Showing posts with label Insani. Show all posts
Showing posts with label Insani. Show all posts

Tragedi dan Komedi Mengejar Harta Dunia

Kehidupan penuh Drama penuh Emosi. Apa saja perlu pantas. Tragedi dan Komedi dua aspek penting dalam kehidupan ini perlu diimbangi dengan sebaik-baiknya. Ada masanya hidup manusia lebih dramatik dari pentas opera dan filem hindustan. Sering terdengar keluhan insan-insan yang dekat di sisi kita, yang hidup ini amat sukar baginya. Melihat Tragedi dan Komedi yang berlaku di Malaysia hari ini pasti ramai yang mengatakan ia lebih dari cerita wayang.

Tragedi dan Komedi Mengejar Harta Dunia

Tragedi dan Komedi Drama Kehidupan di Malaysia

Sebenarnya hidup ini sangat mudah sekiranya kita mematuhi aturan yang ditetapkan. Sungguh banyak hal yg dapat kita nikmati di dunia ini. Tapi di balik semua itu, kenapa masih ramai orang menderita dalam hidup ini? 
" .......dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan........" 
— al-Hajj (78)
Namun kita manusia amat lemah, tidak yakin dengan janji Allah dan tidak pernah rasa bersyukur

Manusia itu tidak sabar dengan nikmat yang dijanjikan. Selalu tidak puas atas segala yang di capainya.Bila sudah kaya, tiada masa untuk bersyukur. Masih sibuk menambahkan kekayaan dunia. Demi masa, hidupnya sentiasa khuatir berlebihan, takut kehilangan harta bendanya. Hilanglah sifat kemanusiaan dan kepercayaan. Ini semua antara punca membuat manusia itu menderita.

Kerana Mengejar Harta Dunia

Harta Dunia boleh buat manusia senang dan juga menderita. Harta Dunia memang perlu, tapi Harta Dunia bukan segalanya. Harta Dunia memang perlu di cari, tapi jangan terlalu mencintai Harta, Jika kita terlalu mencintai Harta Sementara, ada mungkinnya kita akan menghalalkan berbagai cara untuk mendapatkannya. Hingga timbul keserakahan dalam diri.

Apa gunanya harta yang melimpah, tapi sepanjang hari harus terbaring di tempat tidur? Apa gunanya harta yang melimpah di dunia, tapi harus kehilangan nyawa? Carilah harta di dunia dengan jalan yg halal dan gunakan juga untuk memupuk kebaikan. Ingin hidup tidak menderita?

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
— Surah Al-Kahfi (18)




Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah meninggal dunia. Al Fatihah, semoga rohnya berada bersama golongan yang beriman. Berita sedih ini diterima pada malam tadi bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Sumber Bernama | Image: Syukury





Pantun Petua Kesihatan | Rahsia Insani

Petua Kesihatan dalam kehidupan, kesihatan merupakan tonggak utama untuk mencapai kejayaan. Maka tidak hairanlah dalam pendidikan formal, amalan dan kaedah menjaga kesihatan yang betul didedahkan bermula di Pra Sekolah lagi. Selain itu dalam pendidikan tidak formal, pentingnya menjaga kesihatan juga giat dilaksanakan, masakan tidak, berbagai-bagai buku kesihatan, petua kesihatan dari orang tua dahulu masih menjadi amalan hingga ke hari ini. Berikut merupkan petua kesihatan yang disampaikan melaui puisi syair dan pantun.


Pantun Petua Kesihatan Rahsia Insani

Pantun Petua Kesihatan


Panduan hidup adalah al Quran
rasul diutus memberi ingatan
yang menjadi petua serta amalan
demi untuk membina kesihatan

Mulakan Bismillah setiap urusan
elok disertai selawat dan salam
dulukanlah niat sebelum pekerjaan
mulakan gerakan di sebelah kanan

Setiap waktu perlulah ditepati
janganlah suka memungkiri janji
bahaya dan musuh usahlah dicari
jangan mudah tidak sedarkan diri

Lemparkan senyuman setiap hari
sehingga wajah kelihatan berseri
seandainya bertemu salam diberi
janganlah suka meninggi diri

Bercakaplah cuma jikalau perlu
sebelum menjawab dengari dulu
usahlah bertanya bertalu talu
perangai berleter usahlah ditiru

Berpakaian biar disenangi orang
jangan sendat atau pun jarang
bahagian aurat usah ditelanjang
sehingga geram jika dipandang


Semoga entri Pantun Petua Kesihatan | Rahsia Insani dapat dijadikan Panduan menjaga kesihatan dalam kehidupan seharian. Insyaallah


Pantun Petua Kesihatan koleksi Pantun Petua Kesihatan Pantun koleksi Petua Kesihatan




Tingkahlaku Semulajadi Manusia | Rahsia Sifat

Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya. Selain fungsi akal yang membezakan manusia dengan makhluk yang lain, setiap kekurangan dan kelebihan insan diciptakan cukup sempurna dan seimbang sekali. Berikut ialah beberapa sifat dan tingkahlaku semulajadi manusia.











Paling Lemah Sewaktu Dilahirkan
Manusia adalah antara makhluk yang paling lemah sewaktu dilahirkan di dunia ini. Manusia dilahirkan tanpa mempunyai sikap dan Tingkahlaku Genetik dari Induk (Genetically Imprinted). Oleh itu manusia tidak mampu untuk hidup sendiri atau berdikari sewaktu dilahirkan. Kehidupan manusia pada peringkat ini, melalui proses pembelajaran dan perlu bergantung kepada manusia lain.

Perbezaan Individu
Manusia menunjukkan Perbezaan Individu yang lebih luas dibandingkan dengan hidupan lain. Perbezaan ini dengan jelas membeza bezakan antara seorang dengan seorang yang lain. Sifat Perbezaan Individu inilah yang mengandakan lagi potensi seseorang manusia dalam sesebuah komuniti dan masyarakat. Persaingan ini merupakan  peransang kemajuan peradaban.

Perkembangan Potensi
Manusia memiliki potensi yang tinggi untuk pertumbuhan dan berkembang jika dibandingkan dengan hidupan lain. Sejak dilahirkan sehinggakan dewasa saiz otak manusia mampu berkembang membesar tiga kali ganda,begitu juga dari segi kapasitinya.

Merakam Memori dan Masa
Manusia ialah satu-satunya organisme hidup yang mampu menangkap dan merakam memori dan arus masa. Manusia boleh mengingati apa yang telah berlaku di masa lalu dan bertindak di masa kini serta merancang untuk masa hadapan.

Komunikasi dan Perincian
Manusia mempunyai kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan mampu menyatakan pemikiran mereka dengan terperinci dan mendalam kepada orang lain. Dengan itu, mereka boleh mengajarkan bahasa mereka kepada orang lain, merekod, mengklasifikasi, menghantar dan menerima perkataan.

Memanipulasi dan Dimanipulasi
Selain itu, manusia berpotensi untuk memanipulasi atau dimanipulasi oleh persekitaran mereka. Sifat ini memnyebabkan tingkahlaku manusia tidak dapat difahami dengan lengkap jika diasingkan daripada konteks persekitaran dalam lingkungan situasi semasa. Apa yang pasti, persekitaran mempengaruhi tingkahlaku manusia.

Pena'akulan dan Akal
Manusia mempunyai kebolehan untuk menta’akul dan celik akal. Kedua-dua faktor ini membolehkan manusia membuat pilihan yang rasional berasaskan alternatif yang ada untuk perubahan yang lebih baik.

Tingkahlaku Semulajadi Manusia | Rahsia Sifat Tingkahlaku Semulajadi Manusia merupakan rahsia sifat yang tinggi nilai hikmahnya.




Hilangkan Marah | Kata-Kata Ajaib

Kata-Kata Ajaib Dapat Redakan Kemarahan. Ketika berada di situasi pertengkaran atau berdepan dengan seseorang yang sedang marah, berhati-hati lah kita dengan tingkah laku dan tutur bicara. Konflik kehidupan seperti ini boleh berlaku dimana-mana sahaja. Maka jadilah seorang yang rasional dan ucapkan Kata-Kata Ajaib yang dapat Hilangkan rasa Marah agar "Api-Api Syaitan" beransur reda lalu padam. Berikut adalah Cara dan Panduan Hilangkan Rasa Marah dengan Kata-Kata Ajaib.

Kata-Kata Ajaib Hilangkan Marah petua insani

Koleksi Kata-Kata Ajaib Hilangkan Rasa Marah

  • Apa yang boleh aku buat agar ia menjadi lebih baik.
  • Tunggu, bolehkah aku tarik ucapanku kembali.
  • Kamu tidak harus menyelesaikan ini dan itu, bantu aku untuk boleh berbicara denganmu.
  • Perkara ini penting bagiku. Tolong dengar.
  • Munkin sikap aku keterlaluan, aku minta maaf.
  • Masalah kamu boleh dikongsi, apa yang boleh aku bantu?
  • Aku dapat melihat punca dalam punca ini, mari kita selesaikan.
  • Aku tidak memikirkannya seperti itu sebelumnya.
  • Aku pun manusia biasa dan boleh lakukan kesalahan.
  • Cuba kita setuju untuk tidak bersetuju pada sesuatu perkara.
  • Ini bukan hanya masalah peribadi mu, ini masalah kita.
  • Aku merasa dihargai.
  • Kita telah keluar dari topik perbincangan.
  • Tindakan kamu telah meyakinkan aku.
  • Tolong terus pandang dan bicara dengan ku.
  • Kini aku sedar itu bukan salahmu.
  • Mungkin yang keluar dari mulutku semuanya salah.
  • Aku melihat bagaimana aku telah memberikan sumbangan terhadap masalah.
  • Apa yang sebenarnya kita tengkarkan?
  • Aku mencintaimu.
  • Maafkan aku.

Hilangkan Marah | Kata-Kata Ajaib merupakan informasi dan panduan untuk hilangkan rasa marah dengan hanya menggunakan kata-kata. Semoga info ini bermanfaat dan menjadi panduan berguna kepada semua. Insyaallah





Sikap Lelaki dan Rambut | Rahsia Sifat

Sikap dan Sifat seseorang manusia banyak ragamnya. Lelaki atau Perempuan, Kecil atau Besar, mereka semua ada ragamnya yang tersendiri. Bila diperhatikan, sikap dan sifat ini sungguh unik. Berikut ialah info mengenai Sikap dan sifat Lelaki berdasarkan Gaya dan Jenis Rambut.

petua insani sikap lelaki dan rambut rahsia sifat

Rahsia Sikap Lelaki berdasarkan Jenis dan Gaya Rambut


Rambut LURUS
Seorang lelaki yang bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan berpotensi dalam bidang kesenian.

Rambut KERINTING TEBAL
Seorang lelaki yang kurang bijak, degil, cenburu kuat, romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

Rambut KERENTING NEGRO
Seorang lelaki yang bijak, ego, cemburu buta, romantik , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

Rambut IKAL MAYANG
Seorang lelaki yang bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

Rambut HALUS atau LEMBUT
Seorang lelaki yang bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

Rambut SIKIT atau JARANG
Seorang lelaki yang bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

Rambut PERANG
Seorang lelaki yang kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

Rambut TEBAL
Seorang lelaki yang bijak, degil, cemburu, romantik, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.

Rambut KUSUT
Seorang lelaki yang sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

Rambut BERUBAN
Seorang lelaki yang kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri.

Rambut MOHICAN atau PUNK
Seorang lelaki yang pembersih, suka menyapu sampah, memberus kasut dan membersihkan sawang. amat sesuai di buat suami mahupun pembantu rumah.

Rambut BOTAK
Seorang lelaki yang open-minded, senang dipandang terutama diwaktu malam tanpa menggunakan topi keledar ketika membawa motor mahupun mesin pemotong rumput. Celik 'IT' orang nya.

Rambut ALA ' ZAIBO '
Seorang lelaki yang sesuai bekerja menurap jalanraya dan menyapu jem pada roti. 'Accident-prone' E.g kepala selalu jadi target ketika bermain bola kerana kes salah tafsir.

Rambut PALSU
Seorang lelaki yang bersifat pendusta, pembohong dan buta 'IT' . Suka menabur janji dan amat jarang menabur wang di tepi-tepi jalan.

Rambut ALA ' PUA CHU KANG '
Don't play-play with this category Haah! He will hentam you, you know? kenapa? Tak percaya?

Rambut ' RONALDO '
Rambut ala si 'Pekan' dalam ceritar Batu Belah Batu Bertangkup. Lelaki jenis ini suka mencuri ikan goreng di rumah dan bermain bebola ikan sebagai hobi.

Sikap Lelaki dan Rambut | Rahsia Sifat hanyalah informasi ringan sekadar menambah pengetahuan. Info Jenaka

Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya
~ Al-Tin:4





Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad | Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki

Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi  menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti cinta pasangan suami isteri ini dianggap "Kisah Cinta Murni" oleh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti sukar untuk mencari suami sedemikian pada zaman yang penuh dugaan dan mencabar ini.

Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


Berikut merupakan antara maklum balas dan kata-kata oleh rakyat Malaysia kepada pasangan Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


"Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

"Sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah,"

"Semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini,"

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini,"

"Semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

"Syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri,"

"Ini baru betul cinta..."

"Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma."

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik,"

"Semua orang mahukan suami sebegini..."

"Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja,"

"Inilah yang dikatakan 'suami masali."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini,"

"Suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya,"
Abil Fikri dan Fauziah Muhamad

Entri Abil Fikri Ahmad | Cinta Murni Seorang Lelaki merujuk artikel Sinar Harian bertajuk Kisah Abil-Fauziah: Pembaca beri sokongan moral. Semoga Allah memberikan rahmat kepada pasangan ini. Teruskan doa dan Insyaallah, tiada yang mustahil di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.






Cakap Bohong | Rahsia Tingkah Laku

Entri mengenai Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Bercakap Bohong
Berbohong atau Dibohongi. Sajak dahulu hingga kini, tiada ilmu atau teknologi yang dapat mengenal pasti tanda-tanda berbohong dengan sahih. Walau bagaimanapun, masa telah membongkar banyak pembohongan di dunia ini. Sama ada cepat atau lambat, yang pasti satu pembohongan tidak akan kekal selama-lamanya. Setiap yang berbohong pasti akan mendapat balasan.

Hasil ujian dari Mesin Pengesan Pembohongan tidak pernah sekalipun dijadikan bukti untuk sesuatu kes di makhamah. Mesin yang dikatakan mampu mengesan perubahan emosi melalui nadi manusia itu belum mampu membuktikan dengan tepat seseorang yang bercakap bohong. Namun, melalui satu aliran Ilmu Permehatian (Human watcher) sedikit sebanyak dikhabarkan dapat mengenal pasti tingkah laku dan reaksi seseorang ketika berbohong. Hanya berketepatan 30% sahaja, kiranya boleh dijadikan pengetahuan untuk kita semua.



Berikit ialah Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Berbohong

Menyentuh Hidung
Apabila seseorang itu berbohong, akan terjadinya kesan pinocchio. Iaitu tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Maka, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap kali menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkan.

Menutup Mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tingkah laku atau tindak balas spontan dari segi psikologi manusia yang mengetahui berbohong itu satu kesalahan. Malah kerana dari kecil lagi sudah dididik agar tidak berbohong. Bertapa busuknya satu pemrbohongan, hinggakan tangan sendiri pun cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami perubahan emosi yang mendadak. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa perubahan emosi ini disebabkan perkara lain seperti sedih, marah dan sebagainya. Kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada seseorang dan dia kelihatan gagap untuk menjawabnya, buatlah satu kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan kerap, ia juga merupakan perubahan tingkah laku disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir untuk mencipta pembohongan. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tingkah laku bahawa orang tersebut mungkin berbohong.

Resah
Orang yang berbohong akan kelihatan gelisah kerap mengubah-ubah tingkah lakunya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan atau pertanyaan, ini berkemungkinan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Bercakap Bohong ini boleh kita jadikan sebagai pengetahuan. Bohong berlaku didalam hati seseoarang manusia dan dalamnya hati manusia itu hinggakan tiada manusia dapat menduganya. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.







Kesedihan dan Kegembiraan | Doa Penawar Duka dan Sedih

Hidup kita, ada kalanya tiba masa-masa sukar, yang membuat hidup terasa penuh kesedihan dan keresahan. Namun, ada saatnya pula tibalah masa-masa senang, yang membuat hidup terasa penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Tanpa sadar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan dan kegembiraan, keresahan dan kebahagiaan ialah ujian rahmat dari Allah. Ujian ini bersilih ganti dan seimbang antara satu sama lain. Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.

Kesedihan dan Kegembiraan | Doa Penawar Duka dan Sedih

There are as many nights as days, and the one is just as long as the other in the year's course. Even a happy life cannot be without a measure of darkness, and the word 'happy' would lose its meaning if it were not balanced by sadness.
~ Quote about Life by Carl Jung

Kesedihan dan Kegembiraan merupakan emosi sementara yang datang dan pergi, silih berganti. Fahami adalah kesementaraan itu. Kesementaraan menunjukkan bahawa Kesedihan dan Kegembiraan itu bukanlah milik kita. Ia ujian dari Allah yang menuntun tindakan dan sikap seseorang manusia itu. Ia bukanlah kita. Saat gembira fahamilah kegembiraan itu. Saat sedih selamilah kesedihan itu. Suatu hari nanti saat kita mula sedar dan fahami akan Kesedihan, Kegembiraan. Insyallah akan datang pasti, emosi-emosi yang lainnya juga dapat disentuh dengan jiwa yang tenang milik kita.


Doa Penawar Hati yang DUKA dan SEDIH


 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

 "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang."





Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Bermula hanya lembaran kosong. Menulis kisah kehidupan, bermula dengan halaman pertama dan akhirnya berhenti pada halaman terakhir. Lembaran Hidup, lembaran kisah kehidupan, pastikan tersusun lengkap, tiada satu halaman pun yang tertinggal, kerana ia tidak berulang. Semoga menjadi sebuah buku kehidupan, menceritakan kisah abadi yang dilalu sendiri.

Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Pena berada di tangan masing-masing, jangan benarkan orang lain menulis kisah kehidupan kita. Juga jangan pula kita menulis kisah orang-orang yang lain. Tulislah kisah hidupmu sendiri.

Lembaran-lembaran itu milik kita, biarlah setiap halaman itu ada warnanya, ada jiwanya yang tersendiri. Warna yang kita suka, warna yang kita pilih. Warna-warna kehidupan kita.

Kalamdunia






Melahirkan Anak | Keistimewaan Ibu Saya

Melahirkan Anak merupakan sikap dan keistimewaan ibu saya. Itulah pandangan dari seorang murid perempuan tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Murid tersebut merasakan melahirkan anak adalah satu anugerah dan satu keistimewaan seorang ibu.

Melahirkan Anak | Keistimewaan Ibu Saya

Walaupun ibu rakan sekelasnya yang lain juga ada keistimewaan melahirkan anak. Murid tahun 3 tersebut bertegas bahawa keistimewaan ibunya melahirkan anak adalah lebih bagus dari ibu-ibu yang lain.

Bila ditanya kenapa ibunya melahirkan anak lebih bagus dari ibu-ibu yang lain, dengan ringkas murid itu berkata "kerana ibun melahirkan saya, seorang anak yang baik"






Blog Idola | Hasrulhassan.com

Hasrulhassan.com

Hasrulhassan.com merupakan laman Tips Panduan Menulis Blog yang menjadi rujukkan utama Pseudosupra sebagai seorang blogger. Pseudosupra, dari mula merangkak sehingga hari ini (yang masih merangkak), saudara Hasrulhassan ataupun Sifu HH banyak sekali memberi Tips Panduan Menulis Blog kepada saya dan rakan-rakan blogger yang lain.



Pseudosupra.blogspot.com bermula dari 50 hingga 200 pageviews sehari, meningkat ke 500 hingga 1000 pageviews sehari. Entri Tips Panduan Menulis Blog yang ditulis oleh Hasrulhassan / Sifu HH di Blog Hasrulhassan.com yang menjadi panduan Pseudosupa jelas terbukti.


Akhir-akhir ini pageviews Pseudosupa terus meningkat dan hampir mencecah 5000 pageviews sehari. Ia mungkin tidak seberapa, tetapi untuk blogger baru merangkak seperti saya, ia merupakan satu kejayaan.

Terima Kasih kepada Hasrulhassan.com Tips Panduan Menulis Blog dan semua Follower Pseudosupra.




linkreferral