Syair Suara Penyair | Puisi Kahlil Gibran

Syair Suara Penyair Kahlil Gibran

Suara Penyair

Berkah amal soleh tumbuh subur dalam ladang hatiku.

Aku akan menuai gandum dan membahagikannya pada mereka yang lapar.

Jiwaku menyuburkan ladang anggur yang kuperas buahnya dan kuberikan
sarinya pada mereka yang kehausan.

Syurga telah mengisi pelitaku dengan minyaknya dan akan kuletakkan di
jendela.

Agar musafir berkelana di gelap malam menemui jalannya.

Kulakukan semua itu kerana mereka adalah diriku.

Andaikan nasib membelenggu tanganku dan aku tak bisa lagi menuruti hati
nuraniku, maka yang tertinggal dalam hasratku hanyalah : Mati!

Aku seorang penyair, apabila aku tak bisa memberi, akupun tak mau menerima
apa-apa.

Syair: Suara Penyair
Oleh: Kahlil Gibran





Puisi Sebelum dan Selepas Kahwin | Poem Marriage Life Before and After

Puisi Seloka Sebelum dan Selepas Kahwin | Poem Marriage Life Before and After ini sekadar hiburan dan gurauan semata-mata. Diharap tidak menyentuh sensitiviti sesetengah pihak. Hidup perlu ada unsur kecindanan. (dengan maaf) Semoga terhibur

Puisi Sebelum dan Selepas Kahwin | Poem Marriage Life Before and After


Poem Marriage Life Before and After | Puisi Sebelum dan Selepas Kahwin


Before marriage.
Darling here, darling there,
After marriage.
Baling here, baling there.

Before marriage.
I die for you,
After marriage.
'You die, up to you.
Lagi lama married.
You die I help you.

Before marriage.
You go anywhere, I follow you.
After marriage.
You go anywhere, up to you.
Lagi lama married.
You go anywhere, better u got lost!

Before wedding
you are my heart, you are my love.
After wedding
you get on my nerves.

Before wedding
you are sweet and kind just like Cinderella
After wedding
you are worse than godzila

Before wedding
Roses are red, violets are blue. Like it or not, I'm with you
After wedding
Roses are dead, I am blue. You get on my head, I sue you!

Before wedding
Every makan he brings you to Shangri-La
After wedding
You want to go, he says you wait-la!

Before wedding
She looks like Anita Sarawak
After wedding
Don't know whether katak or pontianak




Bajet Intipati Belanjawan 2013 | Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati

Bajet intipati Belanjawan 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini. Tema Belanjawan 2013 ialah Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati .


Kita tidak dapat membangunkan masa depan bagi generasi muda kita, tetapi kita dapat membangunkan generasi muda kita untuk masa depan.
  • Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.
  • RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.
  • RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
  • RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar
  • RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
  • RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka. 
  • Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
  • RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
  • RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
  • RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
  • Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
  • Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
  • RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian. 
  • DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.   
  • Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  • Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  • Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  • Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
  • RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  • Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange,  pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  • Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  • RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  • Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  • Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
  • Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
  • Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit  Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
  • Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
  • Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
  • Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
  • RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
  • Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
  • RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
  • RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
  • Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
  • Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
  • RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
  • Peruntukkan RM380 juta disediakan di bawah Kementerian Pelajaran untuk penempatan guru prasekolah.
  • Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
  • Potongan cukai dua kali akan diberi kepada majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan taska dan pusat jagaan.
Sumber: Sinarharian




Quotes About Lying | Kata Dusta | Wordless Wednesday #19

Quotes About Lying | Kata Dusta | Wordless Wednesday #19

Quotes About Lying | Kata Dusta

I'm not upset that you lying to me, I'm upset that from now on I can't believe you
~ Quote by Friedrich Nietzsche





Kisah Kerengga | Rahsia | Info

Kisah Kerengga | Rahsia | Info

Kerengga juga dikenali sebagai Weaver Ants dan nama saintifik kerengga ialah Ocoephylla Smaradgina.

Warna Kerengga merah perang, ada sengat dan menggigit. Makanan ruji kerengga ialah daun dan habitat utama adalah pokok-pokok. Sarang dibina dari cantuman lapisan daun di atas pokok

Amat sesuai djadikan penjaga atau bodyguard pokok-pokok kerana perlakuan kerengga yang akan mempertahankan pokok itu dari sebarang penceroboh.

Nama yang unik dan sesuai untuk menamakan kampung, pulau ataupun apartment. Terdapat pulau yang diberi nama Pulau Kerengga.

Telur kerengga dan anak kerengga memang sedap, rangup. tetapi bagi spesis ikan air tawar. Kebiasaan dijadikan umpan untuk memancing ikan disungai, paya atau pun sawah. Terlebih dahulu sarang kerengga akan di bakar dengan api yang agak suam-suam kuku. Aksi ini agak sederhana ganas. Kadang-kadang telur atau anak kerengga akan dicelur sedikit dengan campuran kunyit. Kemudian baru dijadikan umpan.

Mempunyai bentuk badan yang menarik. Sebab itu ia digunakan untuk deskripsi bentuk badan gadis sahaja. Tak pernah digunakan untuk bentuk badan lelaki.. kecuali.. lelaki dwialam. Biasanya bentuk pinggang sahaja yang dicontohi, sebab itu ada perumpamaan "pinggang ramping bak kerengga". Bahagian lain tak pernah dijadikan perumpamaan kerana agak ganjil bunyinya.

Agak fotogenik. Selalu dijadikan model atau objek fotografi. Perilaku kerengga yang bersahaja menjadikan ia objek seni yang kreatif.

Boleh dijadikan untuk ubat tradisional. Antaranya ubat lelah. Caranya serkap sarang kerengga dengan kain putih, rebus dan minum airnya. Sebelum tu pastikan sarang kerengga tu dari pokok apa. Jangan sembarangan, silap-silap kena pokok ipoh ke.. pokok jelatang ke.. lagi cepat sembuhnya..
Air bisa kerengga juga boleh mengubati ketuat atau kematu. Picitkan air dari ekor kerengga ketempat yang ada ketuat.

Pernah dijadikan sebagai alat untuk siksaan. Khabarnya pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ada yang jadi mangsa, diikat dipokok yang penuh sarang kerengga. Tidak diketahui apalah nasib mereka. Boleh juga dijadikan subjek untuk mendidik anak-anak, confirm mereka takut kena hurung dengan kerengga. Tapi ini dizaman dahulu. Jangan dibuat pada masa ini.

Bisa gigitan kerengga juga boleh dijadikan subjek untuk memujuk anak teruna anda. “macam kena gigit kerengga aje”. (lelaki mesti tau)

Selain dijadikan perumpamaan kerengga juga popular dalam pepatah melayu. Sebagai contoh “Umpama Kerengga Menjaga Rambutan” Yang bermaksud, Si kerengga tidak dapat memakan rambutan yang masak ranum itu. Tetapi, apabila tuan punya pokok rambutan itu mahu memetiknya, tidak dibenarkan, maka digigitnya! Maka pendeklah rezeki tuan punya pokok. Dan yang terbaru “Hey, those ‘kerengga’ on your back!”.

Pernah menjadi satu misteri. Apabila sebelum berlaku tsunami pada penghujung 2004. Kerengga yang terdapat di kawasan yang dilanda tsunami di Acheh, membuat sarang ditempat yang tinggi. Wallahualam..

Merupakan antara serangga yang popular. Hingga dijadikan objek/subjek dalam karya sastera, terutama dalam pantun dan puisi.
Sebagai contoh:
Kerengga di dalam buluh,
Serahi berisi air mawar,
Sampai hasrat di dalam tubuh,
Tuan seorang jadi penawar.
~ Rumination

Pokok limau di tengan lalang,
Kerengga hitam duduk menumpang,
Jangan harimau nak tunjukkan belang,
Nanti ku tunggu dengan senapang.
~ pantun.com

Kerengga juga dijadikan nama samaran. Anda tentu ingat kartunis kerengga. Agak popular sebaris dengan kartunis Ujang, Reggie Lee. Jangan tak percaya, Kartunis Kerengga pun ada blog.

Kisah Kerengga | Rahsia | Info 

Apa yang kita perlu tahu, kerana kadang-kadang kita lupa, kerengga itu makhluk ciptaanNya. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tak pernah ada yang baik semua… semanis-manis gula, menjadi racun juga akhirnya. Sepahit-pahit mengkudu..menjadi ubat juga. Kita tak berhak menilai sesuatu berdasarkan fikiran kita semata-mata dan menghukum berdasarkan emosi. Alangkah baik kalau hamba dapat berlapang dada untuk semua perkara.

Sumber Info: Facebook






Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka

Gloomy Sunday yang misteri dan dianggap berpuaka merupakan lagu yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary. Misteri lagu Gloomy Sunday masih terpendam hingga hari ini. Resza Seress yang bercita-cita menjadi penggubah lagu terkenal pada asalnya adalah lelaki yang terpinggir dan hampir semua hasil seninya dianggap sampah oleh penerbit muzik ketika itu.

Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka Mystic

Namun pada suatu Ahad, hari bersejarah yang merubah segalanya. Pada hari tersebut berlakunya pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “ Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku! ” kata Suress sendirian. Dengan gembira, dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Mempertaruhkan lagu Gloomy Sunday, Seress telah menghantar lagu itu kepada seorang penerbit muzik namun ditolak kerana melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Reszo Seress agak kecewa, selang beberapa hari beliau sekali lagi menghantar Gloomy Sunday kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku Misteri dan kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.


Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka.

Misteri Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Misteri Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Misteri Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Misteri Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Misteri Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Misteri Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun Misteri tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Misteri Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Misteri Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.

~ Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka




Masalah Feedburner | Loose Subscriber Counts and Stats

Beberapa hari lepas, aku perasan FeedBurner Status Blog untuk Subscriber Counts and Stats tiba-tiba jadi kosong (0). What the helicopter! Loose Subscriber Counts and Stats. Mana pergi semua subcriber dan listeners blog aku. Aku cuba buat tak tahu aje, rasanya esok semua akan kembali normal. Tapi, masuk hari ini dah 3 hari. Ditambah letih dengan kerja lagi, lepas magrib tadi, dah hampir-hampir aku nak delete account feedburner aku tu. Dalam kepala dah bercadang nak guna feed reader yang lain pulak.

Tapi nasib baik, secebis kesabaran hadir dan aku terbaca notis bertajuk Known Issue: Subscriber Counts and Stats dari feedburnerstatus.blogspot.com. Jadi sesiapa yang ada problem yang sama macam aku, harap bersabar.

Masalah Feedburner | Loose Subscriber Counts and Stats

Known Issue: Subscriber Counts and Stats
Friday, September 21, 2012 | 9:26 AM
Issue: We have been encountering difficulties with our stats production pipeline for data representing Sept 19th and 20th, 2012. We are currently working to resolve the issue.





Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah

Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah! Merupakan Segmen oleh Lin Si Pipi Merah.  Seminggu dua, aku agak sibuk dengan aktiviti kerja, ditambah lagi dengan kursus-kursus luar yang telah dipertanggungjawabkan untuk aku hadiri agak padat. Kesimpulannya, kekangan kerja akhir-akhir ini agak menyesakkan hidup aku. Huh! aku tak mengeluh, mengeluarkan perkataan "Huh"  sekadar terapi mengawal stress sahaja.

Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah ini disedari apabila aku di Tag oleh EverythingsEverythings. Yang pastinya ia merupakan Segmen yang agak menarik. Bagaimana caranya untuk menyertai Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah ini. Maklumat dan Informasi lengkap beserta syarat penyertaan akan diperolehi setelah anda click banner Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah dibawah


Tiga (3) rakan blogger yang saya Tag untuk menyertai Segmen Saya Nak Hadiah Misteri Dari Si Pipi Merah ialah:
  1. Apple | http://bwerking.blogspot.com
  2. Nick | http://nicknashram.blogspot.com
  3. Hanif Idrus | http://hanifidrus.blogspot.com

 
 





Quotes About Young Life | Jiwa Muda | Wordless Wednesday #18

Quotes About Young Life | Jiwa Muda | Wordless Wednesday #18
Quote about About Young Life
You don’t stop enjoy your life because you grow old. You grow old because you stop enjoying your life.
~ Original Quote by Michael Pritchard 
~ Refresh by Raimi Syazwan

Kata-kata mengenai Jiwa Muda   
Kita tidak berhenti bergembira kerana usia semakin tua. Kita menjadi tua kerana berhenti bergembira.
~ Kata-kata asal oleh Michael Pritchard 
~ Dibugarkan oleh Raimi Syazwan






Peter Butler Digantung | Denda RM4,000


Peter Butler Digantung selama 6 bulan dan dikenakan  Denda RM4,000. Adakah tindakan dan hukuman oleh Jalawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mampu menyelesaikan kemelut yang melanda pasukan Terengganu musim ini. Berikut ialah info yang dipetik dari Metro

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.

"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.

Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.

"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.

Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.

Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.

Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.

"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - Sumber Metro





Kemaafan | Kesalahan Masa Lampau | Al Imran 155



إِنَّ الَّذِينَ تَوَلَّوْاْ مِنكُمْ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ إِنَّمَا اسْتَزَلَّهُمُ الشَّيْطَانُ بِبَعْضِ مَا كَسَبُواْ وَلَقَدْ عَفَا اللّهُ عَنْهُمْ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ
 
Sesungguhnya orang-orang yang berpaling di antara mu pada hari bertemu dua pasukan itu, hanya saja mereka digelincirkan oleh syaitan, disebabkan sebagian kesalahan yang telah mereka perbuat (di masa lampau) dan sesungguhnya Allah telah memberi maaf kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun. ~ Al Imran  155





INNOCENCE OF MUSLIMS | Sekiranya Umar al-Khattab masih ada

Sekiranya Umar al-Khattab masih ada hari ini, bagaimanakah perasaan Umar? apakah tindakan yang akan dilakukan Umar apabila Nabi Muhammad S.A.W dihina. Hari ini, disaat Islam dan Rasulullah dihina melalui filem INNOCENCE OF MUSLIMS. Filem yang dengan jelas melukakan hati umat Islam apabila menunjukkan seolah-olah Nabi Muhammad S.A.W itu gila seks, kaki perempuan dan tidak waras. Aku tiba-tiba teringat akan Khalifah Umar al-Khattab, yang dianggap pelindung maruah Islam, pelindung dakwah Rasulullah dan insan yang meletakkan diri dan nyawanya sendiri sebagai perisai Islam.


INNOCENCE OF MUSLIMS | Sekiranya Umar al-Khattab masih ada

Suatu ketika dahulu, ketika kaum Muslimin berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan daripada penentang Islam yang kafir dan kejam, apa yang mereka harapkan akan hadir pembela dan pelindung terutama dalam memastikan keselamatan Rasulullah SAW.

Sehinggalah, hidayah Allah sampai kepada Umar al-Khattab. Pahlawan padang pasir yang gagah dan digeruni itu akhirnya akur dengan sinar Islam yang memancar di hatinya. Keislaman Umar ini dianggap satu pembelaan dan masyarakat Islam. Umar al-Khattab begitu cintakan Rasulullah SAW dan berjanji akan mempertaruhkan nyawanya kepada sesiapa yang menentang, menghina dan menyakiti Rasulullah SAW.

Bertapa cintanya Umar al-Khattab kepada Rasulullah SAW dapat ditafsirkan apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:
“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Umar al-Khattab pernah menyatakan secara terbuka kepada sesiapa yang menentang Islam yang dibawa Rasulullah SAW.
“Siapa yang ingin berpisah dengan ibunya, atau mahu menyatimkan anak-anaknya atau hendak membuat isterinya menjadi janda, temuilah aku di belakang lembah itu!”

Hari ini, Sekiranya nya Umar al-Khattab masih ada dan beliau melihat Rasulullah dan Islam dihina melaui filem INNOCENCE OF MUSLIMS! Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Bayangkan lah, sekiranya Umar al-Khattab masih ada hari ini...





Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Fenomena Misteri

Air Sungai Yangtze bertukar merah dengan tiba-tiba. Fenomena Misteri Air Darah telah menggemparkan rakyat China. Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang di China tiba-tiba berubah dan mengalirkan darah. Air sungai Yangtze yang tiba-tiba bertukar menjadi merah menggemparkan penduduk setempat di Chongqing, China. Pelbagai persoalan timbul, namun ia tetap menjadi misteri.

Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Berikutan Fenomena Misteri Merah darah Sungai Yangtze, beberapa kilang perindustrian di hulu Sungai Yangtze berhenti beroperasi bagi memberi laluan kepada pihak tertentu menyelesaikan misteri air darah tersebut. Sungai Yangtze yang dahulu digelar "golden waterway" tidak seperti biasa. Golongan tua setempat tidak henti-henti berdoa, bagi mereka bila aliran air bagaikan darah, mungkin ia lebih sesuai digelar "Sengai Neraka". Penduduk berharap, dengan campur tangan pihak berkuasa dan kumpulan pecinta alam, Misteri Air Darah ini dapat diselesaikan dengan segera.






Isu Ujian Aptitud UPSR 2012 | Ralat Kertas Jawapan Objektif

Isu Ralat Kertas Jawapan Objektif bagi Ujian Aptitud UPSR 2012. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan maklum balas rasmi  berhubung kekecohan yang berlaku apabila Kertas Jawapan Objektif bagi Ujian Aptitud UPSR 2012 didapati tidak mempunyai ruang jawapan yang lengkap untuk beberapa soalan. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut. Berikut ialah kenyataan akhbar yang dikuluarkan Unit Komunikasi Koporat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Isu Ujian Aptitud UPSR 2012 | Ralat Kertas Jawapan Objektif





Maksud Visitors | Blogger Guide | Kamus Webmaster

Entri mengenai Visitors: Maksud Unique Visitors dan Maksud New Visitors atau First Time Visitors


Maksud Visitors | Unique Visitors | New Visitors atau First Time Visitors

Unique Visitors

Unique Visitors secara ringkasnya dipanggil ( UV ). Unique Visitors ialah visitor yang melawat ke blog / website dengan IP ( Nombor Identiti ) tertentu. IP Visitor ialah merujuk kepada alamat IP talian internet sesebuah komputer yang telah ditetapkan oleh pembekal talian internet masing-masing. Ringkasnya Unique Visitors boleh didefinisikan sebagai visits dalam 1 bulan yang dilakukan oleh komputer dengan alamat IP dan browser yang sama. Maka tidak hairanlah apabila Unique visitors akan menjadi lebih kecil atau sama dengan jumlah visits keseluruhan, karana seseorang visitor boleh melakukan beberapa visits ke sesuatu blog / website yang sama dalam tempoh 1 bulan.


New Visitor

First time visitors atau New Visitor secara ringkasnya dipanggil ( NV ).  New Visitor merupakan jumlah Visitors yang baru pertama kali melawat ke sesuatu blog / website, yang mana sebelum nya tidak pernah sama sekali melawat ke blog / website tersebut.

Diharap entri Maksud Visitors | Blogger Guide | Kamus Webmaster dapat memberi maklumat dan info bermanafaat kepada anda semua.





Kata-Kata Hebat oleh Pakar SEO | Quotes about SEO

Kata-Kata Hebat oleh Pakar SEO (Search Engine Optimize). Sesiapa saja, apabila terkenal dan popular, pastinya menjadi tumpuan ramai. Setiap gerak geri dan bicara kata-kata akan menjadi perhatian dan ikutan ramai. Malah ada kalanya ia mungkin akan mencetuskan satu fenomena hebat abad ini, seperti Fenomena Gangnam Style baru-baru ini.

Kata-Kata Hebat oleh Pakar SEO blogger | Quotes about SEO

Pakar SEO yang terkenal juga tidak dapat lari dari populariti mereka. Mungkin gaya pakar SEO ini tidak sehabat artis atau selebriti. Namum bagi pencinta SEO populariti Pakar-pakar SEO ini tidak kurang hebatnya. Sehinggakan kata-kata dari mereka dipetik dan dijadikan kata-kata ispirasi SEO.
Berikut ialah Himpunan 20 Kata-Kata Inspirasi mengenai SEO oleh Pakar SEO seluruh Dunia

Websites don't link to other websites. People point to other people's work.
~ Quote about SEO by Lyndon Antcliff, Cornwall SEO

If you want links, not traffic, Twitter is pretty much useless.
~ Quote about SEO by Patrick Altoft, Branded3

You have about 2.7 seconds to reach a linker.
~ Quote about SEO by Lyndon Antcliff, Cornwall SEO

It doesn't matter if a link is paid for or not. Important is if the end product looks like a paid link or not.
~ Quote about SEO by Patrick Altoft, Branded3

Alexa data is slightly better than random guessing.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

For most brand ~ Quote about SEO by authority sites with some good rankings, it only a needs a couple of good anchor text links to get good rankings. If you are not a brand, you need to look natural.
~ Quote about SEO by Patrick Altoft, Branded3

Search engines can automatically determine if a link is in a footer or sidebar and devaluate those.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

Wrong settings in a robots.txt could delay Google search indexing on your website
~ Quote about SEO by Luisella Mazza, Google

If somebody links to you, show some gratitude! for example put it on twitter, stumble upon etc.
~ Quote about SEO by Patrick Altoft, Branded3

When you have little links per page, a sitewide internal link can get a new page ranking quickly.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

Treat your email subject, twitter post, etc if it were a headline.
~ Quote about SEO by Lyndon Antcliff, Cornwall SEO

Crawling is not a guarantee you're indexed.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

Don't worry too much about duplicate content.
~ Quote about SEO by Luisella Mazza, Google

Places to sculpt with nofollow: register/login, my account, shopping cart, terms of service, privacy, legal notice, anything disallowed by robots.txt.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

Places not to sculpt nofollow: about page, editorial external links, categories & subcategories, product/detail pages.
~ Quote about SEO by Rand Fishkin, SEOmoz

Search marketing only has a 1.5% mindshare of the average Fortune 500 CMO.
~ Quote about SEO by Brian Featherstonhaugh, Ogilvy

Does an affiliate marketing program cause a traffic drop? No, but pure affiliate sites are unlikely to rank.
~ Quote about SEO by Luisella Mazza, Google

Will hacking websites work? Yes... reason for telling this: it can happen to you.
~ Quote about SEO by Mikkel deMib Svendsen, deMib.com

We don't bother with digg anymore, it's too much of hit and miss. We make a personal promotion network
~ Quote about SEO by Patrick Altoft, Branded3

A 12 year old has a better performance dashboard than an 40 year old CMO
~ Referring to world of warcraft
~ Quote about SEO by Brian Featherstonhaugh, Ogilvy

Pakar SEO juga bijak berkata-kata, mungkin kata-kata dari mereka tidak dapt menyentuh hati seorang wanita. Kerana kata-kata hebat dari pakar SEO lebih romatik  kepada search engine bot. ~ Kata-Kata Hebat oleh Pakar SEO | Quotes about SEO





Quotes About SEO Title Spinner | Wordless Wednesday #17 | Image Quotes

Quotes About SEO Title Spinner | Wordless Wednesday | Image Quotes

Quote about SEO Title Spinner
Spinner the Title. Cause auto reader knowing nothing about the the content, just filled it blanks. Just do Title Spinner, again and again to SEO.
~ Quote by Raimi Syazwan






Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 | Download | Pendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Download Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.


Kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
  • 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan negara.
  • Visi sistem pendidikan dan pelajar yang Malaysia perlu dan berhak miliki.
  • Perincian anjakan 11 anjakan strategik dan operasi.

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas; Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem; dan Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

 Download Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 | Pendidikan

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 menyasarkan hasil pada lima aspek iaitu akses, kualiti, kesaksamaan, perpaduan dan kecekapan selain pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.





Soalan Tambah Nilai Terengganu | 2012 | Download

Download Soalan Tambah Nilai Terengganu 2012

Download Soalan Sains Tambah Nilai Terengganu 2012. Soalan Tambah Nilai Terengganu UPSR 2012 sebagai tambahan untuk soalan percubaan UPSR 2012. Semoga dapat menjadi rujukkan bersama dan mendapat manafaat darinya. Berikut ialah Link Download soalan Sains Tambah Nilai 2012 Negeri Terengganu.


Selamat maju jaya kepada pelajar tahun 6 yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR 2012 pada 11 - 13 September 2012 nanti.

Link Tambahan Berkait: Soalan Percubaan UPSR 2012 | Download Link




Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad | Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki

Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi  menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti cinta pasangan suami isteri ini dianggap "Kisah Cinta Murni" oleh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti sukar untuk mencari suami sedemikian pada zaman yang penuh dugaan dan mencabar ini.

Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


Berikut merupakan antara maklum balas dan kata-kata oleh rakyat Malaysia kepada pasangan Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


"Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

"Sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah,"

"Semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini,"

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini,"

"Semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

"Syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri,"

"Ini baru betul cinta..."

"Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma."

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik,"

"Semua orang mahukan suami sebegini..."

"Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja,"

"Inilah yang dikatakan 'suami masali."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini,"

"Suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya,"
Abil Fikri dan Fauziah Muhamad

Entri Abil Fikri Ahmad | Cinta Murni Seorang Lelaki merujuk artikel Sinar Harian bertajuk Kisah Abil-Fauziah: Pembaca beri sokongan moral. Semoga Allah memberikan rahmat kepada pasangan ini. Teruskan doa dan Insyaallah, tiada yang mustahil di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.






Cakap Bohong | Rahsia Tingkah Laku

Entri mengenai Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Bercakap Bohong
Berbohong atau Dibohongi. Sajak dahulu hingga kini, tiada ilmu atau teknologi yang dapat mengenal pasti tanda-tanda berbohong dengan sahih. Walau bagaimanapun, masa telah membongkar banyak pembohongan di dunia ini. Sama ada cepat atau lambat, yang pasti satu pembohongan tidak akan kekal selama-lamanya. Setiap yang berbohong pasti akan mendapat balasan.

Hasil ujian dari Mesin Pengesan Pembohongan tidak pernah sekalipun dijadikan bukti untuk sesuatu kes di makhamah. Mesin yang dikatakan mampu mengesan perubahan emosi melalui nadi manusia itu belum mampu membuktikan dengan tepat seseorang yang bercakap bohong. Namun, melalui satu aliran Ilmu Permehatian (Human watcher) sedikit sebanyak dikhabarkan dapat mengenal pasti tingkah laku dan reaksi seseorang ketika berbohong. Hanya berketepatan 30% sahaja, kiranya boleh dijadikan pengetahuan untuk kita semua.



Berikit ialah Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Berbohong

Menyentuh Hidung
Apabila seseorang itu berbohong, akan terjadinya kesan pinocchio. Iaitu tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Maka, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap kali menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkan.

Menutup Mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tingkah laku atau tindak balas spontan dari segi psikologi manusia yang mengetahui berbohong itu satu kesalahan. Malah kerana dari kecil lagi sudah dididik agar tidak berbohong. Bertapa busuknya satu pemrbohongan, hinggakan tangan sendiri pun cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami perubahan emosi yang mendadak. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa perubahan emosi ini disebabkan perkara lain seperti sedih, marah dan sebagainya. Kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada seseorang dan dia kelihatan gagap untuk menjawabnya, buatlah satu kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan Mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu, sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan kerap, ia juga merupakan perubahan tingkah laku disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan Jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir untuk mencipta pembohongan. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tingkah laku bahawa orang tersebut mungkin berbohong.

Resah
Orang yang berbohong akan kelihatan gelisah kerap mengubah-ubah tingkah lakunya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan atau pertanyaan, ini berkemungkinan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Siakap, Senohong, Gelama, Ikan Duri. Bercakap Bohong Lama-lama Mencuri.

Rahsia Tingkah Laku Manusia Ketika Bercakap Bohong ini boleh kita jadikan sebagai pengetahuan. Bohong berlaku didalam hati seseoarang manusia dan dalamnya hati manusia itu hinggakan tiada manusia dapat menduganya. Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui.







Senarai Meta Tag Asas | Panduan Blogger | Seo Black Book

Entri mengenai Senarai Meta Tag Asas Blogger dan Info Pengenalan Meta Tag.
Meta Tag (Tag Meta) ialah arahan yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan info dalam sebuah blog atau website kepada search engine (mesin pencari) seperti Google, Yahoo, Bing, Altavista, ASK dan sebaginya. Kebanyakan hosting website dan blog telah menyediakan kemudahan meta tag ini. Namun sesetengah Blogger atau Webmaster lebih gemar mengisi Meta Tag Blog mereka secara manual. Cara mengisi Meta Tag secara manual ini dapat dilakukan dengan mengisi secara terus Meta Tag ini pada ruangan HEAD <Head> Template Blog.

Info Maklumat Panduan Blogger Update

Untuk Entri Panduan Blogger | Seo Black Book kali ini saya ingin berkongsi Senarai Meta Tag yang asas dan selalu digunakan oleh Blogger dan Webmaster. Berikut ialah Senarai XML atau xHTML Meta Tag untuk pengguna blogger blogspot.com

<meta content="keyword blog anda" name="keywords">
<meta content="keyphrases blog anda" name="keyphrases">
<meta content="description blog anda" name="description">
<meta content="Web Page Subject" name="subject">
<meta content="abstract blog anda" name="abstract">
<meta content="topic blog anda" name="topic">
<meta content="summary blog anda" name="summary">
<meta content="Business" name="Classification">
<meta content="geography blog anda" name="geography">
<meta content="nama anda, email@anda.com" name="author">
<meta content="designer blog anda" name="designer">
<meta content="copyright blog anda" name="copyright">
<meta content="email@hotmail.com" name="reply-to">
<meta content="nama owner blog anda" name="owner">
<meta content="http://www.websiteanda.com" name="URL">
<meta content="http://www.websiteanda.com" name="identifier-URL">
<meta content="submission" name="directory">
<meta content="category blog anda" name="category">
<meta content="Worldwide" name="coverage">
<meta content="Global" name="distribution">
<meta content="General" name="Rating">
<meta content="en-us" HTTP-equiv="Content-Language">
<meta content="FOLLOW,INDEX" name="robots">
<meta content="all" name="robots">
<meta content="1 days" name="revisit-after">
<meta content="0" http-equiv="Expires">
<meta content="no-cache" http-equiv="Pragma">
<meta content="no-cache" http-equiv="Cache-Control">
<meta content="no" http-equiv="imagetoolbar">
   
Sekian saja Panduan Blogger | Seo Black Book untuk kali ini. Diharap Senarai Meta Tag Asas dia atas dapat menambah pengetahuan kita bersama, semoga Panduan ini sedikit sebanyak membantu menjadikan blog andaMesra SEO | SEO Friendly.
.
♌¹³ Pseudosupra | SEO Black Book♌¹³ Pseudosupra | SEO Black Book





Kesedihan dan Kegembiraan | Doa Penawar Duka dan Sedih

Hidup kita, ada kalanya tiba masa-masa sukar, yang membuat hidup terasa penuh kesedihan dan keresahan. Namun, ada saatnya pula tibalah masa-masa senang, yang membuat hidup terasa penuh kegembiraan dan kebahagiaan. Tanpa sadar bibir kita basah dengan senyuman. Sesungguhnya, kesedihan dan kegembiraan, keresahan dan kebahagiaan ialah ujian rahmat dari Allah. Ujian ini bersilih ganti dan seimbang antara satu sama lain. Sebagaimana sesaatnya malam ditelan siang. Tak selamanya kesedihan dan kegembiraan melanda kita. Semua itu datang silih berganti, tanpa selalu dapat dinanti.

Kesedihan dan Kegembiraan | Doa Penawar Duka dan Sedih

There are as many nights as days, and the one is just as long as the other in the year's course. Even a happy life cannot be without a measure of darkness, and the word 'happy' would lose its meaning if it were not balanced by sadness.
~ Quote about Life by Carl Jung

Kesedihan dan Kegembiraan merupakan emosi sementara yang datang dan pergi, silih berganti. Fahami adalah kesementaraan itu. Kesementaraan menunjukkan bahawa Kesedihan dan Kegembiraan itu bukanlah milik kita. Ia ujian dari Allah yang menuntun tindakan dan sikap seseorang manusia itu. Ia bukanlah kita. Saat gembira fahamilah kegembiraan itu. Saat sedih selamilah kesedihan itu. Suatu hari nanti saat kita mula sedar dan fahami akan Kesedihan, Kegembiraan. Insyallah akan datang pasti, emosi-emosi yang lainnya juga dapat disentuh dengan jiwa yang tenang milik kita.


Doa Penawar Hati yang DUKA dan SEDIH


 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

 "Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Quran sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku."

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang."





Bloglist HASRULHASSAN.COM | Hati Blogger | Info Segment

Segment Bloglist HASRULHASSAN.COM merupakan satu segmen yang memberi peluang untuk berada di Bloglist hasrullhassan.com. Ruangan adalah terhad untuk 200 blog terawal sahaja. Update info segment serta maklumat semasa mengenai segmen ini boleh dirujuk di Hasrulhassan.com. Entri ini juga menyiar kembali review yang pernah dikeluarkan di blog ini. Berminat untuk menjadi Bloglist HASRULHASSAN.COM, sila click banner berikut.


Bloglist HASRULHASSAN.COM | Hati Blogger | Info Segment





Quotes About Not Perfect | Wordless Wednesday #16 | Image Quotes

Quotes About Not Perfect | Wordless Wednesday #16 | Image Quotes

Quotes About Not Perfect

We're not perfect, but we'd like to be perfect. We're working on it, let's do the right thing.
Quotes by Raimi Syazwan





Hati Blogger | Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^

Greeting and Salam Ukhwah to all blogger member.
Hati Blogger | Memperkenalkan Blog Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^
Blog yang menarik dengan entri yang segar dan ceria. Kali pertama Hati Blogger singgah ke blog tersebut, apa yang pasti, hati ini mulai terpikat.

Hati Blogger | Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^
Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^

Membaca entri di everythingseverythings.blogspot.com sesungguhnya memberi pengalaman yang lebih menarik dalam komuniti blog berbahasa Malaysia. Walaupun ia merupakan blog baru, namun gaya penulis blog tersebut seakan-akan telah lama dalam dunia blog ini.

Hati Blogger menyarankan rakan-rakan blogger lain agar melihat sendiri blog Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^ .

Seeing is Believing!
Bila melihat Baru Percaya!

Harapan pseudosupra, semoga Everythings | Sharing is blogging ^^   kekal dan terus maju dimasa akan datang. Gembira, ceria dan terus menulis entri-entri yang menarik. Insyaallah..

Giving My Respect and Honor to Everything's Everythings | Sharing is blogging ^^ 





Formula Wanita Terbaik | Algebra Al Khawarizmi

Formula Wanita Terbaik oleh Al Khawarizmi, ahli Matematik Muslim yang memperkenalkan Algebra kepada dunia. Minda yang sentiasa berteka-teki dengan angka, menjadiakan beliau lebih jitu membuat keputusan dan statistik ramalan. Ribuan formula tercipta dari usaha Al Khawarizmi sepanjang tempoh hidupnya. Lalu, disuatu ketika, beliau ditanya tentang cinta. Bagaimanakah cara Mengenal Wanita Terbaik!


Formula Wanita Terbaik | Algebra Al Khawarizmi

Al Khawarizmi sejenak berkira-kira sambil tangannya menulis sesuatu. Ditunjuknya himpunan angka-angka, satu formula yang menjawab semuanya. Formula Wanita Terbaik, Formula Matematik Al Khawarizmi seperti berikut

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 dibelakang 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang '1' tiada

Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut
kecuali sekelompok ’0' belaka..

Entri ini merupakan ulangan. Formula Wanita Terbaik | Algebra Al Khawarizmi disiarkan di blog ini tidak lama dahulu. Sekadar makluman.






Konsert PSY Gangnam Style Malaysia | Stadium Bukit Jalil

Konsert PSY Gangnam Style Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Oh tidak! Jangan histeria dulu! Mesti ramai yang dah buat keputusan spontan sebelum klik dan baca entri ni secara penuh. Takde nya PSY nak datang Malaysia pun. Bersungguh benor korang yer..


Tapi, sekiranya perkara ini betul-betul terjadi. Melihatkan fenomena Gangnam sekarang ni, cuba kita bayangkan macam mana sambutan rakyat Malaysia agaknya.muat ke tidak Stadium Bukit Jalil tu yer? Terkini banyak pula perbincangan hal-hal berkaitan Gangnam Style, melibatkan hukum, sosial, makna disebalik lirik lagu gangnam style dan hinggalah ke maksud disebalik koreografi tarian gangnam style itu sendiri. Dahsyat kan.

Melalui tarian pun boleh terciptanya satu fenomena hebat sebegini. Apakata kita cuba dengan Tarian Lilin ataupun Tarian Kuda Kepang pula. Mungkinkah tarian tradisional mampu mencipta fenomenanya sendiri dan clip videonya dipreview oleh CNN. Lilin mungkin naik harga, lalu hantu lilin pun menangis lagi.


Gangnam





Acronym Meta Tags | Panduan Blogger | SEO Black Book

Acronym Meta Tags SEO Blogger. Maklumat dan panduan meta tag Acronym. Cara tingkatkan SEO blog. ~ SEO Black Book

Berkongsi Maklumat di Forum Panduan SEO Blog





Syair Syukur | Khalil Gibran

 Syair Syukur |  Khalil Gibran

Bangun di fajar subuh dengan hati seringan awan
Mensyukuri hari baru penuh sinar kecintaan

Istirahat di terik siang merenungkan puncak getaran cinta
Pulang di kala senja dengan syukur penuh di rongga dada

Kemudian terlena dengan doa bagi yang tercinta dalam sanubari
Dan sebuah nyanyian kesyukuran terpahat di bibir senyuman


~ Khalil Gibran

Syair Syukur |  Khalil Gibran | Poem | Quote


Syair Syukur oleh Khalil Gibran adalah salah satu koleksi puisi yang tersimpan kemas dan sentiasa disisi. Dalam kehidupan, ketika masa sangat mendesak. Nafas aku sungguh mudah sesak, lalu aku pasti duduk. Aku jadi penat dan mudah mengeluh pula (tunduk). Ketika itulah, Syair Syukur, selalu dengan tiba-tibanya menggosok dadaku lalu aku mula merasakan aku lelaki yang bertuah dan hidup aku sebenarnya indah. Tanpa sedar, aku bangun dan berlalu berlalu.
Satu suara, antara dengar dan tidak.. "Syukur.. Alhamdulillah"





Berbalas Kencing dan Berak | Gambar Pemimpin Jadi Mangsa

Rakyat Malaysia Berbalas Kencing dan Berak atas gambar pemimpin, pemimpin negara Malaysia! Negara mereka sendiri. Sudah semakin parah adab mereka. Perasaan marah dan benci mungkin telah mengawal fungsi otak lalu akal yang waras hilang, mereka jadi bodoh!


Berbalas Kencing dan Berak | Gambar Pemimpin Jadi Mangsa


Baru saja dikejutkan dengan gambar 'John Doe' yang dikatakan memijak gambar Najib Razak selain menunjukkan punggung dan berak pada gambar tersebut. Kini tersebar pula gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang yang dikencingkan oleh 'John Doe' yang lain pula.


Berbalas Kencing dan Berak | Gambar Pemimpin Jadi Mangsa


Rakyat Malaysia Berbudi, Santun bahasa, Lembut dan Sopan tingkah lakunya. Mungkin tinggal kenangan..







Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Isu

Ustaz Azhar Idrus ditanya mengenai fenomena Gangnam Style yang bermula di Korea. Maka berlaku perbincangan, berbalas pandangan dan sebagainya. Isu Hot dan Panas! Menarik dan sangat ilmiah. Berminat update dan ingin memberi maklum balas boleh terus ke Threat Isu Gangnam Style | Pandangan Ustaz Azhar Idrus di FB fanpages Ustaz Azhar.

Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Sumber Ustaz Azhar Idrus | Isu
Azhar Idrus vs Fenomena Gangnam Style

Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Sumber Ustaz Azhar Idrus | Isu 
Information dan Sumber Image Ustaz Azhar Idrus | Jkkk Fan Club





Tynt Publisher Tools | Panduan Blogger | SEO Black Book

Tynt Publisher Tools merupakan Webmaster Tools yang mampu memudahkan pengurusan sesebuah blog. Apa yang penting disini ialah, laporan seperti Review, Information, Statistik, Ramalan Traffic dan banyak lagi, dapat dijadikan panduan kepada webmaster blogger untuk meningkatkan SEO | Search Engine Optimization sesebuah blog.

Sebagai contoh, saya sisipkan satu daripada laporan ataupun update information mengenai inbound keywords dan outbound keywords blog ♌¹³ Pseudosupra | aLive Blog pada  tarikh 29 Ogos 2012


Tynt Publisher Tools | Panduan Blogger | SEO Black Book

Kesimpulannya, Tynt ™ Publisher Tools dapat menjimatkan masa beharga anda (masa itu emas), memudahkan, mempercepatkan and can help increase your Search Engine Optimization (SEO). Itupun sekiranya anda semua melihat laporan dan information update yang Tynt™ publisher tools hantar ke inbox e mail anda. Tapi, kalau anda terus delete (bukak pun tidak) e mail laporan tersebut! Konpem! CEO Google pun tak dapat nak nolong SEO blog korang beb.. (pengsan). ~ Panduan Blogger | SEO Black Book

Tynt Publisher Tools Panduan Blogger SEO Black Book
Tynt™ Publisher Tools

Tynt, the world’s leading publisher toolset, accurately predicts interest-driven user behavior on the Web for its vast network of premium partners. Tynt sees three out of every four of the world’s unique Internet users, and captures their interests and social interactions in what represents the “Interest Graph.” This data provides highly precise measurements of consumer intent and equips publishers with the tools they need to react quickly to new opportunities. Tynt has revolutionized online customization and enabled publisher brands to deliver the right message, to the right person, at the right time.
  • Publisher Tools can help increase your Search Engine Optimization. When users share your content, our attribute provides a reliable, steady source of traffic from strong fixed links. When you serve up relevant content, your natural search engine ranking improves.
  • Publisher Tools give you a better social understanding. Because we follow the content that gets copied, shared and followed, we can see what social networks generate the most inbound traffic for your site. Use this information to adjust outreach, and refine your point of view on social media strategies.
  • Publisher Tools give you a singular and accurate measure of user engagement. When you understand what readers are responding to, you gain an appreciation for the value of your site’s content.
Tynt Publisher Tools | Panduan Blogger | SEO Black Book
Tynt Publisher Tools | Panduan Blogger | SEO Black Book






Giveaway : Jom Join My 1st Giveaway By Anna

Greeting and Salam to ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog bloodbrother all over the world. I would like to draw all your attention to participating in Giveaway : Jom Join My 1st Giveaway By Anna. Rules and conditions of participation, just click on the banner. Good Luck!








Traffic Blog vs Traffic Jalan | Lalu Lintas Musim Perayaan

Traffic Blog vs Traffic Jalan | Lalu Lintas Musim Perayaan

Traffic Blog vs Traffic Jalan pada 19 haribulan (Hari Raya Pertama). Perbezaan sangat ketara. Walaupun dah menuntut ilmu blogger dengan Sifu HH | Hasrulhassan.com, penurunan Jumlah UV dan PV Pseudosupra tetap juga berlaku. Paling parah, jumlah PV pada hari tersebut (peluh besar). Traffic blog di musim raya tahun ni akan dijadikan pengajaran. Maklum aje la, Pseudosupra masih baru, usia belum cukup setahun. Ini pengelaman pertama menyelusuri traffic blog di musim perayaan. Ermm.. tapi alhamdulillah, 2, 3 hari ni traffic hampir kembali normal. Insyaallah seminggu dua nanti semua akan mendongak ke langit(mata bercahaya).

Merujuk seorang rakan Blogger Idaman Malaya Nick Nashram | Nicknashram.blogspot.com
Ada tak blogger yang trafiknya mencanak walaupun hari raya?
Trafik siapa yang mencanak, sila angkat kaki dan tangan.
Nanti aku nak datang terjah blog tu.
Traffic blog kawan-kawan macam mana, kalau mencanak, jangan lupa maklumkan Nick Nashram. Pseudosupra pun ikut sama terjah, untung-untung dapat ilmu traffic musim perayaan. ~ Traffic Blog vs Traffic Jalan | Musim Hari Perayaan




Janji Islam | Janji Ditepati

Ini bukan cerita Hari Merdeka ke 55 Janji Ditepati iaitu . Ini hasil dari rasa (tiada nama) bila melihat dan mendengar manusia disekeliling bergurau dan memperlekehkan frasa "Janji Ditepati" seperti frasa tersebut ungkapan lawak dan hiburan pada mereka. Hingga ada yang menyebut frasa "Janji Ditepati" dengan body language yang kurang sopan sekali. Bukankah ia yang benar, setiap janji perlu ditepati. Kalau marahkan nyamuk, jangan pula kelambu dibakar.

Janji merupakan perkataan yang selalu dilafazkan oleh manusia. Mungkin kerana kekerapan melafazkan kata janji itu, akhirnya ia dianggap perkataan yang remeh hingga maksud yang sangat berat pada perkataan janji itu hampir diabaikan sama sekali. Hari ini dalam kehidupan seorang manusia mampu melafazkan sesuatu janji semudah menyebut A,B,C. Mereka boleh berjanji, tanpa perlu berfikir panjang.



Dalam Islam, Janji mempunyai maksud yang dalam dan berat tangunggannya kepada sesiapa yang telah melafazkannya. Terlalu berani untuk manusia memperlekehkan kata-kata janji. Perkataan Janji juga direndah-rendahkan sehingga tercipta frasa-frasa gurauan seperti janji melayu dan sebagainya. Hormati kata dan lafaz sesuatu janji itu. Di dalam Al Quran, Surah At-Taubah dpat kita lihat bertapa besarnya erti Janji dalam Islam. Letakkan perkataan janji itu ditempat yang sepatutnya, JANJI bukan kata-kata gurauan. Janji Ditepati.

Islam menganggap janji adalah satu perkara yang besar. Menunaikan janji adalah tanggungjawab insan. Adalah menjadi satu kesalahan dan berdosa besar jika janji dimungkiri. Allah telah memasukkan kesalahan mungkir janji sebagai dosa besar yang perlu dijauhi. Ia juga termasuk dalam kategori ciri-ciri orang munafik.


وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آَتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ (75) فَلَمَّا آَتَاهُمْ مِنْ فَضْلِهِ بَخِلُوا بِهِ وَتَوَلَّوْا وَهُمْ مُعْرِضُونَ (76) فَأَعْقَبَهُمْ نِفَاقًا فِي قُلُوبِهِمْ إِلَى يَوْمِ يَلْقَوْنَهُ بِمَا أَخْلَفُوا اللَّهَ مَا وَعَدُوهُ وَبِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (77)

Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada kami dari limpah kurniaNya, tentulah kami akan bersedekah, dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh"
Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan sememangnya mereka orang-orang yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).
Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. 
At Taubah 75-77



Apabila kita merenung kepada janji-janji manusia di dalam al-Quran dan Hadith khususnya golongan kafir atau munafiq, samakah janji mereka dengan janji-janji orang yang beriman? Kenapakah mereka dihancurkan dan dijanjikan dengan neraka? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan kerana mereka mungkir janji !

Sebagaimana manusia berjanji, Allah dan RasulNya turut berjanji. Tetapi janji Allah dan RasulNya amat jauh bezanya dengan janji insan. Manusia sering mungkir janji, malah seolah-olah menjadikannya sebagai habit sedangkan janji Allah dan RasulNya sentiasa benar dan tepat.

Apakah janji Allah dan RasulNya?
Sesungguhnya janji Allah dan RasulNya terlalu banyak, adalah terlalu mustahil untuk dicatatkan kesemuanya. Di sini hanya dijelaskan beberapa janji tersebut sebagai renungan kita bersama.

Sebagaimana yang kita ketahui, Islam asalnya agama terpencil dan lemah. Kerdil di tengah-tengah keperkasan agama berhala ciptaan manusia, ditindas oleh keangkuhan generasi jahiliyyah, lemas di bawah siksaan dan tekanan masyarakat Quraisy.  Dalam keadaan inilah,  Allah dan RasulNya menjanjikan ketinggian martabat dan kemuliaan maruah di tengah-tengah masyarakat Jahiliyyah dengan syarat yakin sepenuh hati dan mengamalkan ajaran Islam dengan ikhlas. Janji Allah dan RasulNya benar-benar terjadi. Umat Islam yang benar-benar ikhlas dan patuh bukan sahaja berjaya menyebarkan panji-panji Allah bahkan mereka menjadi masyarakat yang mulia, digeruni dan dihormati di seluruh dunia.

Dalam perang Badar misalnya, bagaiamana jumlah tentera yang hanya 313 orang dapat mengalahkan 1000 orang walaupun tanpa kelengkapan yang perang yang sempurna! Senjata mereka hanyalah iman yang tidak berbelah-bahagi kepada Allah. Semua ini tidak mustahil asalkan ada pertolongan Allah. Ini janji Allah dan RasulNya.

Benarlah firman Allah dalam kitabnya:
"Sesiapa yang menolong agama Allah, Allah pasti menolongnya"

Ketika Allah memerintahkan umat Islam berhijrah ke Madinah, orang kafir dan munafiq telah menghasut orang Islam supaya tidak berhijrah meningalkan harta, saudara, rakan dan kampung halaman. Menurut mereka, adalah satu tindakan bodoh meninggalkan harta dan kesenangan di Makkah dan memilih  menjadi susah dan miskin di Madinah. Namun   Allah dan RasulNya menjanjikan rezeki dan kehidupan yang lebih sempurna kepada mereka yang berhijrah.

Firman Allah SWT :
"Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah"
At-Taubah 20

Janji Allah dan RasulNya memang benar-benar tepat. Sampai saja mereka di Madinah, mereka diberikan keistimewaan-keistimewaan yang tidak diduga. Diberikan harta, dihadiahkan isteri, dipinjamkan modal, dilayan seperti menteri, dijadikan rakan koprat dan dibantu serba-serbi. Saidina Abdul Rahman Bin Auf menjadi jutawan selepas berhijrah ke Madinah, hamba menjadi merdeka, golongan fakir semakin berkurangan dan hidup mereka aman damai, tiada siksaan  tiada penindasan. Inilah janji Allah dan RasulNya, janji yang pasti!

Ketika dalam perjalanan hijrah, Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar telah berjaya dikesan oleh salah seorang panglima Quraisy yang bernama Suraqah b. Malik. Pihak Quraisy menghadiah ribuan ekor unta kepada mereka yang dapat menangkap atau membunuh Rasulullah. Ketika beliau menghampiri Rasulullah SAW dan Abu Bakar, tiba-tiba kudanya terpesorok ke dalam tanah. Setelah dikeluarkan kaki kudanya dari tanah tadi, beliau terus menyerbu ke arah Rasulullah, tetapi keadaan yang sama telah belaku semula. Diulangnya beberapa kali dan setiap kali keadaan yang sama tetap berlaku.

Lalu Rasulullah mendakwahnya  dengan Islam. Baginda berjanji menghadiahkannya  dengan gelang kebesaran kerajaan Parsi jika Suraqah masuk Islam.Bayangkan pada masa itu baginda baru hendak berhijrah ke Madinah dan agama Islam masih kerdil, sedangkan kerajaan Parsi pada masa itu adalah satu kuasa dunia ! Perbezaannya seperti  langit dengan bumi. Tetapi Rasulullah tetap yakin dengan masa depan Islam bahawa Islam akan berkuasa, maka beliau berani menjanjikannya kepada Suraqah.

Janji Rasulullah SAW memang benar. Kerajaan Parsi akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di zaman Khalifah Umar Al-Khatab. Saidina Umar dengan linangan airmata kegembiraan dan tanda terharu betapa benarnya janji Allah dan RasulNya menyerahkan gelang kebesaran kerajaan Parsi tersebut kepada Suraqah b Malik sambil berkata :

"Alhamdulillah yang merampasnya (gelang kebesaran) dari Kisra (maharaja) yang mengaku dirinya tuhan dan memakainya kepada Suraqah bin Malik".

 Seterusnya Rasulullah berjanji bahawa Islam akan dapat menawan Konstantinople (sekarang dikenali sebagai     Istanbul di Turki). Konstantinople adalah bandar strategik kerana ia merupakan jalan masuk ke Eropah. Sesiapa yang menguasainya bermakna menguasai Asia dan Eropah sekaligus. Baginda juga memberi pengiktirafan kepada tentera yang berjaya menawannya sebagai tentera  terbaik dan pemimpinnya merupakan pemimpin yang terbaik. Janji Rasulullah SAW tidak pernah dimungkiri, semuanya tetap berlaku. Sultan Muhammad Al-Fatih telah berjaya menawan Konstantinople dan sekaligus merancakkan lagi penyebaran agama Islam ke benua Eropah.

Jelas, janji-janji Allah dan Rasulnya memang tepat dan dikotakan. Sesungguhnya di sana terdapat janji Allah yang lebih besar dan penting kepada kehidupan insan. Janji yang pasti! Allah dan RasulNya telah menjanjikan kehidupan di dunia dan akhirat yang gemilang bagi mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dan kehidupan yang sukar di qubur dan neraka bagi mereka yang ingkar.





linkreferral