Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia

Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia

Berdasarkan Perjanjian Konsesi 2015 berkemungkinan 20 Syarikat Konsesi Lebuhraya Menaikkan Kadar Tol pada Ogos 2015. Namun ia belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Malaysia. Berdasarkan Sumber dari FMT, Kadar Tol naik sebanyak 50 hingga 100 peratus di Lebuh Raya utama di Malaysia. Bagaimanapun, jumlah kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi. 

Sekiranya Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 adalah benar, pastinya bebanan pengguna Jalan Raya lebih terasa memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru saja 4 bulan dilaksanakan pada1 April lalu. Berdasarkan perjanjian Konsesi sebelum ini, Berikut 20 Syarikat Konsesi dan Senarai Lebuhraya yang akan menaikkan kadar tol:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  • Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
  • Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

  • Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
  • Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Tol Lebuhraya Bakal Naik Ogos 2015

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol. Mengikut perjanjian, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi. Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2. Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh