihak kita bermati-matian menafikan pesawat terbang lebih 4 jam dan tidak menuju ke Pulau Perak tetapi dalam masa sama turut mencari disitu. Ada sesetengah persoalan sudah ditentukan bukan kita yang perlu mencari jawapannya.

Sidang Media Operasi MH370 Fasa Dua Najib Tun Razak

Biarlah setiap kali sidang media, pihak kita kelihatan tidak meyakinkan atau 'bodoh-bodoh' asalkan rahsia negara terjaga.

Ringkasan Isi Kandungan Sidang media Datuk Seri Najib Tun Razak 15 Mac 2014

  • Pesawat MH370 disahkan membuat pusingan balik (air turn back) ke Semenanjung Malaysia dan menghala ke barat laut dengan pergerakan konsisten.
  • Last contact dengan MH370 ialah pada jam 8.11 pagi 8 Mac 2014 waktu Malaysia walaupun dijangka tiba pada pukul 6.30 pagi di Beijing.
  • Usaha mencari pesawat MH370 di laut China Selatan dihentikan serta-merta.
  • Pengangkutan darat, laut, udara, radar primer, radar sekunder, satelit masih gagal mendapat maklumat yang tepat mengenai kehilangan MH370.
  • Transponder disahkan telah dimatikan secara sistematik oleh seseorang apabila pesawat MH370 menghampiri sempadan Vietnam.
  • Malaysia masih mengkaji sebab sebenar pesawat MH370 tiba-tiba bertukar arah.
  • Tiada pengesahan berhubung lokasi sebenar pesawat MH370 setakat ini.
  • Komunikasi pesawat (ACARS) dimatikan sebaik memasuki ruang udara Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
  • Tumpuan pencarian pesawat MH370 kini adalah di dua koridor iaitu Koridor Utara dari utara Thailand sehingga sempadan Kazakhstan dan Koridor Selatan bertumpu dari utara Indonesia sehingga selatan Lautan Hindi. 




Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak

Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak


Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak Malaysia. Cerita Hantu Lebuhraya Karak dan Fenomena Seram tetap menjadi Misteri Lebuhraya Karak. Terlalu banyak koleksi kisah aneh lebuhraya yang penah kita dengar, hingga ada diataranya di jadikan Filem dan Drama seram di kaca televisyen Malaysia. 


Kata-kata Seram seperti Lebuhraya Karak Berhantu, Kawasan Keras di Lebuhraya, Kejadian Kemalangan Aneh seperti yang diceritakan Blog Dop Paka Sikit Arang. Namun, persoalan  misteri yang bermain di fikiran saya ialah Di antara banyak-banyak lebuhraya di Malaysia, Kenapa Lebuhraya Karak Sangat Popular dalam cerita-cerita seram ini? Adakah Fenomena Paranormal Lebuhraya Karak sememangnya kejadian sebenar.

Baca selanjutnya di SERAM! Kisah Berhantu Lebuhraya Karak dan Fenomena Misterinya. Mungkin ada yang belum penah anda dengari.




Detik-Detik Misteri seorang Guru

Detik-Detik Misteri seorang Guru

Profesion perguruan bukan sesuatu yang mudah, bukan sahaja ia sukar kerana Jumlah Interaksi yang berlaku setiap hari, tetapi Kegagalan Mengurusan Waktu kerana faktor-faktor di luar kawalan manusia. Apabila menyentuh Perihal Waktu, setiap kali itu juga aku teringat Kata-Kata Seorang Rakan Guru,

Masa sebagai Guru, umpama 1:2 berbanding yang lainnya. 3 detik sebagai guru di sekolah bersamaan 6 detik ketika guru itu menjadi insan biasa diluar sekolah

Detik-Detik Misteri seorang Guru

Adakah masa seorang guru lebih dari insan lain? Apakah maksud di sebalik kata-kata itu. Mana mungkin masa seorang guru berganda dua (2) detik. Ia bukannya kata-kata kosong! Bagaikan Detik-Detik Misteri seorang Guru. Hingga hari ini aku sendiri belum pasti maksud sebenar di sebalik Ungkapan Seorang Rakan Guru itu. Namun dalam tidak sedar, dapat aku rasakan ada benarnya kata-kata itu. Tetapi malu untuk mengakuinya, kerana setiap kali mencuba untuk menghuraikannya, aku bagai tidak tahu cara untuk menjelaskannya. Adakah ia satu kelebihan atau merupakan kekurangan dalam Profesion Perguruan ini! Secara ringkas dan mudahnya, bila menjadi guru, In Sya Allah.


وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal sholih dan saling menasihati supaya menaati kebenaran dan saling menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. Al ‘Ashr)





Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka

Gloomy Sunday yang misteri dan dianggap berpuaka merupakan lagu yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary. Misteri lagu Gloomy Sunday masih terpendam hingga hari ini. Resza Seress yang bercita-cita menjadi penggubah lagu terkenal pada asalnya adalah lelaki yang terpinggir dan hampir semua hasil seninya dianggap sampah oleh penerbit muzik ketika itu.

Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka Mystic

Namun pada suatu Ahad, hari bersejarah yang merubah segalanya. Pada hari tersebut berlakunya pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “ Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku! ” kata Suress sendirian. Dengan gembira, dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Mempertaruhkan lagu Gloomy Sunday, Seress telah menghantar lagu itu kepada seorang penerbit muzik namun ditolak kerana melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Reszo Seress agak kecewa, selang beberapa hari beliau sekali lagi menghantar Gloomy Sunday kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku Misteri dan kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.


Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka.

Misteri Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Misteri Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Misteri Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Misteri Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Misteri Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Misteri Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun Misteri tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Misteri Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Misteri Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.

~ Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka




Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Fenomena Misteri

Air Sungai Yangtze bertukar merah dengan tiba-tiba. Fenomena Misteri Air Darah telah menggemparkan rakyat China. Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang di China tiba-tiba berubah dan mengalirkan darah. Air sungai Yangtze yang tiba-tiba bertukar menjadi merah menggemparkan penduduk setempat di Chongqing, China. Pelbagai persoalan timbul, namun ia tetap menjadi misteri.

Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Berikutan Fenomena Misteri Merah darah Sungai Yangtze, beberapa kilang perindustrian di hulu Sungai Yangtze berhenti beroperasi bagi memberi laluan kepada pihak tertentu menyelesaikan misteri air darah tersebut. Sungai Yangtze yang dahulu digelar "golden waterway" tidak seperti biasa. Golongan tua setempat tidak henti-henti berdoa, bagi mereka bila aliran air bagaikan darah, mungkin ia lebih sesuai digelar "Sengai Neraka". Penduduk berharap, dengan campur tangan pihak berkuasa dan kumpulan pecinta alam, Misteri Air Darah ini dapat diselesaikan dengan segera.






linkreferral