Jimmie Rodgers - Que Sera Sera

Jimmie Rodgers - Que Sera Sera


"Que Sera, Sera (Whatever Will Be, Will Be)",[1] first published in 1956, is a popular song which was written by the Jay Livingston and Ray Evans songwriting team.[2] The song was introduced in the Alfred Hitchcock film The Man Who Knew Too Much (1956),[3] starring Doris Day and James Stewart in the lead roles.[2]

Jimmie Rodgers - Que Sera Sera

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.



Bidadari | Wajah Cantik Jeli

Gambar Hiasan

Kenikmatan di dalam syurga yang banyak di gambarkan di dalam al-Quran adalah kecantikan dan keindahan para bidadari. Bidadari yang akan menjadi isteri-isteri orang-orang mukmin di syurga nanti.

Al-Quran menceritakan sifat-sifat bidadari adalah seperti berikut :

1.Firman Allah SWT maksudnya :

"Di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya dan jeli matanya, seakan-akan mereka adalah telur (burung unta) yang tersimpan dengan baik."
(Surah Ash-Shaaffaat [37] ayat 48-49)


2. Firman Allah SWT maksudnya :

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin."
(Surah Ar-Rahmaan [55] ayat 56)





Wordless Wednesday | #2 | 30 May 2012


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Doraemon | Childhood Superhero Nobita

Doraemon and Friend


Nice job Nobita




Song Title: Doraemon
Band: Intoxicated
Boys & Girls 1 + 1 = 3


Full Album at: http://pseudosupra.blogspot.com/2012/03/boys-girls-1-1-3.html

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Pingdom.com | Network and Website Monitoring

www.pseudosupra.blogspot.com stat


www.pingdom.com 3rd party utility services


Pingdom offers cost-effective and reliable server, network and website monitoring. We use a global network of servers to monitor our customers' sites 24/7, all year long. The service includes statistics for uptime and response time, and can send out alerts via SMS, email, and more.

Pingdom menawarkan pelayan kos efektif dan boleh dipercayai, rangkaian dan pemantauan laman web. Kami menggunakan rangkaian global pelayan untuk memantau tapak pelanggan-pelanggan kami 24/7, sepanjang tahun. Perkhidmatan termasuk statistik untuk uptime dan masa tindak balas, dan boleh menghantar isyarat melalui SMS, e-mel, dan banyak lagi.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Internet Fashion







Internet Fashion Show 2012

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Kematian Suúl Khatimah Kerana Perjuangan Berasaskan Asabiyyah

Gambar Hiasan

Perjuangan berdasarkan bangsa atau suku kaum yang dipanggil asabiyyah adalah perjuangan yang dilarang oleh Nabi SAW. Baginda cukup prihatin dan melarang keras kerana perjuangan yang tidak diasaskan kepada akidah Islam dan dibuat bukan kerana mencari keredaan Allah SWT akan berakhir dengan kemurkaan-Nya dan amalan tersebut tidak akan diterima di hari akhirat nanti.

Setiap amalan perlulah dengan niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah SWT bukan kerana ingin dipuji dan disanjung oleh manusia. Manusia yang berjuang kerana asyabiyyah atau kerana kepentingan suku kaum termasuk perjuangannya di kira kerana manusia bukan kerana Allah SWT. 

Perjuangan seperti ini akan ditolak oleh Allah SWT seperti kisah seorang pejuang Perang Uhud bernama Qazman yang berjuang untuk menaikkan bangsa Arab bukan untuk Islam , maka matinya dikira mati jahiliah.

Dalam sirah Nabi SAW menerusi kisah kematian Qazman; seorang yang menyamar sebagai muslim, berjuang bersama-sama dengan para sahabat. Sedangkan hatinya menyertai para sahabat hanyalah bertujuan mendapat jolokan pejuang yang berjiwa bangsa Arab untuk menjaga kepentingan Yathrib (Madinah). Penyertaannya hanyalah untuk dipuji orang. Akhirnya beliau telah berjaya membunuh ramai musuh yg menyerang Madinah.

Walau bagaimanapun, Nabi SAW. agak keberatan menyebut kematiaanya sebagai salah seorang syuhada. Akhirnya Nabi SAW. dengan tegas mengatakan dia mati sebagai seorang kafir yang tidak diterima usahanya sedikit pun di sisi Allah. Kenyatan nabi ini disokong oleh seorang sahabat yang menyaksikan bahawa Qazman ini telah membunuh dirinya sendiri dengan pedang yang dimiliki kerana kesakitan daripada luka yg dialaminya dalam perang Uhud ini.

Ini amat berbeza dengan keadaan seorang lagi perajurit Islam dalam kalangan sahabat bernama Usayrim r.a yg memeluk Islam agak lambat. Walau bagaimanapun beliau telah menjejaki syurga dengan ketelusannya beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Nabi SAW. pernah bersabda yg bermaksud:
"Usayrim ialah ahli syurga walaupun tempoh keislamannya amat pendek dan beliau belum pernah solat walaupun satu rakaat."

Kedua-dua personaliti ini berbeza kerana Qazman adalah suatu gambaran manusia yang menderita seperti pengembara yang mengharapkan kewujudan air di tempat yang amat payah menemuinya, sedangkan Usayrim r.a ialah seorang bertaraf sahabat yg menyahut panggilan fitrah dalam dirinya, lantas menyertai Nabi SAW. walaupun belum sempat berbuat apa-apa amalan termasuk solat.

Marilah kita sama-sama bermuhasabah dan perbetulkan segala niat, amalan dan perjuangan kita dimuka bumi ini perlulah berlandaskan Islam yang tulin dan murni dan jangan bercampur aduk dengan amalan-amalan jahiliah seperti asabiyyah supaya amalan kita  diterima oleh Allah SWT. Kisah di atas menjelaskan bahawa apa sahaja perjuangan dimuka bumi ini  jangan sekali-kali berniat untuk mendapat pujian dan sanjungan manusia atau kerana bangsa kerana dikhuatiri para pelakunya akan berakhir dengan mendapat Su'ul Khatimah. Nauzubillahiminzalik.

Credit info: Cemerlang Blog

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Smadav Antivirus | Download | Update

Smadav Antivirus
Smadav Antivirus
Smadav Antivirus

SmadAV Antivirus Update Download SmadAV Keygen and Working Serial Key Update Download Link. Full 100% Working Anti Virus


Smadav 2012 Rev. 9.1 Pro Version
Released: Oct 10, 2012 [Smadav Official Site]
What's new Update: 552 Virus Database and Fix Bug SmadAV Rev 9.0

Download: Smadav 2012 Rev 9.1 Pro Version | Keygen Key | Full

Smadav 2012 Rev. 9.0.1
Update: Penambahan database 890 virus baru. Fix Bug dari versi SmadAV Rev 9.0

Download: Smadav 2012 Rev 9.0.1 + Working Key

Smadav 2012 Rev. 9.0
Update: Penambahan database 860 virus baru, Penyempurnaan metode deteksi heuristik Smadav, dsb.

Download: Smadav 2012 Rev 9.0 + Working Key

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Blog Tips | Mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog dan Keterangan Blog

http://pseudosupra.blogspot.com
Bagaimana untuk mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog Dan Penerangan.

Bagi anda yang gemar menggunakan Templat ringkas seperti blog www.pseudosupra.blogspot.com ini, dan ingin mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog dan Keterangan Blog, bolehlah merujuk guide tutorial dibawah

Caranya:
Klik Design> Designer Template> Advanced (ia adalah di sebelah kiri anda)> Tambah CSS (tarik ke bawah jalur biru dan anda boleh melihat perkataan Tambah CSS). Klik Tambah CSS.

Hanya klik pada kotak putih dan teks kelabu "Tambah CSS di sini untuk menggantikan gaya yang sedia ada ..." akan hilang.

Apabila menambah tiga baris teks ini (di bawah) ke dalam kotak.
Berhati-hati, agar anda tidak terlepas titik noktah di hadapan ayat/code. Kemudian klik "Apply" yang pada sudut atas kanan (kotak oren).
Header h1 {margin-bawah: 0}
Header description. {Margin-top: 0;}
. header-dalam titlewrapper Header {padding-bawah: 0;}.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Tragedi di Himpunan Sejuta Belia 2012 | Drag Racing Mitsubishi Lancer Turbo Terbabas



 Mitsubishi Lancer Turbo Terbabas

 Tragedi di Himpunan Sejuta Belia 2012
Drag Racing Tajaan UMNO-APCO

Dua orang cedera parah dan 10 yang lain cedera ringan dalam kemalangan yang berlaku ketika sessi Drag Racing diadakan sempena Himpunan Sejuta Belia 2012 anjuran Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, malam tadi.

Penonton yang cedera parah dilanggar kereta Mitsubishi Lancer Turbo yang terbabas & dan gagal dikawal.

Penganjur perlumbaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi sejurus insiden tersebut bahawa tiada kematian dilaporkan dan keadaan penonton yang cedera masih belum dapat disahkan.

Apa yang dikesalkan, penganjur tidak menyediakan kawalan keselamatan secukupnya, apabila penonton hanya dipisahkan dengan pokok hiasan, dan hanya sebuah ambulans sahaja disediakan sebagai langkah keselamatan manakala pihak polis pula langsung tidak ada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, sumber yang belum disahkan mengatakan seorang penonton maut dan kesahihan mengenainya masih dalam siasatan.
 Sumber dipetik dari: www.mymedia.my

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Duri antara Mawar dan Mawar antara Duri | Kisah Mawar Berduri

Mawar Kisah dan Info
Kata-kata Indah dari Sekuntum Mawar Berduri

Ramai mengeluh, kerana diciptakan duri antara mawar
Bukankah lebih baik, kiranya 
Kita bersyukur, kerana diciptanya mawar antara duri






 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Al-'Ankabuut 29:41


Misal bandingan orang-orang yang menjadikan benda-benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal sesungguhnya sarang-sarang yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan.
~ Al-'Ankabuut 29:41

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Pn Filzah Binti Ibrahim | Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran BM

Pn Filzah Ibrahim


Filzah Binti Ibrahim

Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja

Baru-baru ini saya diberikan peluang untuk menyertai satu Bengkel Teknik Bercerita Sekolah Rendah Zon Timur yang diadakan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu selama 3 hari.  Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran BM MBIMBM merupakan satu kursus kolaborasi IPG dan DBP. Bengkel 3 hari ini telah disampaikan oleh Pn Filzah Binti Ibrahim, Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jutaan terima kasih kepada Pn Filzah ataupun lebih mesra dipanggil "mama"

Antara buku yang diterjemahkan oleh Pn Filzah:
1. List Book From UMS
2. List book From KPM

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Wordless Wednesday | #1 | 23 May 2012


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




What is Wordless Wednesday

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

Setiap hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan sebarang keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut, biar gambar yang menceritakan semuanya. 


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Al-Hijr : 87 | 7 Mathaani | Tujuh ayat yang diulang-ulang


Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya." 
[Surah al-Hijr : 87]




أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Tafsir Ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim) mengenai 7 mathaani :

Pandangan pertama :


KALIMAH حم.
Ia sentiasa mengiringi rasul.Ia berada di atas, di depan wajah rasul.Ia meliputi pandangan/penglihatan mata rasul.

Kalimah ini muncul pada permulaan surah-surah berikut:-


1) Al-Jathiya

2) Ad-Dukhan
3) Az-zukhruf
4) As-syura
5) Fussilat
6) Ghafir
7) Al-Ahqaf

 



(a ) Ibn Mas'ud. Ibn Umar, Ibn Abbas, Mujahid, Saed bin Jubayr, AdDahhak dan lain mengatakan bahwa ini merujuk kepada 7 surah yang panjang ; al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', Al-Ma'idah, Al-'Anam, al-'Araf dan Yunus.

(b) atau al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau Baraa'ah (At-Taubah).

Pandangan kedua : 


Ia merujuk kepada surah al-Fatihah, yang terdiri dari 7 ayat. Diriwayatkan dar Ali, Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas berkata :

"Bismillah mempunyai 7 ayat dan Allah telah memberi secara ekslusif kepada kamu"

Dan hadith Abu Hurairah ra :-

"Umm al-Quran ialah 7 mathaani, dan al-Quran al-Azim"

Ibn Kathir mengatakan bahawa al-Fatihah ialah 7 Mathani dan juga al-Quran yang agung, dan ia tidak bercanggah dengan kenyataan 7 Mathaani adalah 7 ayat panjang, kerana ia juga berkongsi sifat-sifat ini.

Tafsir Jalalain juga merujuk bahawa 7 mathaani bermaksud 'al-fatihah' sebagaimana hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Tafsir Qurthubi juga merujuk kepada khilaf 2 pandangan mengenai 7 Mathaani, iaitu surah al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat dan 7 surah yang panjang (al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau At-Taubah)

Demikian sedikit info ringkasan tafsiran '7 mathaani' menurut 3 buku tafsir yang mukatabar.

Hadith riwayat Abu Hurairah, Nabi bersabda:

« أُمُّ الْقُرْآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيم »

Maksudnya: Ummul Quran ialah 7 ayat berulang-ulang dan al-Quran yang hebat.

Menurut Quraisy Shihab, seorang ulama tafsir, mathaani atau berulang-ulang ini disebabkan kandungan pesanan setiap ayat terulang-ulang dalam ayat-ayat al-Quran yang lain.



Sebenarnya RAHSIA itu milik Allah.

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Facebook's Mark Zuckerberg gets married


 Mark Zuckerberg and Priscilla Chan


 
 Priscilla Chan Becomes Mark Zuckerberg Wife married

Facebook co-founder and CEO Mark Zuckerberg wed longtime girlfriend Priscilla Chan on Saturday, announcing the nuptials through a status update on the social networking site. 

http://www.facebook.com/zuck

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




10 Hadis Dhaif dan Palsu


Terdapat 10 hadis-hadis popular yang sering digunakan oleh umat Islam hari ini. Untuk mengetahui kedudukan hadis-hadis tersebut ulama hadis telah membuat kajian mendalam mengenai kedudukan hadis tersebut dan meletakkan kedudukannya samaada palsu atau dhaif.

Huraiannya adalah seperti berikut :


Pertama: "Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China."

Kedudukan Hadis: Ini adalah hadis palsu.

1. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu’at (Al Maudhu’at – Ibn al Jauzi – jilid 1 – muka surat 215.)

2. Buku bertajuk : "Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin"

3. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)
(Makrifat al Tazkirah – Ibn Tahir al Maqdisi – hadis no. 118.)

4. Al-Iraqi (Al Mughni An Hamli al Asfar – hadis no. 36 – susunan oleh Abu Muhammad Asyraf Bin Abd. Maqsud – cetakan pertama 1995 – Maktabah Dar al Thabariyyah, Riyadh.)

5. Muhammad Nasiruddin al Albani (Silsilah al Ahadith al Dhaifah – hadis no. 416 dan Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 906 dan 907.)

Ulasan:

Hadis ini kerap dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf golongan yang berilmu.

Firman Allah SWT maksudnya : "Allah mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan beberapa darjat." (Surah al Mujadalah ayat 11.)

Begitu juga di dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya seperti hadis: Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga (Hadis riwayat Muslim nombor 2699)

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim " (Hadis riwayat Ibnu Majah – hadis nombor 224 dan ia disahihkan oleh al Albani dalam semakannya terhadap Sunan Ibn Majah. Hadis ini juga dinilai sebagai hadis hasan oleh Basyar Awwad Ma’ruf dalam kajiannya terhadap Sunan Ibn Majah.)

Kedua:"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad."

Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis palsu.

1. Menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun maksud hadis ini benar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW. (Taisir al Fiqh Li al Muslim al Mu’ashir – Prof.Yusuf al Qaradawi – m.s. 215.)

2. Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW oleh seorang pengkaji hadis zaman ini, Abd. Fattah Abu Ghuddah. (Qiimatu al Zaman ‘Inda al Ulama’ – Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 30 – cetakan kelapan,1998 – Maktab al Mathbu’at al Islamiyyah, Halab.)

Ketiga: "Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki."

Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis palsu.

1. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah.
(Al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ – Ali al Qari – tahqiq Abd. Fattah Abu Ghuddah – muka surat 230.)

2. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami (Majma’ al Zawaaid – al Haithami – hadis no. 6091.)

3. Muhammad Nasiruddin al Albani (Dhaif al Jami’ as Shaghir – hadis no. 1484 dan 3531.)

Keempat: "Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah ثعلبة yang tidak membayar zakat."

Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis palsu.

1. Maklumat lanjut ada di dalam buku al Sohih al Musnad Min Asbab al Nuzul karya Syeikh Muqbil bin Hadi al Wadii (As Sahih al Musnad Min Asbab an Nuzul – Muqbil Bin Hadi al Wadii – muka surat 11-12 – cetakan kedua 1994 – Dar Ibn Hazm.)
 
Buku ini merupakan antara hasil karya yang terbaik daripada Syeikh Muqbil yang merupakan seorang pengkaji hadis dari negara Yaman. Beliau berusaha mengumpulkan asbab nuzul (sebab-sebab ayat Al Quran diturunkan) yang sahih sahaja. Ini kerana sememangnya telah diketahui bahawa tidak semua asbab nuzul yang tercatat dalam buku-buku terdahulu adalah sahih.

Menurut Syeikh Muqbil, kisah Sa’labah yang tidak membayar zakat ditolak kesahihannya oleh imam-imam hadis terkenal seperti Ibnu Hazm (al Muhalla) , al Suyuthi (Lubab al Nuqul) , Ibnu Hajar al Asqalani (Takhrij al Kasyaf dan Fath al Bari), al Haithami (Majma’ al Zawaaid), al Zahabi (Tajrid Asma’ al Sahabah), al Munawi (Faidh al Qadir) dan al Iraqi (al Mughni – takhrij Ihya’ Ulumiddin). Di dalam sanad hadis tersebut terdapat periwayat yang dikritik sebagai dhaif iaitu Ali bin Yazid al Alhani.

Syeikh Muqbil al Wadii juga menyatakan bahawa terdapat riwayat yang disebutkan daripada Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa kisah ini adalah berkaitan dengan seorang sahabat bernama Sa’labah bin Abi Hathib dan bukan Sa’labah bin Hathib. Namun riwayat itu juga tidak sahih kerana bersumberkan daripada periwayat-periwayat yang tidak diterima.

Salah seorang ulama dan pendakwah terkemuka Mesir, Muhammad Hassan telah menyenaraikan beberapa hujah yang membuktikan bahawa kisah Sa’labah ini adalah kisah yang tidak benar.
 
2. Kisah ini juga dikritik kesahihannya oleh Yusof al Qaradhawi dalam bukunya Kaifa Nata’amalu Ma’a al Sunnah al Nabawiyyah (Kaifa Nata’amalu Ma’a al Sunnah al Nabawiyyah – Prof.Dr.Yusof al Qaradhawi – muka surat 67 – al Ma’had al ‘Alami Li al Fikr al Islamiyy, Amerika Syarikat.)

3. Muhammad Nasiruddin al Albani (Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – hadis no. 1607..

Ulasan:

Boleh dikatakan semua ulama tafsir dan hadis yang terkenal telah mendhaifkan hadis ini. Tidak ada seorang ulama pun yang mengatakan kisah ini benar. Sayangnya hadis ini amat popular terutama dalam kalangan yang ingin mengajak masyarakat supaya membayar zakat serta tidak melengahkan pembayarannya. Kisahnya berkisar tentang seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Sa’labah bin Hathib yang pada asalnya miskin. Namun setelah didoakan oleh Nabi SAW, dia telah menjadi kaya raya. Kekayaannya menjadikannya sombong dan enggan menunaikan zakat. Akhirnya beliau tidak diterima taubatnya oleh Rasulullah SAW kerana turunnya ayat daripada surah at Taubah. Selepas baginda wafat, para khalifah tidak ingin menerima zakat yang ingin diberikan oleh Sa’labah. Kisah ini adalah kisah yang tidak benar.

Azab siksa yang dijanjikan kepada mereka yang tidak membayar zakat telah ada disebutkan di dalam nas-nas yang sahih iaitu Al Quran dan hadis sahih. Oleh sebab itu kita melihat dalam sejarah Islam berlakunya peperangan yang dipimpin oleh khalifah pertama Islam, Abu Bakr al Siddiq menentang golongan yang tidak mahu membayar zakat.

Kelima: "Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri."

Kedudukan Hadis: Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah (Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu’ah – al Albani – hadis no. 39 dan Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 5861.)

2. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami
(Majma’ al Zawaaid – al Haithami – hadis no. 8254.)

Keenam: Kebersihan itu separuh daripada iman.

Kedudukan Hadis: Hadis Sangat Dhaif

1. Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi (Al Mughni An Hamli al Asfar – al Iraqi – hadis no. 278.)

2. Dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani (Dhaif al Jami’ al Shaghir – hadis no. 6163 dan 2414.) , dengan lafaz yang hampir sama iaitu “kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.

Ulasan:

Telah disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentang Islam melalui sumber utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih bahawa Islam memang mementingkan kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang menyatakan bahawa “Kebersihan itu separuh daripada iman”. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkan sesuatu hadis dan tidak sekadar menyebutnya kerana maknanya bertepatan dengan ajaran Islam.

Ketujuh: Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.

Kedudukan Hadis: Hadis ini telah dikategorikan oleh beberapa orang ulama hadis sebagai tidak ada asalnya.

1. Perkataan ini bermaksud tidak ada asal usulnya dalam mana-mana buku hadis. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh al Subki sebagaimana dicatatkan oleh al Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah (Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – hadis no. 57.)

2. Al Iraqi juga menolak kesahihan hadis ini (Al Mughni An Hamli al Asfar – al Iraqi – hadis no. 74.)

Ulasan:

Hadis ini telah menyatakan bahawa menjadi satu rahmat bagi kita jika kita berselisih pendapat. Ini adalah pandangan yang perlu diteliti dengan mendalam kerana kita amat yakin bahawa perselisihan selalunya membawa kepada perpecahan. Ibn Hazm dalam bukunya al Ihkam Fi Usul al Ahkamtelah menyatakan bahawa jika sekiranya perselisihan itu rahmat, maka sudah pasti permuafakatan pula akan menjadi satu perkara yang tidak dirahmati. Ini adalah pendapat yang tidak benar sama sekali. (Silsilah al Ahadith al Dhaifah wa al Maudhu’ah – huraian hadis no. 57.)

Kelapan: "Sabar itu separuh daripada iman."

Kedudukan Hadis: Bukan hadis tetapi kata-kata sahabat.

1. Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW (Jami’ al Ulum wa al Hikam – Ibnu Rajab al Hanbali – jilid 2 – muka surat 10.)

2. Menurutal Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat)
(Nota kaki no. 1 dalam buku al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ – Ali al Qari – muka surat 218.)

Ulasan:

Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW.

Kesembilan: "Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu."
Kedudukan Hadis: Hadis Dhaif.

1. Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak hadis-hadis di dalam buku Jami’ al ‘Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab al Hanbali (Jami’ al Ulum Wa al Hikam – Ibnu Rejab al Hanbali – jilid 1 – muka surat 489.)

2. Dan memerangi orang-orang kafir (jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan merupakan amalan yang terbaik yang dilakukan oleh seseorang manusia. (Diambil daripada huraian al Albani dalam Silsilah al Ahadith ad Dhaifah wa al Maudhu’ah – hadis no. 2460.)

Ulasan:

Hadis ini boleh menyebabkan sebahagian umat Islam tersalah anggap lantas memperkecilkan kefardhuan jihad dan keagungan pahala mereka yang berjihad sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis ini sering digunakan oleh mereka yang bercakap atas nama kesufian untuk menunjukkan betapa pentingnya jihad melawan kehendak hawa nafsu. Tiada siapa yang menafikan perlunya kita melawan nafsu yang ingin mengajak ke arah maksiat dan sudah sedia ada di dalam hadis-hadis sahih tentang kepentingan mujahadah menentang kehendak nafsu ini seperti hadis Nabi SAW:

Maksudnya: "Orang yang berjihad ialah yang berjuang menentang kehendak dirinya (yang buruk) ."(Hadis sahih riwayat al Tirmizi (hadis no. 1621) dan disahihkan oleh al Tirmizi serta disokong oleh al Albani.)

Firman Allah SWT maksudnya : "Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan Allah dengan diri mereka sendiri dan harta mereka lebih besar pahalanya (dari orang yang hanya memberikan harta dan tidak pergi ke medan peperangan) di sisi Allah dan itulah orang-orang yang berjaya." (Surat at Taubah – ayat 20.)

Di dalam Islam terdapat pelbagai jenis jihad dan di antaranya ialah jihad peperangan mempertahankan Islam daripada musuh, jihad dalam menuntut ilmu, jihad membangunkan ekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang menjurus ke arah maksiat dan lain-lain lagi. Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi adalah dhaif .

Kesepuluh: "Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput."

Kedudukan Hadis: Hadis Palsu.

1. Menurut beberapa orang ulama hadis, hadis ini adalah palsu. Al Iraqi telah memberikan komennya terhadap hadis ini dengan kata beliau: “Aku tidak menemui asalnya” (Mughni An Hamli al Asfar – hadis no. 410.)

2. Pendapat tersebut disokong oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah

3. Di antara ulama hadis lain yang menyatakan bahawa hadis ini palsu ialah al Zubaidi, al Fairuz Abadi, Ibn Hajar al Asqalani, Ali al Qari dan Abd. Fattah Abu Ghuddah
(Al Mashnu’ Fi Ma’rifati al Hadith al Maudhu’ – Ali al Qari – muka surat 92 (nota kaki no.2).

Ulasan:

Hadis ini secara zahirnya seolah-olah melarang kita daripada berbual atau berbincang di masjid. Sedangkan di dalam hadis-hadis yang sahih, kita dapati Rasulullah SAW seringkali berbincang dan berbual dengan para sahabat di dalam masjid. Bahkan lebih dari itu, sekumpulan orang Islam dari Habsyah telah bermain di dalam Masjid Nabawi dengan permainan pisau. Permainan tersebut bertujuan mengisi masa lapang dan juga melatih kemahiran bersenjata. Maka Rasulullah SAW dan isterinya Aisyah bersama-sama melihat kepakaran orang-orang Habsyah bermain senjata dan tidak melarangnya.

Masjid merupakan tempat untuk kita berbincang, menuntut ilmu, merancang perkara-perkara kebaikan dan juga bertegur sapa serta beramah mesra. Inilah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan ia berlainan dengan apa yang disebutkan oleh hadis yang tidak sahih ini. Seharusnya masjid berperanan seperti zaman Rasulullah SAW bagi memastikan umat Islam terus maju dan berjaya seperti pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.

(Hadis Sahih riwayat al Bukhari (hadis no. 3530) dan Muslim (hadis no. 2105).)
Terdapat terlalu banyak hadis-hadis sahih dan hadis hasan sahih yang boleh kita gunakan sebagai sumber hukum, menjadikannya sebagai amalan, hujah dan menggalakkan dalam beramal. Oleh itu gunakanlah sepenuhnya tanpa ragu-ragu.

Mengenai hadis dhaif pula ianya tidak boleh digunakan sebagai dalil untuk menetapkan satu hukum , ulama mengatakan ianya boleh digunakan untuk menceritakan fadilat amal sahaja. Tetapi hadis palsu pula perlulah ditinggalkan dan janganlah digunakan langsung kerana ianya tidak ada asas daripada Nabi SAW dan disandarkan kepada baginda. Bahaya jika kita sandarkan kepada Nabi SAW sedangkan baginda tidak mengucapkannya.

Semoga kita dapat terus beramal dan berpegang teguh dengan al-Quran dan sunnah dan hadis Nabi SAW dalam kehidupan kita semua.
 
Sumber: abubasyer.blog 
 
 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Padamu Jua | Amir Hamzah

 PADAMU JUA
Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu

Kaulah kendi kemerlap
Pelita jendela dimalam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia, selalu

Satu kasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa

Dimana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati

Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas

Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa darah dibalik tirai

Kasihku sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu—bukan giliranku
Mati hari—bukan kawanku

~ Amir Hamzah

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




GURU: MATA ANAK SERIBU


Wahai guru dan bakal guru :
Dalam matamu kulihat mataku.
Tentu dalam mataku kan tampak matamu.
Pasti kata-kataku padamu kan kembali padaku kerana kita punya arah yang satu.
Dari bulat matamu ku lihat seribu anak melambai sayu.
Semua orang kata itu anakmu.
Anakmu tentu anakku.
Bisakah satu ibu punya anak seribu ? tanya kalbuku.

Wahai guru dan bakal guru :
Lupakah kita ke sini belajar dan mengajar jadi bapa anak seribu
atau kau hanya ingin bergelar seorang guru ?
Kalau hanya itu niat hatimu,
pasti mereka jadi kerbau jadi lembu.

Segera !
Kupaskan saja kulitmu itu :
tampallah dengan seribu kulit buku, garapkan saja fail burukmu itu
gayalah dengan beg Profesor Serba Tahu.


Edit version
Original Author -Ahmad Syaarani ’91-
 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Al Khawarizmi Formula Matematika Wanita


Al Khawarizmi, seorang ahli Matematika Muslim ditanya tentang wanita terbaik!
Dia menjawab, dengan formula matematik ringkas
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 dibelakang 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1' tiada
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut
kecuali sekelompok ’0' belaka..

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Burung dan Nabi Ibrahim


Tersebut kisah mengenai burung layang-layang (ada kisah menyebutkan burung Pipit) yang melihat Nabi Ibrahim di bakar lalu mengambil air di paruhnya lalu dicurahkan keatas unggun api tersebut. Walaupun dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan dapat memadamkan api tersebut, namum dia berusaha ingin menegakkan kebenaran. Cerita ini secara tersendiri tidak dapat dikesan kesahihannya. wallahu'alam.

Begitu juga didalam cerita yang menceritakan bahawa burung-burung turut menangis tanda protes diatas peristiwa Nabi Ibrahim as di bakar. Terdapat seekor burung yang paling lemah dikalangannya telah terbang menuju kepada Nabi Ibrahim as. dan dihalang oleh Malaikat. Lalu burung tersebut berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa sahabat Allah sedang dibakar. Walaupun aku tidak dapat menyelamatkannya, aku ingin menunjukkan simpatiku dengan bersama beliau didalam api.

Namun demikian, kisah Nabi Ibrahim as. dibakar ini dapat dilihat didalam kitab-kitab tafsir dengan merujuk kepada ayat 69 Surah al-Anbiya'. Ibn Kathir rh. didalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Azhim (Jilid 3/225) menjelaskan bahawa semua binatang-binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. kecuali cicak, sebagaimana hadith riwayat Ibn Hatim, dari A'isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim..."

Riwayat ini menunjukkan bahawa setiap makhluk dimuka bumi ini, termasuk binatang, yang beriman dengan Allah swt dan Nabinya Ibrahim, telah cuba berikhtiar menyelamat Nabinya. Yakin diatas kebenaran yang dibawa oleh Ibrahim, dan kekalutan serta kezaliman yang dibawa oleh Namrud, mereka berusaha memadamkan api tersebut, walaupun pada hakikatnya mereka tidak berupaya memadamkannya. Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak. WA.



 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Amul Huzni | Tahun Kesedihan


Salah satu ujian yang paling berat dalam usaha menegakkan agama Islam adalah : 
ketika Umat Islam, keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib di boikot oleh kaumkafir Quraisy. Pada saat itu banyak umat Islam yang mengalami kelaparan, bahkan NabiMuhammad saw juga mengalami yang sama. Selama dalam pemboikotan tersebut Rasulullah sering mengganjal perutnya dengan batu untuk menahan lapar. Namun berkah pertolongan Allah swt. Umat Islam mampu mempertahankan aqidahnya selama dalamwaktu pemboikotan. Setelah umat Islam, keluarga Bani Hasyim dan keluarga Bani Abdul Muthalib bebas dari pemboikotan, maka dampaknya adalah kemiskinan dan kesengsaraan melandaumat Islam. Belum selesai umat Islam dilanda kesengsaraan dan kemiskinan, makadatanglah cobaan yang lebih besar bagi Nabi khususnya dan umat Islam pada umumnya, yaitu meninggalnya istri dan paman Nabi Muhammad saw. Istri Nabi Muhamad saw, meninggal dunia dalam usia 65 tahun, pada tahun kesepuluh kenabian dan dimakamkan di ma’la di kota mekkah setelah mengarungi bahterah rumah tangga bersama Nabi muhamad saw selama dua puluh lima tahun. 
Dari pernikahannya , Allah SWT mengaruniakan enam orang anak yang terdiri daridua orang laki laki yaitu ,Abdullah dan Qosim, serta empat orang putri yaitu, Ruqayah, Zaenab , Ummu Kulsum dan Fatimah. Khadijah, isteri yang setia orang yang mula pertama mengikuti ajaran Rasuallah sawtelah menyongkong perjuangan dan dakwa Islamiyah dengan segala jiwa, raga dan harta, dan selalu memberikan kesejahteraan serta ketenteraman pada diri nabi Nabi Muhammad saw dalam rumah tangga dan dakwah Islamiyah. Pemergian beliau, Nabi Muhammad saw selalu mengunjungi famili dan kerabat beliau untuk bersilaturahmi dan mengenang jasa Khadijah. 
Selang beberapa hari, Abu Thalib paman Nabi Muammad, wafat dalam usia 80tahun. Beliau telah mengasuh Nabi sejak berumur delapan tahun.Segala kasih sayang telahdicurahkan, beliau telah menikahkannya dengan Khadijah binti Khuwailid, bahkan setelah beliau menjadi rasul, beliaulah sebagai pelindungnya.Ketika Abu lahab menyuruh menangkap Nabi Muhammad saw pada pertemuankeluarga besar Quraisy Abu Thalib tampil sebagai pembela.Begitu pula tatkala para utusankafir Quraisy mendatangi Nabi,Abu Thalib yang selalu menghadapi mereka.Paman Nabi Muhammad Abu Tholib seorang tokoh Quraisy yang disegani,kewibawaan beliau menjadi pelindung Rasulallah saw namun beliau tidak sempatmengucapkan dua kalimat syahadat, sehingga beliau meniggal dalam keadaan kafir.
Setelah 10 tahun nabi Muhammad berdakwah menegakkan Islam, nabi mendapat cubaan dari Allah dengan meninggalnya dua insan pendukung dakwah Islam selama ini. Wafatnya kedua pelindung Nabi muhamad saw menjadikan hati beliau sangat dukacita, sehingga tahun kesepuluhan dinamakan ”Amul Huzni” artinya tahun kesedihan.



 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




linkreferral