Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta

Ubat Tradisional Melayu Majun Burung Unta mengandungi Racun terkawal dibawah Akta Racun 1952. Kepada sesiapa yang mengambil Majun Burung Unta dinasihatkan segera mendapatkan rawatan kesihatan. Jika mempunyai maklumat mengenai Majun Burung Unta Ubat Tradisional itu sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my. Ulasan Kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. 

Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta

Majun Burung Unta Mujarab dan Popular

Majun Burung Unta Popular dikalangan pengamal ubat tradisional melayu setelah dikatakan Mujarab dalam memulihkan penyakit lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

Ubat Tradisional Melayu Tidak Berdaftar

Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan Ubat Tradisional Melayu Majun Burung Unta yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis Kortikosteroid untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal malah ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Sumber Kosmo.

Bahaya Racun Majun Burung Unta

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata). Pengmbilan dexamethasone sangat berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius. Hootoh! Katakan Tidak pada Ubat Beracun Majun Burung Unta.




Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi Malaysia

Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan Kerajaan yang telah berjaya menarik lebih ramai pelabur asing dari negara maju di seluruh dunia untuk membuka pelaburan di Malaysia (Ayat Senafas). Semakin senanglah Kehidupan Rakyat Malaysia nanti. Alhamdulillah Syukur

Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi Malaysia

Hampir kesemua Pelabur Memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang paling stabil dan mampu Menangani Tekanan dan Krisis dengan amat baik sekali. 

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pelan yang hendak dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (PTE). Matlamat MEB adalah untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020. Sila ke Apa itu MEB dan DEB oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi Sehebat Malaysia.

Integriti, Keikhlasan dan Ketelusan Program Transformasi Ekonomi

Usaha kerajaan dalam transformasi ekonomi, memperlihatkan Ketelusan, Keikhlasan dan Integriti Malaysia kepada pelabur asing. Selain kedudukan strategik Malaysia di rantau Asia Tenggara. Keyakinan Pelabur Asing terhadap sistem ekonomi di Malaysia amat tinggi. Ekonomi negara yang amat baik menarik minat pelabur menanam modal di Malaysia.

Ekosistem Ekonomi Kondusif di Malaysia

Kerajaan telah wujudkan satu ekosistem yang sesuai dan kondusif untuk para pelabur bukan sahaja dalam negara tetapi dari luar negara yang semakin meningkat. Prestasi yang Positif Program Transformasi Ekonomi telah terbukti dalam angka pertumbuhan ekonomi suku pertama 6.2 peratus. Pelaburan swasta meningkat dua digit dan pelaburan asing juga semakin meningkat.




Demi Masa! MH370 Boeing 777

Demi Masa! MH370 Boeing 777. Sememangnya manusia sentiasa dalam kerugian. Pesawat tidak dikenali 200 batu nautika di barat daya Pulau Pinang disedari setelah beberapa hari tragedi kehilangan pesawat MH370. Itupun setelah melihat semula rakaman semula radar tentera dan mendapati ada plot (titik) yang belum dipastikan dan bukannya sah (belum tahu sama ada) pesawat MH370. Doa untuk mangsa MH370 Malaysia Airlines. Kemas Kemim Teknologi Ketenteraan Malaysia.

Demi Masa! MH370 Boeing 777

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Lebih sayu didengar, apabila TUDM tidak menghantar jet pejuang untuk memintas pesawat tidak dikenali itu kerana pesawat terbang di laluan udara komersial sahaja. Radar tentera tidak menunjukkan nama pesawat tetapi plot (pesawat) yang tidak dikenal pasti. Oh, biarkan saja ia terbang bebas di angkasa raya. Bagaimanakah Nasib 12 Kru dan 227 penumpang Pesawat MH370 Boeing 777 agaknya. Semoga Allah merahmati mereka. The Mongolia Dream.

Sekarang Tentera Udara Diraja Malaysia bertungkus lumus menganalisis semua maklumat berhubung kejadian. Kehebatan darah perwira, boleh melakukan apa saja. Di sebalik tragedi, terbukti para pentadbir, menteri-menteri Malaysia terbukti sanagat dihormati di negara luar. Kerana hubungan persahabatan mereka 12 negara luar membantu dalam Misi Mencari pesawat MH370.




Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013

Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013 Rancangan Hiburan Realiti menerusi Program Astro Gempak kembali mencetuskan kembali Fenomena AF dalam dunia hiburan Malaysia. Akademi Fantasia 10 Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti. AF2013 memperkenalkan beberap fomat baru iaitu Galaxy AF, AF Buzz dan TGIAF (Terus Gempak, Inilah AF 2013) selain format terdahulu Akademi Fantasia seperti Konsert Prelude AF, Diari AF dan Konsert Mingguan AF. Fenomena AF kembali AF10 Lebih Mantap Dan Memukau. Berikut ialah Maklumat dan Informasi Inspirer, Barisan Tenaga Pengajar, Peserta Akademi Fantasia dan Format Baru AF2013 Akademi Fantasia 2013. #AF2013 - Merujuk: Sumber Terkini AF2013.

Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013
Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013

AKADEMI FANTASIA 2013 MUSIM KE 10

Pengacara

Zizan Razak

Inspirer Akademi Fantasia 2013

  • Dato' Siti Nurhaliza
  • Melly Goeslow
  • Faizal Tahir

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 2013

Guru Vokal: Cikgu Shafi
Koreografer: Alam Wakaka
Koreografer: Suhaili
Guru Seni Persembahan: Fizz Fairuz

Peserta Akademi Fantasia 2013

Azhael
Nama penuh: Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi
Umur: 25 tahun dan 25 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Iman
Nama penuh: Muhammad Ikhtiman Che Ismail
Umur: 23 tahun
Asal: Kedah

Suhada
Nama penuh: Abdul Suhadah Unding
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah

Irmisa
Nama penuh: Irsa Sahabuddin dan Irmiza Sahabuddin
Umur: 23 tahun dan 26 tahun
Asal: Sabah

Sani
Nama penuh: Kamsani Jumahat
Umur: 23 tahun
Asal: Singapura

Nona
Nama penuh: Rasmawatie Mohd Thamrin
Umur: 21 tahun
Asal: Sabah

Aisyah
Nama penuh: Nur Aisyah Aziz
Umur: 19 tahun
Asal: Singapura

Nabila
Nama penuh: Nur Nabila Razali
Umur: 21 tahun
Asal: Kuala Lumpur

Indah
Nama penuh: Siti Ruhailah Hussein
Umur: 23 tahun
Asal: Johor

Darren
Nama penuh: Chin Teik Meng
Umur: 21 tahun
Asal: Pulau Pinang

Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013 http://pseudosupra.blogspot.com/2013/09/akademi-fantasia-2013-musim-ke-10-af2013.html Satu harapan, satu tujuan, satu destinasi. Mengubah impian menjadi realiti.





Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah meninggal dunia. Al Fatihah, semoga rohnya berada bersama golongan yang beriman. Berita sedih ini diterima pada malam tadi bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Sumber Bernama | Image: Syukury





Aaron Aziz masuk Hospital | Demam | Pneumonia

Aaron Aziz masuk Hospital | Demam | Pneumonia

Aaron Aziz pelakon lelaki popular dimasukkan ke hospital pagi ini berikutan demam teruk dialaminya. Berita disahkan oleh isterinya, Diyanah Halik melalui laman sosial Twitter, sebaik sahaja suaminya Aaron Aziz dimasukkan ke hospital. Menurut Diyana, Aaron mengalami demam teruk akibat pneumonia. Walaubagaimanapun, suhu badan Aaron dilaporkan sudah turun selepas menerima rawatan, dan dijangka akan kembali pulih beberapa hari lagi. Sumber: SH 
Blog Popular





Guru jadi Sukarelawan Polis | Banteras Jenayah

Kementerian Pelajaran Malaysia menyambut baik sebarang cadangan untuk menambahbaik usaha ke arah mengurangkan masalah disiplin pelajar dan sedia mengkaji cadangan agar guru diserap menjadi sukarelawan polis bagi membanteras jenayah di kawasan sekolah. Ini termasuk mempertingkatkan tahap keselamatan kerana pernah berlaku kes penculikan membabitkan pelajar yang sedang dalam perjalanan ke sekolah.


Guru jadi Sukarelawan Polis Banteras Jenayah info pendidikan

Terlebih dahulu guru perlu diberi taklimat pencegahan jenayah dengan kerjasama pihak yang berkaitan. Walaubagaimanapun Kementerian Pelajaran akan membuat kajian terperinci mengenai cadangan ini supaya tidak memberi bebanan tambahan kerja kepada guru.

Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia | Guru sekolah diserap menjadi sukarelawan polis bagi mencegah jenayah
Dr Mohd Puad Zarkashi






Bajet Intipati Belanjawan 2013 | Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Bajet intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini. Tema Belanjawan 2013 ialah Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati .


Kita tidak dapat membangunkan masa depan bagi generasi muda kita, tetapi kita dapat membangunkan generasi muda kita untuk masa depan.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. 
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.   
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit  Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
Sumber: Sinarharian




Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad | Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki

Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi  menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti cinta pasangan suami isteri ini dianggap "Kisah Cinta Murni" oleh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti sukar untuk mencari suami sedemikian pada zaman yang penuh dugaan dan mencabar ini.

Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


Berikut merupakan antara maklum balas dan kata-kata oleh rakyat Malaysia kepada pasangan Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


"Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

"Sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah,"

"Semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini,"

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini,"

"Semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

"Syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri,"

"Ini baru betul cinta..."

"Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma."

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik,"

"Semua orang mahukan suami sebegini..."

"Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja,"

"Inilah yang dikatakan 'suami masali."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini,"

"Suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya,"
Abil Fikri dan Fauziah Muhamad

Entri Abil Fikri Ahmad | Cinta Murni Seorang Lelaki merujuk artikel Sinar Harian bertajuk Kisah Abil-Fauziah: Pembaca beri sokongan moral. Semoga Allah memberikan rahmat kepada pasangan ini. Teruskan doa dan Insyaallah, tiada yang mustahil di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.






Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray

Misteri Matematik 350 tahun oleh Isaac Newton akhirnya terungkai. Shouryya Ray menyelesaikan Misteri Matematik abad ke 17, menggemparkan pakar ilmuan matematik dunia. Seorang pemuda berusia 16 tahun dari Jerman, Shouryya Ray berhasil menyelesaikan misteri matematik yang membingungkan pakar matematik sejak 350 tahun dahulu lagi. Misteri ini adalah teka-teki matematik yang ditinggalkan oleh Sir Isaac Newton sejak abad ke 17 dahulu.


Shouryya Ray dari Kota Dresden telah menggemparkan pakar matematik dunia apabila berhasil menyelesaikan dua teka-teki Teori Dasar Partikel Dinamik. Para pakar matematik abad ini kebingungan dan hampir tidak percaya. Sedangkan sekumpulan pakar sekalipun pun hanya mampu menyelesaikan misteri teka-teki tersebut dengan kecanggihan super komputer.
Daily Mail, Sabtu 26 Mei 2012

Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray
Shouryya Ray
Shouryya menemukan penyelesaian teka-teki ini ketika sekolahnya sedang me lawatan ke Universiti Dresden. Sejurus saja selesai mendengar taklimat dari  seorang profesor universiti tersebut yang mengatakan bahawa misteri teka-teki tersebut mustahil terungkai.

Darah muda Shouryya tercabar dan terus mencuba teka-teki tersebut. Tiada yang mustahil dan siapa sangka cubaan Shouryya berhasil. Dengan penemuannya tersebut, pemuda keturunan India ini memberikan penyelesaian kepada para Ilmuwan Dunia untuk membuat perkiraan dinamik sesebuah bola yang dilempar dan meramal ke arah jatuhnya bola tersebut serta daya-daya lantunan berikutnya.

Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray
Sir Isaac Newton
Shouryya, pemuda sederhana dari India ini, adapun telah dikenali sebagai jaguh matematik sejak kecil lagi. Ayahnya yang merupakan seorang jurutera telah memperkenalkan Aritmatik kepada Ray sejak berusia enam tahun lagi.

Ini adalah tahun keempat Ray menjadi warga Jerman. Imigran dari Kalkuta ini awalnya sama sekali tidak boleh menggunakan bahasa setempat, namun dalam waktu singkat pemuda genius ini lancar berbahasa Jerman.

Akibat kecerdasannya, beliau melangkau satu kelas dengan mengambil ujian khas. Walaupun memiliki IQ yang tinggi, namun dengan rendah hati Shouryya mengaku beliau ada kelemahan utama, iaitu olahraga. Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray 

My Technorati Claim Token :  R79HVG896E26




Kes rogol | Noor Afizal | Hormati Keputusan Mahkamah

Kes rogol gadis 13 tahun oleh Noor Afizal Azizan. Hormati Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi. Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.

Kes rogol | Noor Afizal | Hormati Keputusan Mahkamah

Noor Afizal 21 tahun, pemain boling tenpin yang pernah mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan serentak itu, mewakili Malaysia dalam Kategori Belia Kebangsaan selama lima tahun (2004-2008). Noor Afizal juga pernah beraksi di Kejohanan Terbuka Thailand International pada April tahun ini, dan dijangka mewakili Kedah dalam beberapa pertandingan yang bekal menjelang termasuk Kejohanan Terbuka Antarabangsa KL 2012

Noor Afizal, mengaku bersalah melakukan kesalahan rogol ke atas gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi 5 Jun, 2009. Namun berikutan rayuan pihak pendakwa, Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 Sept tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Noor Afizal supaya dikekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Julai tahun lepas yang memerintahkannya berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikan jamin RM25,000. Hormati Kes rogol Noor Afizal




Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan

Apek atau Khairul Fahmi Che Mat Kemalangan. Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek terlibat dengan kemalangan apabila kereta Audi yang dipandunya terbabit dalam bertembung dengan sebuah Myvi ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan. Menurut Khairul Fahmi, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan
Kereta Audi Khairul Fahmi | Sumber Kosmo



"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya"

Apek atau Khairul Fahmi Che Mat



Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan
Sumber dan Berita Penuh: [Kosmo | Apek terlibat kemalangan di Bachok]





Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas

Kelab Tiada Dara yang ditubuhkan oleh Pelajar IPT jahil aktif mengamalkan seks bebas akhirnya terima pengajaran. Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas

Kelab Tiada Dara yang ditubuhkan oleh beberapa penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), yang terpesong dan mempunyai akhlak yang amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.


Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara. Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan. [Sumber | myMetro | Bahana Bangga Tiada Dara]

Semakin banyak kemudahan yang kerajaan berikan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi, semakin banyak pula gejala negatif yang timbul kebelakangan ini.

Untuk permasaalahan sebagini, siapa yang yang menjadi punca tidaklah penting. Tetapi bagaimanakah cara mengatasi masalah yang pelbagai-bagai kebelakangan ini. Pendekatan yang lebih berkesan perlu dicari.

Langkah terbaik ialah kenali golongan bermasaalah ini terlebih dahulu. Fahami corak pemikirannya, baca tingkah lakunya. Bertindak demi untuk memulihkan dan bukan untuk menghukum.

Diharap tiada lagi kelab-kelab baru yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar IPT di masa akan datang. Kebebasan yang mereka inginkan perlu dipimpin ke arah yang benar. Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas





linkreferral