Sajak Janji Demokrasi | A Samad Said | Dataran Merdeka 55

Sajak Janji Demokrasi | A Samad Said | Dataran Merdeka 55

Malam amatlah indah walaupun kalbu masih terdera,
kita terpaksa menyambut senyum demokrasi yang lara.
Dataran Merdeka tak lagi dipupuk gah sejarahnya
kerana tak digalak ia untuk lebih bersejarah.
Kini di mana-mana sajalah Dataran Suara kita!

Angin sejarah yang tulen kini makin berhembus kencang mencanda
panji negara yang berkibar girang dan garang;
dan seragam gelombang kuning
diri kita yang sejati
menghimpun azam dan tekad untuk tulus damai berbakti, menjeritkan:
Janji Demokrasi, ya, Janji Demokrasi!

Kita mulai dihindar untuk mengalir ke Dataran;
di mana sajalah kini kita rai kemerdekaan.
Kita enggan menjadi wira ciplakan di dalam mimpi.
Kita laungkan jerit senyaringnya: "Janji Demokrasi!"
sehinggalah janji itu turut menjeritnya sendiri!

Pak Samad
28 Ogos 2012  Dataran Merdeka



Sajak Janji Demokrasi | A Samad Said | Dataran Merdeka 55
A Samad Said - Janji Demokrasi

Janji Demokrasi sebuah sajak oleh  A. Samad Said. Seperti koleksi-koleksi puisi beliau yang lain. Setiap patah, dalam dan luas hajat puisinya. Adanya Entri ini demi menghargai tokoh juga pejuang negara. Tokoh Sastera Negara, A. Samad Said juangnya bersama tinta dan kata.
Cintailah Bahasa Kebangsaan.

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa.

Merakamkan Sajak Janji Demokrasi oleh A. Samad Said. Tiada seinchi pun keluar dari sempadan bahasa. Masih saya teringat satu entri lama dahulu, Teguran A Samad Said. Merupakan entri pertama saya mengenai beliau.






7 Laungan MERDEKA ke 55 | Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA. Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke 55. Salam Merdeka, semoga dengan rahmat yang Esa, keamanan dan kesejahteraan ini dapat juga dinikmati oleh generasi generasi kita di masa hadapan. Insyaallah.



Semangat dan rasa syukur dengan Nikmat Merdeka terbukti, disaat wajah-wajah megah menggemakan 7 Laungan Merdeka. Badan-badan tegap berdiri, tanda hormat dan cinta pada Malaysia. Ketika itu lah Jalur Gemilang berkibar! Lagu Negaraku bergema.


Mengenang Pengorbanan pejuang kemerdekaan negara yang terkorban ketika menentang hak mereka dari dijajah. Hanya doa disampaikan agar roh mereka mendapat rahmat dari yang Maha Esa. Mereka terkorban mempertahankan saudara seagama dari dibunuh dan ditindas. Semoga roh-roh mereka mendapat rahmat disisi Allah. Al Fatihah!





 Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.





Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray

Misteri Matematik 350 tahun oleh Isaac Newton akhirnya terungkai. Shouryya Ray menyelesaikan Misteri Matematik abad ke 17, menggemparkan pakar ilmuan matematik dunia. Seorang pemuda berusia 16 tahun dari Jerman, Shouryya Ray berhasil menyelesaikan misteri matematik yang membingungkan pakar matematik sejak 350 tahun dahulu lagi. Misteri ini adalah teka-teki matematik yang ditinggalkan oleh Sir Isaac Newton sejak abad ke 17 dahulu.


Shouryya Ray dari Kota Dresden telah menggemparkan pakar matematik dunia apabila berhasil menyelesaikan dua teka-teki Teori Dasar Partikel Dinamik. Para pakar matematik abad ini kebingungan dan hampir tidak percaya. Sedangkan sekumpulan pakar sekalipun pun hanya mampu menyelesaikan misteri teka-teki tersebut dengan kecanggihan super komputer.
Daily Mail, Sabtu 26 Mei 2012

Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray
Shouryya Ray
Shouryya menemukan penyelesaian teka-teki ini ketika sekolahnya sedang me lawatan ke Universiti Dresden. Sejurus saja selesai mendengar taklimat dari  seorang profesor universiti tersebut yang mengatakan bahawa misteri teka-teki tersebut mustahil terungkai.

Darah muda Shouryya tercabar dan terus mencuba teka-teki tersebut. Tiada yang mustahil dan siapa sangka cubaan Shouryya berhasil. Dengan penemuannya tersebut, pemuda keturunan India ini memberikan penyelesaian kepada para Ilmuwan Dunia untuk membuat perkiraan dinamik sesebuah bola yang dilempar dan meramal ke arah jatuhnya bola tersebut serta daya-daya lantunan berikutnya.

Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray
Sir Isaac Newton
Shouryya, pemuda sederhana dari India ini, adapun telah dikenali sebagai jaguh matematik sejak kecil lagi. Ayahnya yang merupakan seorang jurutera telah memperkenalkan Aritmatik kepada Ray sejak berusia enam tahun lagi.

Ini adalah tahun keempat Ray menjadi warga Jerman. Imigran dari Kalkuta ini awalnya sama sekali tidak boleh menggunakan bahasa setempat, namun dalam waktu singkat pemuda genius ini lancar berbahasa Jerman.

Akibat kecerdasannya, beliau melangkau satu kelas dengan mengambil ujian khas. Walaupun memiliki IQ yang tinggi, namun dengan rendah hati Shouryya mengaku beliau ada kelemahan utama, iaitu olahraga. Misteri Matematik 350 tahun Terungkai | Shouryya Ray 

My Technorati Claim Token :  R79HVG896E26




Kes rogol | Noor Afizal | Hormati Keputusan Mahkamah

Kes rogol gadis 13 tahun oleh Noor Afizal Azizan. Hormati Keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan pemain boling tenpin handalan Noor Afizal Azizan dengan perintah berkelakuan baik dan ikat jamin kerana merogol gadis bawah umur perlu dihormati dan kemuliaan mahkamah perlu dipelihara dan disanjungi. Noor Afizal diperintah berkelakuan baik selama lima tahun dan ikat jamin RM25,000 kerana kesalahan berkenaan.

Kes rogol | Noor Afizal | Hormati Keputusan Mahkamah

Noor Afizal 21 tahun, pemain boling tenpin yang pernah mewakili Negeri Sembilan antara 2004-2010 dan serentak itu, mewakili Malaysia dalam Kategori Belia Kebangsaan selama lima tahun (2004-2008). Noor Afizal juga pernah beraksi di Kejohanan Terbuka Thailand International pada April tahun ini, dan dijangka mewakili Kedah dalam beberapa pertandingan yang bekal menjelang termasuk Kejohanan Terbuka Antarabangsa KL 2012

Noor Afizal, mengaku bersalah melakukan kesalahan rogol ke atas gadis berusia 13 tahun di sebuah hotel di Ayer Keroh, Melaka antara 12.30 pagi dan 5 pagi 5 Jun, 2009. Namun berikutan rayuan pihak pendakwa, Mahkamah Tinggi Melaka pada 20 Sept tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Noor Afizal.

Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Noor Afizal supaya dikekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 5 Julai tahun lepas yang memerintahkannya berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikan jamin RM25,000. Hormati Kes rogol Noor Afizal




Gangnam Style | Lyrics | Dance Tutorial Video

Gangnam Style Dance Tutorial Video from korean girl. Here Gangnam Style Lyrics in English Translation from Hasrulhassan blog.




Gangnam Style | Dance Tutorial  Video | Gangnam Style Lyrics | English Translation





Segmen: Follow Blog Kamu!!!


SYARAT-SYARAT SEGMEN:
1. Blogger dari Malaysia sahaja.
2. Blogger lelaki dan perempuan.
 

5. Add FB Charlie - BARBIE LENS
6. Tag seorang blogger dan pastikan diaorang tahu. 
 

7. Copy BANNER dan backlinkkan ke entry segmen Charlie.

8. Nyatakan berapa ramai follower korang.

Follower ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog  sekarang seramai 94 orang








Kisah Makan Orang | Penipuan yang Nyata

Kisah Makan Orang dan Gambar badan seorang gadis dipotong potong merupakan Penipuan yang Nyata. Tapi tetap disebarkan dan cerita digembar gemburkan hingga ia bagai benar-benar berlaku. Gambar-gambar tersebut adalah cerita lama, ia bermula sejak tahun 2010 dan cerita ini akan berulang-ulang.



Mengenai gambar janin bayi yang direbus da dimakan (tak sanggup aku upload), apabila merujuk gambar-gambar tersebut. Ia kurang pasti samaada benar atau tidak. Tetapi yang jelas kita ketahui gambar orang makan orang dibawah adalah palsu dan hebat juga produksi yang terlibat dalam proses mencipta gambar-gambar tersebut.



Kisah Makan Orang | Penipuan yang Nyata






Wordless Wednesday #15 | Image Quotes | Quotes About Rokok or Cigarettes


Wordless Wednesday #15 | Image Quotes | Quotes About Rokok or Cigarettes

Wordless Wednesday #15 | Image Quotes | Quotes About Rokok or Cigarettes |
Lelaki sejati adalah perokok. Kerana mereka tahu, tanpa rokok siapalah seorang lelaki.
Quotes About Rokok by Raimi Syazwan





Dihalang Kahwin Dua | Warga Emas Minum Racun

Warga Emas Minum Racun kerana Dihalang Kahwin Dua. Seorang Warga Emas nekad minum sebotol cecair dipercayai racun setelah hasratnya untuk berkahwin lain tidak mendapat restu isteri pertamanya. Warga emas yang berusia 68 tahun meminum racun di sebuah klinik swasta sebaik sahaja permintaannya untuk berkahwin lain ditolak isteri pertamanya. Lelaki warga emas berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang. Polis menahan dan menyiasat kes tersebut dibawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dihalang Kahwin Dua | Warga Emas Minum Racun
Failure! Kegagalan Epik untuk seorang lelaki. Bertambah malang sekiranya warga emas itu didapati bersalah dalam kes tersebut. Bakal isteri kedua mungkin lari dan isteri pertama bertepuk tangan gembira (titisan peluh kecil). Yang pasti tindakan kurang bijak disitu Dihalang Kahwin Dua | Warga Emas Minum Racun




Kata Sejati Blog: Memulakan Sesuatu Dengan Tindakan | 10 Perkara Pal...

Memulakan sesuatu dengan tindakan merupakan 10 Perkara Paling Sukar untuk aku lakukan. Cetusan tindakan pemula bagai dihadang tembok batu setebal Tembok Besar China (peluh besar). Itupun belum disertai dengan penyakit Kalau Seribu Satu Malam satu diantara 10 Lagenda Penyakit Pribadi. Ia bermula dengan Kalau yang pertama.
Kalau macam ni, nanti jadi macam tu pulak... Kalau buat macam tu, nanti kang jadi macam kawan aku pulak.. Kalau..
Penyakit Kalau Seribu Satu Malam ini pastinya menangguhkan tindakan aku untuk memulakan sesuatu perkara pada saat itu ke hari esok. Haih, selalu saja lagu tema Esok Masih Ada tergiang di telinga mengiringi scene penangguhan ku ini.




Keesokan, disaat aku beriltizam ingin melakukan tindakan pemula (action start kata orang puteh), dan dan aje! Disaat itu jugalah aku diserang Penyakit Kalau Seribu Satu Malam. Ia bermula dengan Kalau yang pertama.. Aku malas nak ulang taip, sama macam quote pertama kat atas tuh. Arakian seperti biasalah kalau yang pertama itu menerjah ke minda maka secara tidak langsung membawaa ke kalau-kalau yang seterusnya. Lalu sekali lagi memaksa aku ke hari esok yang seterusnya..
Manusia ini sungguh aneh dan menakjubkan! Hahahaha.. (3x) (peluh kecil)


Setelah hari berganti hari (bayangkan helaian kalendar gugur sehelai demi sehelai seperti cerita melayu lama). Akhirnya tibalah ke hari penentu itu.


Penamatnya, dengan Ayat Keramat Penyesalan
Alahai, dah tak sempat..  kalaulah aku terus bertidak hari tu.. Hah! ada lagi perkataan kalau disitu. Menyesal pun nak berkalau jugak yer.

Seterusnya, ke Ayat Keramat Pujuk Rayu Hati
Mungkin aku perlukan saat yang terbaik untuk bertindak memulakan sesuatu, supaya hasilnya menjadi sesuatu yang terbaik. Ermm, betul juga tu..


Hingga aku dehempap dengan kata-kata yang aku jumpa di satu laman web.
Kata-kata oleh Zig Ziglar
You don't have to be great to start, but you have to start to be great.
Maka termenung aku hingga.. ayat memujuk hati yang lebih power terilham di otak aku yang kronik ini. Manusia ini sungguh aneh dan menakjubkan! Hahahaha.. (3x) (peluh besar tanpa henti)





Kata Sejati Blog: Memulakan Sesuatu Dengan Tindakan | 10 Perkara Pal...: Memulakan sesuatu dengan tindakan merupakan 10 Perkara Paling Sukar untuk aku lakukan. Cetusan tindakan pemula bagai dihadang tembok batu...



Search Engine Bot | Panduan Blogger | SEO Black Book

Search Engine Bot ialah Bot Enjin Carian. Fungsi Search Engine Bot ialah untuk crawl keseluruhan isi kandungan blog. Setelah Search Engine Bot crawling dan meng index isi kandungan blog ia juga sertakan sekali sitemap blog tersebut. ~ SEO Black Book | Panduan Blogger

Search Engine Bot | Panduan Blogger | SEO Black Book




Fungsi Search Engine Bot atau Tujuan Search Engine Bot ialah mengikut arahan robot iaitu arahan untuk NONE, FOLLOW, INDEX, ARCHIVE isi kandungan blog anda. Semua arahan robot ini terletak  di robot.txt. Untuk memastikan SEO blog terbaik. Arahan robot perlulah dilakukan dengan bijak.

Panduan Blogger | SEO Black Book

Amaran di sini, jika anda tidak pasti dengan bahasa arahan robot.
Diharap jangan mengubah arahan robot di robot.txt kerana arahan yang salah memberikan kesan buruk kepada blog. ~ SEO Black Book | Panduan Blogger






Hukum Sambutan Hari Kemerdekaan Negara

Hukum Sambutan Hari Kemerdekaan Negara menurut Islam. Bukan hendak menimbulkan isu kontroversi. Pastinya tidak salah sekiranya meraikan sambutan Hari Kemerdekaan dengan solat dan berdoa dengan rasa penuh kesyukuran dengan rahmat dan rezeki yang kita terima selama ini.



Mengenang Pengorbanan pejuang kemerdekaan negara yang terkorban ketika menentang hak mereka dari dirampas. Berdoa agar roh mereka mendapat rahmat dari yang Maha Esa kerana terkorban ketika mempertahankan saudara seagama dari dibunuh atau ditindas.

Mengibarkan jalur gemilang yang hanya satu simbolik mengibarkan panji perjuangan pastinya lebih nasionalisme. Apakah Hukum Sambutan Hari Kemerdekaan Negara?




Hanif Idrus Segmen Menerjah

Hanif Idrus Segmen Menerjah merupakan satu segmen yang menarik dan dapat meningkatkan Blog Follower. Pseudosupra (pendatang baru dunia blogger) diharap dengan menyertai Segmen Menerjah, dapat meriahkan traffic blog, tambahkan active subcriber dan follower. Insyaallah!

Hanif Idrus Segmen Menerjah

Panduan menyertai segmen Hanif Idrus Segmen Menerjah
Hanif Idrus Segmen Menerjah merupakan tajuk entri
Copy header dan link ke entri induk
Tag 2 orang rakan anda dan maklumkan info Segmen Menerjah

  1. Zamani84
  2. Berloger | Hot News Mystery Issue
  3. Kalam Dunia | Kisah Hot dan Info Semasa
Tarikh Tamat: 30 September 2012

Untuk update info, rujuk Hanif Idrus Segmen Menerjah






Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia

Neil Armstrong, Angkasawan Amerika Syarikat (AS) merupakan manusia pertama menjejak kaki di bulan meninggal dunia pada usia 82 tahun. Tersimpan kemas dalam lipatan sejarah dunia ketika beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mendapat liputan dan  tontonan ratusan juta penduduk dunia ketika itu.

Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia
Neil Armstrong | Sumber mStar Online


Berikut merupakan maklumat berkaitan Neil Armstrong yang dipetik dari mStar Online

Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.

Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.

Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.

Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.
Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia pada usia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.






Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan

Apek atau Khairul Fahmi Che Mat Kemalangan. Penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek terlibat dengan kemalangan apabila kereta Audi yang dipandunya terbabit dalam bertembung dengan sebuah Myvi ketika keluar dari simpang di Kampung Badak, Bachok. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam, Khairul Fahmi yang memandu kereta jenis Audi milik bapanya, Che Mat Hussain hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanan. Menurut Khairul Fahmi, kemalangan tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pulang beraya di rumah saudaranya di Bachok.

Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan
Kereta Audi Khairul Fahmi | Sumber Kosmo



"Kemalangan tersebut berlaku ketika saya hendak keluar dari simpang dan berlanggar dengan sebuah kereta jenis Perodua MyVi.Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan ia tidak melibatkan kecederaan serius kepada diri saya"

Apek atau Khairul Fahmi Che Mat



Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan
Sumber dan Berita Penuh: [Kosmo | Apek terlibat kemalangan di Bachok]





CCleaner Portable Full Version 3.20 | Professional | Business | Download | Full Serial Key Crack | Update Edition 3.22.1800

CCleaner | Professional | Business | Download | Full Serial Key Crack | Update Edition

Download CCleaner Professional Edition and Business Edition with Full Serial Key and Crack and Patch. CCleaner Optimization and Cleaning is the number-one tool for cleaning your Windows PC. It protects your privacy online and makes your computer faster and more secure. Easy to use and a small, fast download. [Official CCleaner Website]

CCleaner | Professional | Business | Download | Full Serial Key Crack | Update Edition

CCleaner Portable Full Version 3.20 | CCleaner Professional Edition 3.20 | CCleaner Bussiness Edition v3.20 | Download
  [Click | Download]


CCleaner Professional and Business Edition 3.22.1800 with Full Serial Key and Crack
[Click | Download]

CCleaner Update Professional and Business Edition 3.22.1800:
  • Added full support for Windows 8.
  • Improved Startup Item tool compatibility.
  • Improved benchmarking for Cleaner summary results.
  • Improved support for Custom Files and Folders.
  • Improved file security algorithms.
  • Added option to Exclude a single registry value.
  • Improved wildcard support in search boxes.
  • Fixed support for Windows 2000.
  • Minor GUI improvements.
  • Minor bug fixes.

Download CCleaner Professional Edition and Business Edition with Full Serial Key and Crack and Patch. CCleaner Optimization and Cleaning is the number-one tool for cleaning your Windows PC. It protects your privacy online and makes your computer faster and more secure. Easy to use and a small, fast download. [Official CCleaner Website]








Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas

Kelab Tiada Dara yang ditubuhkan oleh Pelajar IPT jahil aktif mengamalkan seks bebas akhirnya terima pengajaran. Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli ‘kelab tiada dara’ itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.

Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas

Kelab Tiada Dara yang ditubuhkan oleh beberapa penuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), yang terpesong dan mempunyai akhlak yang amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.


Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara. Malah, sesiapa yang masih dara dipecat ‘keahliannya’ atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan. [Sumber | myMetro | Bahana Bangga Tiada Dara]

Semakin banyak kemudahan yang kerajaan berikan kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menyambung pelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi, semakin banyak pula gejala negatif yang timbul kebelakangan ini.

Untuk permasaalahan sebagini, siapa yang yang menjadi punca tidaklah penting. Tetapi bagaimanakah cara mengatasi masalah yang pelbagai-bagai kebelakangan ini. Pendekatan yang lebih berkesan perlu dicari.

Langkah terbaik ialah kenali golongan bermasaalah ini terlebih dahulu. Fahami corak pemikirannya, baca tingkah lakunya. Bertindak demi untuk memulihkan dan bukan untuk menghukum.

Diharap tiada lagi kelab-kelab baru yang ditubuhkan oleh pelajar-pelajar IPT di masa akan datang. Kebebasan yang mereka inginkan perlu dipimpin ke arah yang benar. Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas





Penerangan Ringkas | Seksyen 114A | Akta Keterangan

Sekiranya anda menerbitkan berita, blog, forum atau apa sahaja melalui media internet yang bertentangan dengan undang-undang seperti memfitnah seseorang umpamanya, anda boleh di siasat dan akan dibawa ke muka pengadilan.

Kebelakangan ini ramai blog owners yang telah disaman kerana menyiarkan entry yang dikatakan memfitnah seseorang. Bagus, elok lah kalau begitu. Undang-undang seperti ini adalah perlu untuk mengekang gejala yang tidak senonoh yang boleh mengharu-birukan masyarakat. ~ Pandangan Pribadi

Satu akta baru telah dipinda dan telah berkuatkuasa pada 1 June 2012 yang lalu. Melalui pindaan pada Akta Keterangan ini, para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet walaupun bukan mereka sendiri yang melakukannya.

Sekiranya ANDA sebagai:
Pemilik komputer atau Pemilik account internet yang subscribe dengan ISP, termasuk wifi atau Pemilik website, seperti blog, forum dan sebagainya.
ANDA boleh disabitkan dengan akta ini sekiranya menyebarkan fitnah, berita atau maklumat berbentuk subversif seperti menghasut

Sekiranya anda mempunyai sesuatu website, umpamanya blog dan forum, Sekiranya seseorang user submit entry atau comments pada blog anda, forum, maka ANDA akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang ditulis oleh mereka.

Jika anda mempunyai open wifi, anda juga boleh disabitkan sekiranya mereka meng-upload maklumat tersebut menerusi wifi anda. Malah, Seksyen 114A ini memberi tanggapan bahawa anda bersalah sehingga anda tidak dapat membuktikan sebaliknya. Ini bersalahan dengan tanggapan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah.

Walau bagaimana pun, dalam konteks perkongsian berita melalui Facebook atau Twitter, pemilik atau pengguna Facebook atau Twitter tidak akan dipertanggungjawabkan dengan sebarang ulasan atau komen yang dibuat oleh orang lain yang dihantar ke dalam akaunnya semata-mata sebagai satu perkongsian berita atau maklumat kerana anggapan fakta dalam penyiaran seperti yang diperuntukkan dalam sekysen 114A tidak akan terpakai dalam keadaan yang sedemikian.

Malah, pengguna Facebook dan Twitter boleh menyangkal anggapan fakta bahawa mereka adalah pemilik, hos, pentadbir, editor atau sub-editor untuk penyiaran fakta berunsur fitnah melalui internet dengan menunjukkan bukti sebaliknya. 

(Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong)

Berkenaan dengan kempen menentang Seksyen 114A Akta Keterangan 2012 yang dianjurkan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) Malaysia, dan ada pengguna internet yang merancang untuk melancarkan Internet Blackout Day pada 14 Ogos 2012 adalah untuk menyedarkan pengguna internet tentang kesan negatif pindaan tersebut di mana Seksyen 114A menganggap individu yang memiliki laman web atau peralatan komputer yang mengandungi bahan berunsur hasutan atau fitnah bersalah walaupun bahan itu dimuat naik oleh pihak lain. Individu atau organisasi yang mengendali atau menawarkan perkhidmatan kepada forum, blog, atau laman web juga bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat pada perkhidmatan tersebut.

Begitu juga dengan para pengguna internet yang akaun atau komputernya yang di hack juga akan dipertanggungjawabkan ke atas bahan yang dimuat naik oleh hackers. Seksyen 114A ini dianggap mengancam kebebasan bersuara di internet dan menggugat prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia. [Sumber Artikel]






Suspek Ditahan | Kes Bakar Teman Wanita | Nurul Firzanah Mat Zaki

Kes Bakar Kekasih Remaja Suspek Ditahan Polis
Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu. Suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam.

"Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam."

"Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam."

Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.

Datuk Ku Chin Wah
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur

Suspek Ditahan | Kes Bakar Teman Wanita | Nurul Firzanah Mat Zaki 
Kes Bakar Kekasih Remaja Suspek Ditahan Polis.  [Sumer:Sinar]




YKK Zip | Maksud YKK | Informasi Zip Pakaian

YKK Zip, apakah Maksud YKK. Sila lihat pada zip pakaian atau seluar anda sekarang. Terutamanya jeans yang berkain denim. Anda juga boleh melihat apa sahaja zip yang ada disekitar anda. Dapatkah anda melihat tiga huruf YKK pada zip tersebut. Melainkan pakaian mereka mempunyai jenama khusus dan jenama tersebut mengeluarkan zip berjenama. Mungkin juga ramai yang telah perasan mengenai YKK pada zip seluar mereka. Tetapi apakah maksud YKK tersebut. Entri ini akan menerangkan Informasi Zip Pakaian iaitu Zip YKK.

YKK Zip | Maksud YKK | Informasi Zip Pakaian


YKK adalah singkatan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha, sebuah syarikat Jepun yang diasaskan pada tahun 1934 oleh Tadao Yoshida selepas majikan terdahulu beliau, yang juga merupakan syarikat pengeluar produk kancing dan butang, yang telah jatuh bankrap disebabkan perang dunia ke II yang memusnahkan Hirosyima.

YKK Kumpulan pengeluar terkemuka dunia zip. Malah, lebih daripada 90% daripada semua ZIP di dunia dan melebihi 68 Negara dibuat YKK yang mempunya 206 kilang pengeluar zip di seluruh dunia. Kilang YKK yang terbesar terletak di Georgia yang mampu menghasilkan lebih 7 juta ZIP sehari. YKK Zip tidak hanya dikenali untuk produk ZIP, malah YKK juga menghasilkan produk lain seperti kancing dan butang.

Mereka tidak mempunyai pesaing utama dalam industri mereka (budaya industri Jepun). Kebanyakkan pengeluar lain memilih untuk tidak bersaing dan hanya membeli ZIP daripada YKK. Jelaslah walaupun terdapat zip kosong dan tiada label YKK di atasnya, kemungkinan besar ia juga telah dibuat dari mesin YKK Zip, atau di kilang YKK juga.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan Yoshida? Syarikat beliau berpegang pada apa yang dipanggil The Cycle of Goodness, yang bergantung kepada kepercayaan bahawa, `No one prospers unless he renders benefit to others'

Falsafah ini dapat dilihat bukan sahaja kepada kualiti dan populariti produk YKK semata-mata, malah ia juga digunapakai pada dasar alam sekitar. Sebagai contoh, YKK mendakwa untuk menjadi syarikat zip pertama untuk menggalakkan langkah-langkah perlindungan alam sekitar, dan baru-baru Syarikat YKK disenaraikan antara sepuluh syarikat teratas yang menyumbang untuk projek rumah kaca.

Diharap entri ini dapat bemberi sedikit input mengenai Maksud YKK Zip dan Informasi zip pakaian yang dikeluarkan oleh syarikat YKK Zip






Senarai Blog Pencuri | Seni Doodle Littlenubnubs.tumblr.com

Seorang blogger Ann dari laman Tumblr littlenubnubs.tumblr.com menyenaraikan Senarai Blog Pencuri dan memaklumkan ramai blogger mencuri hasil keseniannya. Melihat dari senarai Blog Pencuri tersebut, didapati ramai blogger dari Malaysia yang tersenarai (berpeluh-peluh). Ann juga memaklumkan bahawa pengguna blogspot.com merupakan pencuri doodler ciptaannya paling ramai. Pencuri-pencuri seni ini menggunakan doodle hasil curiannya pada blog mereka sebagai banner, gambar, dll. Lebih menyakitkan hati, ada antara mereka memaklumkan doodle itu adalah hasil ciptaan mereka sendiri.

Senarai Blog Pencuri | Seni Doodle Tumblr | Ann littlenubnubs.tumblr.com
Ann from littlenubnubs.tumblr.com

Isu kecurian ini timbul disebabkan doodle yang diambil tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Pekara ini tidak menjadi isu sekiranya doodle yang diambil itu dinyatakan credit kepada penciptanya. Memburukkan lagi keadaan ada di antara mereka mengambil doodle tersebut dan mengubahsuai dengan memadamkan watermark dan initial pemiliknya. Akhirnya Ann telah senaraikan blog yang telah mencuri hasil seni nya.

Senarai Blog pencuri yang disenraikan, rujuk senarai rasmi terkini di [ Click | Blog Pencuri ]






Perkiraan Nuffnag | Uniques Views

Total Uniques dan Total Views, macam mana perkiraan Nuffnag ni yer. Aku baru aje tengok analytics blog pseudosupra.blogspot.com. Rujuk blog stats pseudosupra.blogspot.com dari Nuffnang, What the hellicopter! Rendah betul! Lemah longlai semangat blogger aku (letih lesu). Kenapa stat dari Blogger tak sama dengan stat Nuffnang.. Pageview dan Visitor dan Uniques dan Views ni berbeza-beza ke?








Wordless Wednesday #14 | Image Quotes | Quotes About Ugly Girl

Wordless Wednesday #14 | Image Quotes | Quotes About Ugly Girl

Wordless Wednesday #14 | Image Quotes | Quotes About Ugly Girl |
God help you if you are an ugly girl, 'course too pretty is also your doom, 'cause everyone harbors a secret hatred for the prettiest girl in the room.
Quotes About Ugly Girl by Ani Difranco

Wordless Wednesday #14 | Image Quotes | Quotes About Ugly Girl





Gadis Ting-Ting | Godaan Palsu

Gadis Ting-Ting, itulah gelaran yang diberikan kepada sekumpulan pelacur bijak yang hanya bermodalkan tubuh badan mengghairahkan. Seorang gadis Ting-Ting yang kononnya menawarkan perkhidmatan seks mampu meraih pendapatan lumayan tanpa perlu menggadai maruah mereka. Godaan Palsu Gadis Ting-Ting itu bermula pada detik pertama bertemu pelanggannya apabila mereka sanggup menawarkan harga serendah RM30 untuk satu perkhidmatan seks

Gadis Ting-Ting | Godaan Palsu
Gadis Ting-Ting | Sumber: Kosmo

Dalam satu kejadian, dua orang mangsa yang juga rakan sekerja dikatakan terpedaya dengan wanita berkenaan yang mengaku menawarkan perkhidmatan seks dengan harga murah iaitu RM70.

Selepas bersetuju, mangsa bersama suspek masuk ke bilik khas masing-masing sebelum wanita berkenaan berbaring di atas katil dan menutup lampu.

Ketika sedang asyik bermesra dalam keadaan separuh bogel, seorang lelaki yang juga kenalan suspek menyusup ke dalam kedua-dua bilik melalui pintu rahsia dan melarikan dompet dan telefon bimbit mangsa di dalam poket seluar. [Sumber]


Cara gadis Ting-Ting memperdaya mangsanya begitu mudah iaitu hanya berdiri di kaki-kaki lima premis perniagaan bermula pukul 12 malam dengan hanya berbaju ketat dan berseluar pendek. Godaan Palsu gadis jalanan itu amat berjaya memperbodohkan ramai kaum mangsanya.

Berita selanjutnya: Kosmo Online




Panduan Menguji Meta Tag | SEO metachecker.net | SEO Black Book

Panduan Menguji Meta Tag | SEO metachecker.net | SEO Black Book

Panduan menguji SEO Meta Tag blog anda. Untuk memastikan Blog anda mesra SEO. Setiap meta tag yang ada perlu diuji samaada ia sesuai atau tidak. Terdapat banyak laman yang menyediakan perkhidmataan menguji Meta Tag yang mesra SEO ini. Untuk entri SEO Black Book kali ini saya ingin perkenalkan satu laman menguji kekuatan Meta Tag blog anda, iaitu http://www.metachecker.net

Panduan Menguji Meta Tag | SEO metachecker.net | SEO Black Book


Panduan Menguji Meta Tag | SEO metachecker.net | SEO Black Book

SEO metachecker.net ini amat mudah digunakan. Ia juga menyenaraikan panduan-panduan lain seperti senarai Tag H1, H2 dan turut juga memaparkan bagaimana blog anda dilihat oleh setiap search engine. Diharap panduan ini dapat memberi informasi agar blog anda mesra SEO.

Anda juga mungkin berminat dengan panduan yang diberikan oleh Hasrulhassan.com
Tips SEO Blogspot | Periksa Tahap SEO Blogspot Dengan SEO Workers







Panduan Backlink Organik | Blogger Blogspot | SEO Black Book

Panduan Backlink Organik | Blogger Blogspot | SEO Black Book




Berikut adalah Panduan Backlink Organik dan Cara Berkesan mencipta backlink organik dengan cepat. Selain daripada menulis kandungan berkualiti dan mempromosikan melalui sjaringan media sosial, Anda perlu mempunyai beberapa backlink organik berkualiti ke blog anda. Namun, Selepas sedikit perubahan carian algoritma Google baru-baru ini, banyak blog dihukum kerana beberapa sebab tertentu. Untuk kekal selamat dan mendahului pesaing anda, anda perlu bertindak dan membina backlink organik.

Apakah Backlinks Organik ( Organic Backlink )
Terdapat beribu-ribu cara untuk membina link ke blog anda Setiap blogger mempunyai cara yang tersendiri untuk mendapatkan "Backlinks Organik". Dalam erti kata yang mudah, pautan backlink organik terbina secara semula jadi , yang biasanya berlaku apabila anda memberi tumpuan kepada penulisan entri yang asli, kualiti tinggi dan kandungan yang unik.


Bagaimana untuk mendapatkan Backlinks Organik.
Berikut adalah Panduan mendapatkan Backlinks Organik ke blog anda.

Mencipta Kontroversi
Mencipta Kontroversi melalui penulisan yang melibatkan isu-isu semasa yang sensitif. Sekiranya anda berada dipihak minoriti yng menentang pandangan orang kebanyakkan, ia pasti akan menjadi lebih kontroversi. Anda perlu bersedia dan kemaskini enti dengan kerap dan perlu berhubung dengan maklum balas dari pembaca. Kata-kata yang sinis juaga merupakan kuasa yang besar dan percayalah, dengan satu blog post anda boleh menarik perhatian seluruh media. Bermain secara selamat jika tidak, anda mungkin menghadapi beberapa isu undang-undang.

Membuat Kajiselidik atau Esperimentasi
Bereksperimen mengenai perkara yang baru sangat baik untuk ilmu pengetahuan, namun ia bergantung kepada minat setiap individu. Bukan semua orang boleh melakukan kajian kerana ia memerlukan banyak masa dan kesabaran. Jadi, jika anda target sesuatu , kemudian cuba menguji perkara tersebut samaada menarik atau tidak dengan menerbitkan entri panduan dan tutorial di blog anda. Ia merupakan satu contoh bagaimana menghasilkan kandungan yang unik dan meningkatnya backlink organik dalam artikel anda, kadang-kadang ia bertahan selama bertahun-tahun.

Menganjur Pertandingan dengan Hadiah percuma
Menganjurkan pertandingan atau sagmen untuk pembaca dan pengikut setia blog anda merupakan satu tindakkan yang bijak bagi seorang blogger. Dengan cara ini, backlink tidak datang dengan segera, tetapi backlink akan berkembang dari seorang rakan ke seorang rakan dari semasa ke semasa, dan bila tiba masanya anda pasti mendapat beberapa backlink yang berkualiti. Ini bergantung kepada kualiti dan bentuk pertandingan dan sagmen yang anda anjurkan. Cuba anjurkan sesuatu yang kreatif dan mengikut keadaan semasa.

Mewujudkan satu Komuniti (hubungan erat)
Mewujudkan satu komuniti dan kumpulan yang mempunyai niche blog yang sama atau berkait antara satu-sama lain. Kumpulan pastinya akan menghubungkan link dari setiap ahli kumpulan mereka ketika menulis sesuatu entri. Apabila mereka menulis satu artikel atau menyenaraikan beberapa sumber, pautan kepada artikel dalam blog lain akan dimasukkan. Jelas, hubungan antara blogger samaada secara kumpulan atau individu pasti mewujudkan backlink organik ke blog anda.

Video Blog
Banyak blogger mempunyai bakat mencipta video blog, tetapi ia tidak berguna sekiranya hanya dipendam. Pendedahan yang konsisten dan rujukkan ke video blog-video blog lain pastinya akan mendatangkan inspirasi kepada anda. Menyisipkan video dalam artikel anda akan menarik minat blog-blog terkemuka.

Aktif di Forum
Penyertai forum juga boleh membantu untuk mendapatkan beberapa backlink. Apa yang anda perlu lakukan adalah membantu orang lain dengan menyediakan beberapa jawapan yang berguna untuk soalan dalam yang lingkungan kemahiran anda. Dan Apa yang penting ialah tidak melakukan SPAM jawapan

Sekian sahaja Panduan Backlink Organik untuk google blogspot. Sekiranya anda berminat membaca entri selanjutnya mengenai Asas SEO sila click di sini SEO Black Book. Untuk mendapatkan lebih panduan menulis blog, anda boleh melawat Hasrulhassan.com






Projek Salam Traffik | Versi Beta


Pseudosupra

Projek Salam Traffik merupakan mini projek untuk meningkatkan pageviews sesebuah blog. Projek salam traffik adalah versi Beta iaitu masih diperingkat percubaan dan ujikaji. Beberapa rakan blogger akan terpilih menjadi tester untuk Projek Salam Traffik versi Beta ini.






Hidangan yang Menaikkan Mood Raya | Perut Friendly

Sinar rahmat 1 Syawal. Salam Aidilfitri tangan dihulur memohon sejuta kemaafan. Selamat menyambut Hari Lebaran untuk semua. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba Hari Mulia, Hari Raya. Selain baju raya, hidangan di pagi raya juga memainkan peranan yang sangat penting. Apakah jenis-jenis hidangan yang dapat menaikkan mood raya anda. Lain padang, lain belalang. Mungkin pandangan setiap orang berbeza. Pada saya, berikut merupakan Hidangan yang Menaikkan Mood Raya

Hidangan yang Menaikkan Mood Raya | Perut Friendly

  • Lemang
  • Ketupat Nasi
  • Ketupat Palas
  • Rendang
  • Satey

Memandangkan sebulan kita berpuasa, diharap kita semua amalkan kesederhanaan ketika menjamu selera. Pilihlah hidangan yang ringan terlebih dahulu. Selamat menjamu selera untuk semua. Pastikan hidangan anda Perut Friendly





Artis Malaysia Bodoh | Siapa Kata

Artis-artis di Malaysia bodoh bodoh belaka. Siapa kata macamtu agaknya. Kenali dahulu hati budi seseorang, jangan cepat buat penilaian atas beberapa perkara sahaja. Siapa kata artis malaysia bodoh, disini ada beberapa bukti yang Artis Malaysia juga bijak dan berkebolehan. Nama-nama artis tiak disenaraikan kerana sekarang ni artis-artis malaysia bijak-bijak menyaman orang dan media.

  • Ada artis malaysia yang boleh membaca sejak umur 3 tahun lagi
  • Ada artis malaysia yang dapt menunggang basikal sejak Tadika lagi
  • Ada artis malaysia tahu melukis rumah sejak umurnya 4 tahun lagi
  • Ada artis malaysia yang pandai menangis tengok cerita Hindustan sejak Darjah stu lagi
  • Ada artis Malaysia yang menghafal sifir 1 hingga 12 ketika Darjah 3 lagi
  • Ada Artis Malaysia yang sudah tahu membina istana pasir sendiri sejak darjah 1 lagi

Jelas terbukti kan, Artis-artis Malaysia sememangnya bijak sejak kecil lagi. Kalau dah besar lagi-lagilah bijak kan..






Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang

Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang


Berikut ialah Panduan Doa dan Ziarah Kubur. Perkara-perkara dibawah merupakan antara perbuatan yang makhruh dan dilarang ketika menziarahi kubur.

  • Makruh menghiasi kubur dengan disapu kapur.

  • Dilarang meninggikan kubur lebih dari sejengkal.

  • Makruh menulis ayat Al Quran atau lainnya pada batu nisan atau binaan kubur tetapi jika sekadar menulis nama si mati lebih-lebih lagi jika ia seorang alim atau seorang yang salih supaya kuburnya mudah dikenal dan diziarahi maka itu tidak dilarang malah amatlah baiknya.

  • Dilarang duduk di atas kubur atau memijaknya semasa berjalan di tanah perkuburan, bertelaku atau bersandar kepadanya (makruh). Jika terpaksa memijak kubur kerana tidak ada jalan lain yang boleh sampai ke kubur yang dituju atau kerana menggali kubur yang baru, maka tidaklah makruh.

  • Dilarang memasang lampu di atas kubur malah tidak sah jika diwakafkan atau dinazarkan.
  • Makruh mendirikan bangunan di atasnya, di tepinya atau mendirikan pakar atau tembok di kelilingnya, jika tanah itu bukan tanah wakaf dan bukan tanah masbalah (kubur lama). Jika tanah itu tanah wakaf atau tanah masbalah maka hukum mendirikan bangunan atau pagar adalah haram kerana mengambil kawasan yang luas lebih dari sepatutnya dan membolotnya selama-lamanya sedang tanah itu untuk orang ramai. Pihak berkuasa Islam berkewajipan meruntuhkan bangunan yang seperti itu.
Semoga artikel ini dapat dijadikan Panduan ketika berdDoa dan menziarah kubur




Harga Baru Rokok mulai 1 September 2012 | Duta ASAP Smoke Free Lifestyle

Mulai 1 Sept 2012, Harga baru rokok terkini di Malaysia akan dikuatkuasa. Semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan. Semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang. kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.

Duta ASAP Smoke Free Lifestyle juga diperkenalkan dan kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton. Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja.

Harga Baru Rokok mulai 1 September 2012 | Duta ASAP Smoke Free Lifestyle





Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu. Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05). Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.

Kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan. Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan


Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.






Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan

Perayaan Aidilfitri 2012 bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan. Mahrajan dan Nairus dikenali Hari raya Nairuz dan Hari raya Mahrajan iaitu Hari perayaan asal penduduk Madinah (Zaman Jahilliyah) sebelum tiba penghijrahan Rasullullah umat Islam.

Kedua-dua perayaan tersebut disambut dengan kemeriahan pesta-pesta dan hiburan-hiburan yang keterlaluan. Makanan-makanan yang berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran. Mereka juga bermewah-mewahan dan bermegah-megah dengan pakaian yang mahal dan hiasan-hiasan yang besar sehingga timbulnya perasaan riak dan irihati.

Rasullullah Sallallahu 'alahi wasallam datang ke Madinah dan pada waktu itu penduduknya masih memiliki dan maraikan dua hari raya iaitu hari raya mahrajan dan hari raya nairuz. Mereka bersenang-senang di dalamnya di masa Jahiliyyah. Maka beliau bersabda:

"Aku datang pada kalian sedang kalian memiliki dua hari yang kalian bersenang-sedang di dalamya pada masa jahiliyyah.Sungguh Allah telah menggantikan untuk kalian yang lebih baik dari dua hari itu,yaitu: hari raya kurban dan hari raya 'idul fitri"
(HR.Abu Daud dan Ahmad).

Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan, melainkan anda sendiri yang menghidupkan kembali hari raya mahrajan dan hari raya nairuz tersebut.

Seperti petikan entri Jangan Jadikan Raya Umat Islam Sama Dengan Sambutan Nairus dan Mahrajan oleh Hasrulhassan
Dibimbangi akan kembali seperti bagaimana orang Yahudi menyambutnya iaitu menerusi dua perayaan mereka iaitu Nairus dan Mahrajan. Ia seolah-olahnya pada hari kemenangan tersebut kita seperti berpesta. Contohnya paling mudah apa yang dihidangkan oleh stesen televisyen, radio dan panggung wayang.




Yang Tertinggal di Aidilfitri 2012

Yang Tertinggal di Aidilfitri 2012




Yang Tertinggal di Aidilfitri

Sejak malam penentu Aidilfitri
Alam dan khalifah menghitung hari
Menanti malam meraikan kemenangan
Berarak mendaki puncak-puncak gunung

Malam ini
Seseorang, tertinggal dihujung barisan
Khalifah naif, kelihatan bingung
Saat hampir mulanya pesta kemenangan

Menoleh-noleh ke belakang
Meraba-raba ia di jalanan
Disini pesta rancak telah bermula
Disana dia mencari-mencari yang hilang

Pulanglah wahai khalifah naif
Kamu mencari apa yang tiada
Sesuatu yang tertinggal di aidilfitri
Matanya berkaca, pulanglah dia.

Tinggalkan malam
Pesta terakhirnya

 ~Kalamdunia
    September 2008






Panduan Beli Televisyen | Beza Tv CRT, LCD dan LED

Panduan Beli Televisyen. Televisyen Raya, Langsir Raya, Sofa Raya dan Sport Rim Raya pun ada. Maklumlah musim perayaan ni, amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarah antara jiran tetangga telah menjadi budaya kita. Masa ni la menunjuk kat jiran-jiran kita kan.. (berpeluh-peluh). Entri kali ni nak bagi Panduan Beli Televisyen (Tv). Terdapat banyak jenis Televisyen di pasaran sekarang ni. Ada Televisyen LCD, Televisyen LED dan kadang-kadang Televisyen CRT pun masih ada dipasaran (biar betul).

Tahukah anda perbezaan antara jenis televisyen ini, Apakah pula maksud CRT, LCD dan LED

Beza Televisyen CRT  Televisyen LCD dan Televisyen LED




Televisyen CRT (Cathode Ray Tube) dikenali Televisyen Kotak atau Televisyen Aquarium mulai ditempatkan didalam store. Ada yang lebih kejam, terus menyimpannya di tong sampah. Ini berlaku kerana faktor ruang. Televisyen CRT memerlukan ruang yang luas.

Televisyen LCD (Liquid Crystal Display) merupakan televisyen ramping dan lebih berteknologi dan HD Definisi Tinggi

Televisyen LED (Light Emitting Diode) pula diberi lebih perhatian kerana ia lebih ringan, lebih nipis, dan kualiti gambarnya lebih berdefinisi tinggi HD

Perbezaan Televisyen CRT dengan Televisyen LCD
Jurang perbezaan antara Televisyen CRT dengan Televisyen LCD tersangatlah jauh. Tempoh perubahan teknologi backlightnya juga agak lama. Masih terbayang lesen Tv yang tergantung di dinding rumah. Hanya tinggal kenangan.

Teknologi Sistem Backlight
Kualiti gambar Televisyen LED mempunyai perbezaan ketara dengan Televisyen CRT. Ia sudah pasti dan tidak dinafikan lagi, kerana backlight Televisyen CRT masih menggunakan teknologi tiub gas manakala backlight Televisyen LCD pula telah menggunakan teknologi CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps)


Pererbezaan Televisyen LED dengan Televisyen LCD
Umumnya, boleh dikatakan Televisyen LED masih dalam lingkungan teknologi Televisyen LCD, kerana perbezaannya agak kecil.

Teknologi Sistem Backlight
Perbezaan teknologi Televisyen LCD berbanding Televisyen LED juga terletak pada sistem backlight yang digunakan . Televisyen LCD menggunakan teknologi backlight CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps) manakala Televisyen LED menggunakan teknologi backlight LED l Amp. Jelas disini kelebihan Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga pada sistem backlight yang digunakan sahaja. Kemampuan teknolgi backlight LED l Amp pada Televisyen LED telah menggandakan kapasiti resolusi pada skrin LCD. Jelas lah kenapa kualiti gambar Televisyen LED jauh lebih berdefinisi tinggi HD berbanding Televisyen LCD.

Dynamic Contrast
Televisyen berteknologi LED juga memiliki dynamic contrast ratio yang mencapai berjuta-juta banding satu.

Penjimatan Tenaga
Perbezaan penggunaan tenaga antara Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga berlainan. Teknologi Penjimatan kuasa elektrik lebih diberi tumpuan sejak kebelakangan ini. Lampu LED yang digunakan sebagai backlight pada Televisyen LED terbukti lebih menjimatkan berbanding lampu CCFL di Televisyen LCD.

Jangka Hayat
Jangka hayat sistem backlight yang menggunakan teknologi lampu LED didapati lebih panjang berbanding sistem backlinght yang lain. Namun dari segi teknologi tahan gegar, sistem backlight LED merupakan yang paling sensitif dengan gegaran.




Biar Kalah Membeli asal Menang Memakai. 
Apa di tunggu lagi, Pilihan ditangan anda

Untuk membeli Televisyen baru, kita perlu mengikuti perkembangan teknologi ini. Nanti masa jiran datang rumah tanya pasal beza Tv CRT, LCD dan LED ni, boleh la anda sembang-sembang. Apa-apapun diharap entri ini dapat dijadikan panduan asas untuk Panduan Beli Televisyen baharu.






Sejuta Kemaafan | Selamat Hari Raya Aidilfitri | Salam Kemenagan

Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal wa Marhaban Bikum. Salam Kemenangan dan  di mohon bersama sejuta kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 M 1433H.  Greeting and Happy Eid Fitr.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La Ilahaillahu Allahu Akbar! Allahu Akbar wa Lillahilhamd..


Hampir berlalu Ramadhan yang mulia, semakin hampirnya Syawal untuk kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri Hari Kemenangan Umat Islam. Saya Raimi Syazwan penulis ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog dan Pseudosupra Page, dengan doa rahmat dari-Nya untuk semua yang mengenali diri ini, saya memohon sedalam-dalam kemaafan atas semua kesalahan dan kesilapan  yang telah saya lakukan. Semoga ikatan silatulrahim sentiasa erat dengan cahaya rahmat dan petunjuk dari Allah. Insyaallah.

Kerana aku hanya insan. Bersama Rahmat Ramadhan yang hampir berlalu. Bersama Keberkatan Syawal yang bakal menjelma. Aku mengharapkan kemaafan dari saudara-saudara Islam ku semua. Aku tunduk merayu keampunan dari Allah yang maha pengasih.

Ya Allah! Sucikan diriku dan saudara-saudaraku dari kelemahan dan dosa-dosa kami, berikan kami petunjuk dan Nur Hidaya-Mu.






Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012

Salam Ziarah, Salam Aidilfitri 2012 untuk semua. Satu segmen yang menarik dari www.hasrulhassan.com. Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012 diharap dapat memesrakan lagi hubungan sesama Blogger dan mengeratkn lagi ikatan silaturahim kita semua, insyaallah. Ziarah merupakan amalan yang mulia disisi agama Islam. Budaya ziarah, bermaf-maaffan dan kunjung mengunjung, sememangnya budaya masyarakat Malaysia di musim perayaan, terutamanya Hari Raya Aidilfitri. Bahang kemeriahan Hari Raya Aidilfitri 2012 semakin terasa.

Aidilfitri 2012

Aidilfitri 2012 kali ini diharapkan menjadi hari kemenangan yang terbaik berbanding dari yang sebelumnya. Bersama-sama kita berkumpul, ziarah menziarahi dan sucikan diri ketika meraikannya, hari kemenangan ini, kemenangan melawan hawa nafsu. Dalam Kemeriahan Aidilfitri 2012, jangan dilupa kepada yang tiada, amalan ziarah boleh diteruskan. Sekurang-kurangnya  Al Fatihan disedekahkan, insyaallah.

Segmen Salam Ziarah Raya Aidilfitri 2012 akan ditutup penyertaan pada jam 11:59 malam 16 Ogos 2012. Akhir kata, Salam sejuta kemaafan dan Selamat menyambut Aidifitri 2012 dari saya Pseudosupra.blogspot.com. Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal






Alexa Rank Naik Pelik | Kisah Aneh Alexa

Alexa Rank Naik Pelik. Tapi sebelum itu, dengan rasa rendah diri, segan dan malu, aku nak maklumkan yang sebenarnya aku tak tahu sangat apa tu Alexa ni. Sebab aku ni blogger baru, bila aku tengok ramai blogger tersohor yang letak Alexa Wiget pada blog mereka, aku pun turut mengikut (teknik meniru dari otai-otai bloger). Aku nak bertanya banyak, risau nanti diaorang naik jemu nak melayan aku. (garu kepala)

Alexa Internet


Setakat apa yang aku tahu mengenai Alexa ni, 20% darinya sekadar cuba jaya dan 50% yang aku faham mengenai Alexa ni melalui info dari laman Blogger Idola aku , Sifu HH. www.hasrulhassan.com Panduan Menulis Blog. Dunia Blog. Isu dan Berita. Blog Sifu Hasrul Hassan memang padat dengan ilmu. Blog Sifu HH dah macam sekolah aku pulak. Haaih! hampir off topic pulak. Rujuk entri sebelum ni Blog Idola. Ermm.. dimana kita tadi yer.. (gaya muka tertanya-tanya)

Alexa oh Alexa! Setakat yang aku faham, Alexa ni sebuah syarikat..
Alexa's operation includes archiving of webpages as they are crawled. This database served as the basis for the creation of the Internet Archive accessible through the Wayback Machine.
Rujuk Wikipedia: Alexa Internet

Alexa Rank Naik Pelik | Kisah Aneh Alexa


Aku tulis entri mengenai Alexa kali sebenarnya disebabkan satu pekara yang amat muskilkan aku. Ranking Alexa Meningkat, kedudukan blog aku yang dari berjuta-juta tu telah berkurang dengan cepatnya (rujuk image di atas) (dalam hati menjerit; Yey!). Takde la turun banyak manapun, dan aku tak juga terlalu gembira (bukan dapat duit pun). Walau apapun penyebab pekara ni berlaku, ia merupakan satu kejayaan pada blog pseudosupra aku ni. Yang aku tak puas hati, kalau boleh nak tau jugak apa penyebab untuk kejayaan ni(berpeluh-peluh).

Kisah Aneh Alexa Rank Naik Pelik. 13 Ogos hingga 16 Ogos lebih kurang 4 hari. Ranking Alexa pseudosupra.blogspot.com Meningkat dan ia satu berita baik yang aku tak tahu dari mana puncanya. Walaupun masih tidak berapa pasti (budak baru kenal blog), paling tidak, ia menjadi motivasi untuk aku terus berblog.






Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Bermula hanya lembaran kosong. Menulis kisah kehidupan, bermula dengan halaman pertama dan akhirnya berhenti pada halaman terakhir. Lembaran Hidup, lembaran kisah kehidupan, pastikan tersusun lengkap, tiada satu halaman pun yang tertinggal, kerana ia tidak berulang. Semoga menjadi sebuah buku kehidupan, menceritakan kisah abadi yang dilalu sendiri.

Lembaran Hidup | Kisah Warna Kehidupan

Pena berada di tangan masing-masing, jangan benarkan orang lain menulis kisah kehidupan kita. Juga jangan pula kita menulis kisah orang-orang yang lain. Tulislah kisah hidupmu sendiri.

Lembaran-lembaran itu milik kita, biarlah setiap halaman itu ada warnanya, ada jiwanya yang tersendiri. Warna yang kita suka, warna yang kita pilih. Warna-warna kehidupan kita.

Kalamdunia






linkreferral